Wednesday, July 15, 2009

Tawau..sedikit catatan

Tak banyak yg dpt dilakukan dlm tempoh singkat namun ada sedikit catatan yg saya mahu letak di blog ini mengenai Tawau.



Tawau adalah bandar ke tiga terbesar di Sabah selepas Kota Kinabalu dan Sandakan. Ia mula berkembang pesat awal tahun 80-an dgn industri pertanian terutamnya koko. Kini Tawau amat terkenal sbg destinasi transit utk ke Pulau-pulau terkenal seperti Sipadan, Mataking, Sebatik , Nunukan dan Pulau Semporna. Kalau nak ke Pulau Sipadan, kita kena ke Tawau dulu lah...
(hiks...terserempak Afdlin Shauki and geng yg baru balik dari Sipadan. kami naik flight yg sama, and derang semua pakai baju pink.hihihhihii.).


Pandangan Bandar Tawau dari tingkat 16 Hotel Promanade, Tawau.

Kalau ke Tawau, banyak pilihan tempat penginapan, dari rumah tumpangan hinggalah hotel 4 bintang. Antara yang terkenal ialah King ParkHotel, Marco Polo Hotel, Hotel MB dan terbaru hotel Promanade.

Bandar Tawau

Sibuk jugak bandar Tawau ni. Masa catz meronda town, agak susah jugaklah nak dptkan parking. Antara cara paling senang bergerak di sini, naik teksi. Bas pun ada jugak..
Kalau nak membeli belah di Tawau ni, nak cari sobinier, ada beberapa tempat.

Ni shopping komplek...Eastern Plaza. Shopping complex ni satu building dgn Hotel Promenade.
So kalau duk Promenade, sgt convinient lah. Banyak juga kedai berjenama dan outlet2 butik, salon dll.

Makan di Tawau tidaklah susah. Terdapat banyak kedai makan/ restoran/gerai. Antaranya Hawker Centre di Sabindo. Terdapat deretan gerai mkn dekat waterfront juga.
Oleh kerana ramai org Indonesia di Tawau ni, maka makanan disini banyak yg berasal dr Indonesia. Antara yang terkenal ialah Soto Makasar dan Nasi Kuning.

Nasi kuning

Nasi Kuning merupakan makanan yg berasal dari Indonesia. Ia sgt terkenal di Tawau. Ia dimasak dengan santan dan dibubuh kunyit. Di Tawau biasanya ia di hidang dgn ikan goreng sambal. Selain itu ia juga dihidang dgn ayam rendang. catz tak sempat nak mkn yg ori di kedai makan, tapi berpeluang makan di hotel penginapan semasa sarapan. Catz tanya dgn chef tu, nasi ni dimakan dgn apa, dia ckp dgn rendang.


Sempat juga makan nasi lalap di di restoran Toko Aminah dekat dengan Sabindo Plaza. Makanan di Tawau mmg kebanyakkannya mempunyai pengaruh Indonesia. Tapi sayang tak sempat nak makan soto makasar.

Sambal nasi lalap..pedassss!! Tapi sedap...


PASAR TANJUNG TAWAU

Antara tempat yang bagi pendapat catz harus dikunjungi ialah PASAR TANJUNG TAWAU.

Ha...u ols...aku mmg suka pi pasar. Kakitangan hotel cadangkan saya ke pasar ini jika nak dptkan makanan tempatan dan buah tangan..macam-macam yang boleh dilihat dan dibeli di sini. dari kuih muih kering, sayur-sayuran, ikan masin, ikan bilis dan makanan laut kering yang lain.
ops...jamu rapat pun ada dijual yer...he he he...

Pandangan pasar dari tingkat atas

Makanan laut kering murah tau kat pasar ni. Aku beli ikan masin dan ikan bilis. Ikan masin ada yg sekilo RM5.00. Ikan bilis belah pun sekilo RM10.00. malah ada yg sekilo RM8.00 je. Kat tempat kita mana jumpa murah cam tuh kan...
Ikan kering..sotong kering....beli! beli!

Pasar ni luas...mcm-mcm ado..aku pi ahad. so org ramai..terasa mcm pi pasar pagi ahad dkt dgn rumah..hiks.

sayur...sayur...!

Aku suka tgk cili ni..dia letak campur2..lawa. aku beli sikit..hehehhe...jauhnya kan aku beli cili.
buat masak cili api pun sodap nih.

Kat tingkat atas ni lah...ada jugak jual baju, tudung-tudung, peroduk kecantikan dan kesihatan..jamu etc..pendek kata..macam-macam ada kat sini...
ok..
seterusnya..jom ke PASAR GANTUNG...
kakitangan hotel syorkan ke psar gantung. aku tanya knp namanya pasar gantung??
dia ckp sebab barang yg dijual di gantung...
hiks.

Kat sini, macam-macam ada. Dari brg kraftangan,mutiara, baju, beg, batik, sarung, telekung, aksesori , perhiasan rumah dll.

telekung yang berwarna warni..

beg dan aksesori



kraftangan

perhiasan dr kristal

mutiara

kalau minat pearl, ha...boleh le cuci mata dan beli di sini.

Ada beberapa tempat menarik lain di Tawau ni...tapi tak sempat nak pegi....

6 comments:

ZaliHazali said...

such nice place to go...

makdaracute said...

Afdlin shauki pakai baju kaler pink?? hik..sure cute....
cili tu memang nampak menarik ler..pandai betul peniaga tu punya marketing strategi ek...sampaikan org KL beli cili kat Tawau.. :)

NenetPenne (NP) said...

asyk jalan jer si catz ni...

kerja catz ni berjalan2 jer ker?

nak apply lah kerja kat company catz...

Neeza.Areef said...

nnti klu nk g sabah leh refer kt blog catz arr

Akhiey said...

salam.. takpe boleh rujuk saya kalau sampai tawau.. betul kate catzs.. byk tempat menarik lagi dekat tawau.. antaranya poring (tawau ade, semporna pun ade), air terjun 'table', pantai tinagat.. nak makan2.. tak yah susah.. risaunye.. nanti susah nak buat pilihan.. banyak tempat.. antaranya.. nasi kuning.. ade potnye.. sup-sup.. ade potnye.. gado-gado.. ade potnye.. pendek kate.. sampai sini baru tau.. itu pendek yang kate.. panjang tak kate ape.... jumpa di tawau.. (akhiey@gmail.com)

Akhiey said...
This comment has been removed by the author.