Wednesday, April 30, 2008

Selamat hari pekerja


Kepada semua, saya ucapkan selamat menyambut hari pekerja 1 Mei 2008 (SELAMAT BERCUTI)..kepada yg bekerja..selamat bekerja..happy working..

Catz miow-miow.

Tuesday, April 29, 2008

Seribu Tahun


Seribu tahun (Imran Ajmain)


Relaku menunggumu seribu tahun lama lagi
Tapi benarkah hidup aku akan selama ini
Biar berputar ke arah selatan ku tak putus harapan
Sedia setia

Relaku mengejarmu seribu batu jauh lagi
Tapi benarkah kaki ku-kan tahan sepanjang jalan ini
Biar membisu burung bersiulan terlelah gelombang lautan
Ku masih setia

Adakah engkau tahu… ini cinta
Adakah engkau pasti… ini untuk selama-lamanya

Relaku menunggumu seribu tahun lama lagi
Tapi benarkah hidup aku akan selama ini… yeah…
Biar berputar ke arah selatan ku tak putus harapan
Sedia setia

Jangan putus harapan… sedia setia..

Random thought part 2

simple breakfast for today

1. Entah kenapa, i feel something wrong today, i surf the net to get some info for work purposes, masih tidak berjumpa (since yesterday)...

2. Rasa takde mood to work, feel want to go home and baking cake, muffin or something..

3. Rasa teringin sangat nak makan meat ball mcm kat IKEA -Swedish meatball( i found the recipe at recipebazar) and cant wait to make it on this coming weekend.

4. Semalam balik kerja, catz went to kedai pinggan mangkuk....and found nice bowl etc, rasa nak beli semua which is impossible...dpt tgk pun puas hati (crazyyy)..

5. Last week, i went to "Kedai nasi Sempoi" for 1st time..the set of Nasi sempoi is RM5.00 plus segelas air sirap PERCUMA/FREE. I ate one set Nasi sempoi (nasi+ayam seketul+popodum+salad+sambal 2 jenis +sup kosong), cost me RM5.00. My fren ate seketul ayam saja (she diet) and get 1 free sirap, but she has to pay RM4.00 (seketul ayam RM4.00)..???? expensive for ayam yg saiznya sgt cinonet.. and we asked.." why RM4? she only ate seketul ayam yg saiznya sgt kecil..?" he said " "kita kena kira satu set" so why RM4.00 and not RM 5.00 instead kalau kata satu set? nampak sgt nak mengetuk..tobatt..takmo dah pi makan kat peniaga yg tak ikhlas nih....aku rasa she patut bayar RM2.50 je...(sepanjang jln ke opis kami duk mengutuk2 kedai tersebut..hihihiih)

6. Rasa nak balik rumah sekarang..nak masak meat ball di No.3..buleh??

7. Last nigh, i watched TV program, talkshow. tetamu jemputan was a lady, she own a culinary academy in KL. She used to be a teacher for more than 20 years. She loves cooking. She determined ke London utk belajar buat kek...and she become a famous chef, own culinary academy, she's malay, successful and she travel round the globe to promote Malaysian cuisine especially Nasi Lemak and Rendang. I wish i can be like her...errrrr.when is my turning point ehh?? Since now kat ofis pun aku selalu sgt berangan to be a chef...own cafe or work in hotel's kitchen etc..
And that lady encourage people to involve in food bisnes or go to culinary school, work as chef as the income rate now is 18-25k/month (executive chef)...erk..aagain..when is my turning point?? am i too late??

7. I've been wearing my contact lense for two days..and suddenly someone said "..eehhhhh..u pakai contact lense..nampak muda...".(perasan kejap)..ehh.so selama ni am i look too old with my glasses???

8. Sekarang rasa nak makan meatball No.3.

9. err..sapa tau kat mana nak beli asam boi?..err..rupa asam boi tuh camana ek?? i need it for my cooking (jgn ingat aku mengidam asam pulak yer..).

Monday, April 28, 2008

Step by step :Tempe goreng

bahan utama: jintan manis

This entry is dedicated to someone from Perak which now become a tempe goreng lover.
I hope this will guide her how to fry nice tempe and also guide her to differentiate jintan manis and biji ketumbar.


step 1: masukkan bwng putih, jintan dan halia dlm lesung batu.
step 2: tumbuk dengan sepenuh hati..takyah halus sgt.



step3: ambil 3 sudu tepung gandum , 11/2 sudu tepung jagung.
step 4: campurkan tepung jagung, tepung gandum, bahan tumbuk tadi, sedikit serbuk kunyit, garam.



step 5:tambah air pd campuran tadi, jgn cair sgt,jgn pekat sgt, agak-agak.
step 6: hiris nipis tempe



step 7: celup tempe dlm bancuhan tepung tadi
step8: goreng tempe dlm miyak panas hingga coklat/kuning keemasan.
Catz suka yg agak coklat ke arah-arah hangus..hahhaha.
angkat, toskan dan buh atas paper towel.
Hidang dgn sambal kicap (Johor style).

Resepi sambal kicap... cili api danbwg putih ditumbuk lumat. Campur dgn kicap manis.Siapp..

