Thursday, July 9, 2009

Travel ketika wabak influenza H1N1 sedang melanda.

Nampaknya, kena ambil langkah berjaga-jaga kerana wabak influenza H1N1 masih lagi melanda.
Ada yang bertanya, macamana nak travel during outbreak ni.
Hemm..saya pun runsing.
Saya bukanlah orang yang pakar pun nak memperkatakan mengenainya.
Jadi saya tgk TV, google di internet dan cari maklumat tentang langkah-langkah yang perlu di ambil ketika travel semasa wabak H1N1 melanda.

antaranya:

1. Ketahui negara dan tempat yang dilanda wabak. Kenal pasti kawasan/area yang dilanda dengan teruk dan jauhi kawasan tersebut seboleh mungkin. Kalau boleh tangguhkan perjalanan, tangguhkan. Tapi kalau tak boleh, ambil langkah2 perlu untuk mengelakkan jangkitan (diterangkan di bawah). Ye lah kan. travel2 cam ni biasanya kita dah rancang lama, tix dah beli, hotel dah book malah dah bayar. Terpulang pada pertimbangan diri. Yang penting ambil langlah perlu sekiranya masih nak proceed dgn perjalanan tersebut. Jangan ambil mudah dgn fikir "aku tak akan kena".

2. Persediaan untuk diri sendiri, jaga kebersihan diri. Selalu cuci tangan. Pengalaman saya, saya akan cepat-cepat cuci tangan dan muka bila sampai kat airport. Langkah- langkah pencegahan berbeza-beza antara lapangan terbang. Ada yang buat health screening ada yang tidak. Beri kerjasama dan bersedia dengan prosedur di lapangan terbang (isi borang pengistiharan status kesihatan, health screening dll.)

3. Pakai mask adalah langkah yang bagus. Dua malam lepas, saya sembang2 dgn kawan di YM. Kami mmg suka travel so perbualan berkisarkan travel dan wabak yg sdg melanda. bercerita tentang topeng, dia ckp " ingat tak masa kita belajar bio?..virus tuh kan kecikkkk halus kan..so kalau pakai mask, belum tentu lah virus tu takleh jangkit kita..tapi kita usaha dan ikhtiar apa yg perlu. Amik langkah berjaga-jaga. Doa dan ikhtiar. Semuanya dengan izin Allah. Yang penting, kita buat apa yang perlu. Pakai topeng yang sesuai.

4. Bersedia dengan ubat-ubatan jika perlu, letak label pada bekas ubat yang kita bawa.

5. Elakkan tempat yang ramai orang berkumpul. Contohnya di lapangan terbang, biasanya saya suka jalan-jalan kalau bosan duduk. Tapi sejak wabak melanda, saya akan duduk tempat yang jauh dari org, elakkan bersesak-sesak di kumpulan yang ramai orang. Duduk setempat sambil berangan.hiks.

6. Bersedia dengan kemungkinan di kuarantin oleh pihak berkuasa tempatan yg terlibat.

7. Jika rasa tak sihat, cepat-cepat jumpa doktor. make sure kita tahu simptom - simptom H1N1. Selain diri sendiri, make sure org yg travel dgn kita pun alert dengan simptom-simptom tersebut.

8. Sentiasa peka dengan keadaan semasa di tempat yang kita pergi. Ambil tahu status wabak / update yang sedang melanda. Kenal pasti kawasan yang terlibat dan elak dari pergi ke kawasan itu sekiranya tidak perlu.

9. Sekembalinya kita dari travel terutamnya dari kawasan yang dilanda wabak, monitor status kesihatan kita sekurang-kurangnya 7 hari.


ada beberapa lagi..u ols kalau nak tambah silakan...kita share sama-sama.

No comments: