Saturday, July 4, 2009

Takpe, aku kasik can.


Aku banyak kali lalu restoran ni..or should dipanggil cafe ke? Cafe besar, cantik dan nampak vassss sungguh rupa parasnyaaaa...setiap kali aku lalu, ia nampak lengang. Ok...outlet ni baru buka. So maybe org belum tau. Tapi terletak gah di corner lot. Satu malam aku lalu. On the way balik ke rumah. Aku tgk ramai jugak orang (err....8 org tuh kira ramai kannn?? sebab lebih dari satu..hihi.).

masuk je, waiter terus sambut. Ni ala-ala.. 'plis wait to be seated'
" Sorang?". Aku angguk. Aku duduk.
terus amik order. (buku menu dia lawa lah).

Aku order : Ice lemon tea, rojak buah.
Oh..kedai ni bukan konsep kopitiam. Nampak kelass je rupanya.


Bila air sampai...
aku sedut sekali..ehh..ehh??
sedut kali ke dua.. ehhh???
ehhh?..air apa niii ..tolong!!
rupa paras mmg ice lemon tea.
tapi rasanyaaa...teh apa jenis dia campurkan ni....
rasa PELIK!!! wangiiiii sgt rasanya (oo..bukan jasmine tea ye...rasanya sgt pelik).
dan kombinasinya bukan mcm ice lemon tea.
aaaaaa....air apa ni....


Rojak sampai..ok..rasa nya sedap..food presentation aku bagi A.. tapi tang benda keropok ke apa tuh..mmglah melengkapkan rojak ni dan aku rasa lebih kpd hiasan ..tapi..keras+liat + oily. dibuat dari tepung dan digoreng. heh....tak yah letak pun takpelah. buat spoil je.
aku mintak plain water sbb tak boleh lah minum air pelik tu.

aku klik2 sket.
'Bila mereka nampak kamera aku...

waiter: u ni freelance photographer ke?
aku: TAK.
derang dtg meja aku.
waiter: knp tak minum air tu?
aku: errr...errr...errr....err....rasa dia pelik, saya tak boleh minum. TAK SEDAP. Tapi maybe bg org lain ok. Tapi saya rasa tak ok.Rasa air ni PELIK.

Mintak bil.
Terkejut.
eh...

waiter: air tu tak payah bayar sebab you ckp tak sedap. Bayar food je dan food 10% discount.
heh.
selamat duit aku. hiks. (eh..air pelik tuh RM4.90 tau).

takpe. takpe. aku kasik can. aku tak nak buat review kedai ni dulu. aku nak try sekali lagi. makan dan minum benda lain. baru nak buat review.

8 comments:

kucingorengemok said...

oasis kah?

CATZ said...

kog..
ko sgt cekap..hahaha!!!

al-qamar said...

kat mana ni kedai ni?

Sierrauniform said...

kak katz,bestla kalo mana2 kedai kata tak sedap tak yah bayar..

u freelance photographer ker?hehehe

Mimi said...

catz aku dah try makan situ! Hot choc dia presentation giler babas, rasa hampeh.. Food2 lain rasa so and so laa.. Tapi untuk rasa yg so and so cenggitu kedai itu sangat overpriced! So aku 90% takkan pegi lagi.. Hehe

CATZ said...

al qamar,
kat seksyen 7, sebelah urat keting, nasi berlauk

CATZ said...

siera,'
hhhahaa..sebab dia tanya..aku jawab le..if dia tak tanya aku dendiam je kot...
haha.kita photographer suka2 je

CATZ said...

mimi,
mmg mahalll!! dan tak sedap..harap presentation je vassss..rasa hampehhhh