Tuesday, July 21, 2009

GP Jati Beriani House

Selalu lalu depan kedai ni. Dari start dibina dan renovate.
Terletak di Jalan DENGKIL-BANTING.
Kalau dari Pekan Dengkil, amik hala ke Banting. Kedai terletak selepas Pusat Serenti Dengkil , dekat je dgtn simpang nak masuk ke Paya Indah Wetland, Dengkil.
Kedai ni tepi jalan besar. Sebelah Restoran ni, kedai perabut Jati.


GP Jati Beriani House

Kedai ni baru buka around 2-3 minggu gitu. Dari luar nampak cantik, dengan pintu kayu. Lalu mmg rasa nak singgah.....


Melangkah masuk je, eh..cantik le kedai ni. Ada ruang makan atas air..menarik ek..

waiter dtg amik order..dia kata ada air sejuk, blended, air buah...sejuk, panas..
aku order teh o ais limau
Makanan pula...dia ckp nasi beriani je yg ada. Beriani ayam, daging atau kambing.

Nasi beriani daging, dalca, acar timun nenas dan popudum. Nasi dan daging dia banyak. Dan yang penting sekali..sedap! Aku bukan lah penggemar nasi beriani, tapi sesekali makan lah jugak.

Hem...rasa mcm mkn kat kenduri kawin, makan nasi beriani yang sedap. Aku baca kat banner tuh, katanya resepi ORI BATU PAHAT. ha...org Batu Pahat..sila bangga ye.. eh...nasi beriani ni berasal dr Johor ke??
Tapi mmg sedap la bagi catz. Dalca dia best. Setanding lah dgn nasi beriani kat Batu Pahat .

Restoran dibuka dari pukul 11 pagi..

overall, makanan sedap, service cepat, suasana bagus.Harga? reasonable lah...air tu dgn nasi beriani daging tu RM9.90.
Tapi lebih bagus lagi kalau pekerja di kaunter mesra dengan pelanggan. Senyum... tak rugi. Malah akan datang lagi.
:)
dengan pelanggan, tak yah le buat muka bossy.

so..penggemar nasi beriani sekitar Putrajaya, Dengkil, Banting, Sepang..haa..serbu le kedai ni..
sedap!

20 comments:

en_me said...

mcm nak terjah, tapi jauhh ghiteww..

Neeza.Areef said...

weyy..nasik dia npk panjang2 sedapnye...xpe2..weekend harus mkn nih..

cantik2 je view tpt mkn klu catz yg pg..ke catz super impose kdai mkn tu..hahahaha

attyfir said...

cam shedap je nie..
tu ler.kadang staff kat kedai makan nie ..mcm ler penat sgt..takde mood manjang

NenetPenne (NP) said...

tidak akan makan lagi nasi berunsurkan briyani kerana ia adalah favourite ...... aaahh lupakan....

Anonymous said...

Catz

Penunggu kauter tu kurang mesra alam ek... dia tau ko SB dari BP nak intip....siap dengan camera lagi...he,he,he..

CATZ said...

en_me,
takdelah jauh mana...
ikut putrajaya - dengkil menghala banting,
btw..u di mana eh??
dah ala2 ke situ boleh teruskan perjalanan ke morb dan jugra.

CATZ said...

neeza,
tulah nasik panjang2 aku suka..bukan mcm beriani mamaks...aww..
mmg lawa le...takde koje mak nak mengsuper impose ...bukan aku ada share pun kat kedai tu..ke ke ke..
tapi kelas kerusinya..perabut jati ko..
ko mkn BP punya ke??
nak le sket..

CATZ said...

atty,
penat kot..
tapi aku nyampah kalau kita bayar, tokey/org kaunter buat muka bossy..mcm le kita hard up sgt nak makan kan..cubalah mesra pelanggan kan..tak yah le wat muka kerekksss walau pun tau le ko tokey kann

CATZ said...

nenek,
apa rahsia utk menutup selera..meh le share..
aku asyik seleraaa aja..
helpp...

CATZ said...

anon..
hahahhaa,,,
mmg le nampak cam SB..
bawak kamera SLR lagik..
ke ke ke...
tapi sedap punya pasal..aku nak dtg lagik la..

CATZ said...

anon..
hahahhaa,,,
mmg le nampak cam SB..
bawak kamera SLR lagik..
ke ke ke...
tapi sedap punya pasal..aku nak dtg lagik la..

NenetPenne (NP) said...

rahsia untuk menutup selera: ha ha ha... bila diri ditinggalkan oleh orang yang disayangi ... tu jer....

Sasha Farina said...

nampak sedap.. bolehlah kami usha next time ke sana. :)

CATZ said...

nenek..
aku berselera je dlm keadaan apa ponn..
cam no tuhhh...
hikss

CATZ said...

sasha,
bagi saya mmg sedaplah..
hemm..pi ler serbu....
:)

DYLA said...

selalu lalu. tp tak penah singgah. nampak menarik la.

CATZ said...

hi DYLA,

welcome to my blog.
:)
happy reading ya..

sellau lalu? singgah lah..sedap dan reasonable price.

Anonymous said...

Hai.. My Name Pearl Sabrina..
I want to ThanK You for posting this Loctaion to me... I did Go and have buka puasa over there and it is Good.. very very Good..RM15.00 for Adult and RM8.00 for child .. just for beriayani.. chiken and beef..Kambing Lain harga.. RM6.00 Sepinggan.. and kolam dekat bawah tu..dah x biru.. diorang baru simen balik sebab.. biler cat biru ..bubuh ikan.. habis ikan mati sebab cat punya camicel... hahahha.. .. sape nak try..go ahead ..

Faizal said...

Salam..tak dinafikan nasi beriani kat sini memang sedap.Bila balik ke Banting (saya dok KL skg) mesti singgah pekena sepinggan..buat yang lain..mesti cuba tau...

Anonymous said...

I am speechless. This is really a wonderful blog and very participating as well. Exceptional do the job! That is not really considerably coming from an amateur author like me, but it is all I could assume following enjoying your posts. Wonderful grammar and vocabulary. Not like other weblogs. You genuinely know what you are speaking about very. So very much that you simply made me want to discover much more. Your blog page has grow to be a stepping stone for me, my friend. Give thanks to you for that articulate quest. I really enjoyed the 27 posts that We have study so considerably.