Wednesday, July 1, 2009

Nasi Lemak Antarabangsa

Makan kat sini last week...di Bangsar,
Pernah le lalu outlet nasi lemak ni, baru berpeluang try. Terliur aku tgk kat blog orang. Bila partner in crime aku ajak makan sini aku teruss ckp "JOMMMMM..." .
Eh aku pernah le makan kat kedai nasi lemak antarabangsa yg original kat Kg Baru tu. Tapi lama dah dulu..aku pun dah tak ingat camana rasanya...cume seingat aku rasanya biasa je..cuma pilihan lauk yg banyak.

Now Nasi Lemak Antarangsa sudah berwajah baru. Dah buat style cafe cantik. Aku suka lah konsep warna hijau cafe ni. Tak silap aku cafe pertamanya di Danau Kota. Now dah ada banyak dah cafe ni. Aku tumpang bangga lah dgn usaha mereka mengembangkan perniagaan ni.


Ni buku menu cafe ni..cantik warna hijau aku suka..cuma mood kitarang spoilt sebab nak order punyalah lama tunggu padahal time tu pekerja ada yg bual-bual dan makan. Nyampah la bila nak order kena pulak lambai2 banyak kali, lepas tuh tak de yg nampak. Padahal pekerja ramai. Kitarang siap terpinga-pinga. Pekerja ramai, siap ada yg tukang jaga pintu. Masa tu mcm dah hot sikitlah.Kedai cantik..service kenalah setara dengan rupa kedai...

So..apa yg di order?

Air asam boi...sedap! aku suka.

Terdapat pelbagai pilihan air, dari yg sejuk dan panas.

Nasi lemak sambal sotong

Menu kedai ni bukan nasik lemak je..ada pelbagai jenis mee seperti mee rebus, mee goreng, mee kari, laksa, sup dan lain-lain. Ada juga pilihan snack mcm karipap . Makan ringan-ringan le..if tak nak mkn heavy mcm nasi lemak. Tapi sebab 1st time makan kat sini, haruslah order nasik lemak. Aku pilih yg lauk sotong dan PIC aku makan nasi lemak lauk sambal kerang. Bagi aku, harga nasi lemak kat sini berpatutan jugaklah. Terdapat bebrapa lilihan lauk seperti paru goreng, rendang dll. Ada juga pecal, bergedel.
Nasinya bagi aku oklah..sedap. Sambal pun ok. Sambal sotong tu sedap. tapi sambal kerangnya agak masam..dan pelik sikit. Bukan aku je yg ckp cam tuh..PIC aku pun rasa mcm tu...tapi habis gak makan licin.

Nasi lemak sambal kerang.


Saja order tauhu sumbat..aku suka!! sayurnya banyak dan crunchy sket...sedap!

overall bagi catz..ok lah kedai ni..suka ambiance dan overall food ok. Next time nak try menu lain.

11 comments:

@xiM said...

mahal ok!!

myself said...

tahu sumbat yang serba tauhu tu...
yum yum

kucingorengemok said...

mulia sungguh hati catz nak pegi lagi slps mendpt servis sebegitu rupa... heheh

atty's said...

aku kan catz suka makn tauhu sumbat kt Lengkuas sek 7..kuah sambal kacang..mabeles..

al-qamar said...

berpatutan tu agak2 berapa ek?
sebabnya saya menanya ni, cadang2 nak gi nasi lemak antarabangsa kat taman melati this coming saturday, so nak survey2 dulu harganya :)

CATZ said...

axim,

mahal tapi dgn suasana kedai...ok le kot...cuma service hampeh sket..

CATZ said...

myself,

sayur nya crunchy dan banyak..sodapp!!

CATZ said...

kog,
takpe..aku kasik cannnnn

CATZ said...

atty,
tauhu tuh ada time bila?..siang?ptg?malam?
aku nak lee ke sana..
tadi baru lalu lengkuas..

CATZ said...

al-qamar,
nasik lemak basic dia 2.95 sen..
bagi aku okleh dgn suasanak kedai yg cozy tuh...
sekali dgn lauk around 7-8 hengget...ehm...sup aroud RM6..
tahu sumbat 2 bijik tuh 2.50 kot..
nasi lemak sambal sotong ..2.95 t4.95..ehm..kira...kira..

originartz said...

Boleh saya copy gambar tauhu sumbat awak tak ?