Sunday, April 27, 2008

again..P-E-C-A-H

P-e-c-a-h lagi...
tensi sungguh.. i was like ular melingkar kekenyangan lepas balik dr Bagan Lalang, wrapping cik kuntum and her son present on my bed...and suddenly krekk...
aku terhempuk spek mata yg ku letak kat sebelah aku atas katil ituh dgn siku ku..and
pecah...cam kerepek..aaaaa.huwaaa......
as a results, today i get 3 pairs of contact lense, the murs-murs one brand yg tak berapa pernah dengar. This is for temporary use till i get my new spectacles... malas nak pi byk2 kedai, i went to 2 opticals yg wujud di bdr ini dan kedua-duanya hanya menjual brand itu saja...

NJ: Pecah lagik?? Ho..ko beli contact lense kaler apa?
me: kaler?..tak de kaler..dah pegi dua kedai spec, yg ada cuma 2 brand ni je yg aku x berapa pernah dgr...nyahh..mak now nih kat jajahan Kuala Langat ok..bukan kat Bangi..
NJ: Hahahha..kamfungsss..
me: mentang2 ko kat tokyo...kereksss.
siot je kan...


Dinner di Bagan Lalang


Malam tadi, catz ke Bagan Lalang. Saja nak jalan-jalan since dah berada di jajahan Kuala Langat ni kan...so tak jauh sgt lah nak ke Bagan Lalang, Sepang. So hajatnya konon nak makan seafod lah kerana Bagan Lalang ni pun popular dgn tempat makan seafood.
Bertolak ptg pukul 6.40p.m kerana tak mau lewat sgt sampai dan nak tgk view sepanjang jln, so plan solat maghrib je di Bagan Lalang.
Perjalanan dari Bandar Banting lebih kurang 45-50 km kot (lupa nak ukur). Takes about 1 hour coz drive ala-ala makan angin menikmati pemandangan. Lalu pantai morib yg agak nampak happening...tak tau ada event apa. Malas nak singgah. Kat sini siapa yg nak menginap, ada hotel Impian (ni yg Ok sgt le) dan ada 2-3 hotel lain yg biasa-biasa jek. Dan disini sdg dibina Gold Coast Morib (apartment etc). Sepanjang jln dari Banting-Morib byk restoran seafood dan juga banyak org jual ikan dan seafood fresh di tepi-tepi jalan. so kena memandu dgn kesabaran yg agak jitu kerana banyak je kereta yg dipandu perlahan (amatt perlahan) utk melihat dan singgah-singgah utk beli ikan fresh tepi-tepi jalan tu. Kat sini ikan naik ptg kot kat dgn morib dan kelanang. Kalau rajin Ke Kelanang pun ok, sana pun byk org jual ikan-ikan fresh (patutla kucing2 kat sini gemok-gemok, mkn ikan fresh rupanya)..

Satu lagi yg menarik di kawasan-kawasan kampung area kuala langat ni ialah banyak perusahaan-perusahaan IKS mcm perusahaan Kerepek, bela cacing/lintah/ pertanian berkelompok dan macam-macam lagi. Dan tak hairanlah kg2 kat area sini pernah menang beberapa kali kg terbaik peringkat kebangsaan. Pak Lah dan Mahathir pernahlah beberapa kali dtg sini dulu.
Tapi sepanjang perjalanan dri banting -morib banyakkk sgt gerai makan/ sampai sini. Dan di daerah ini jugalah lokasi Agensi Angkasa Malaysia (di Sg Lang). Dan di sini (kanchong) juga rumah Misbun Sidek. u ols kalau nak tau rumah dia yg mana , dekt traffic light selepas hospital, rumah dia ada replika bulu tangkis besar depannya.

Dan lebih menariknya, sepanjang perjalanan dari Banting-Morib-Tanjung Sepat dll, banyak sungguh Homestay. Antaranya Homestay Kanchong Tengah, Homestay Kg Endah, Homestay Kg Batu Laut, Homestay apa tah lagi..banyakkk..tak ingat dah aku...errr..kita bleh ke saja-saja nak tinggal kat Homestay tu ek??
Catz juga melalui Pekan Tanjung Sepat (ni ke tmpt yg now ni glemer isu vavi tuh??)...Kg Tumbuk etc..tu le tmpt yg katanya nak dijadikan tmpt centralised kandang vavi tu kan?? meriah juga pekannya.

Ada satu tempat tuh , masa nak sampai ke Bagan Lalang tepi laut, cantikkkk sgt..tapi takleh nak snappy2 dgn kamera cokia yg dah outdated aku ni..so tgk je lah...hari dah agak gelap...
Di Bagan Lalang, kalau nak menginap, ada Hotel Seri Malaysia.dan ada kot chalet2 lain. Dan now di sana tg dibina Gold Coast Sepang. Gold Coast lagik..Pergh...tak yah dah pi Australia...tetiba jek byk Gold Coast kat sini.So..makan time. Tempat-tempat mkn kat sini kira cam ada yg dkt laut, ada yg menghadap laut. Plan nak mkn kat satu tempat tu, lupa apa nama tapi hairannnn..tmpt ni semedang ramai org. Sampai ada yg sanggup, berdiri tungu meja org yg tgh makan. Sedap sgt kah? Dulu cat dtg pun tak berjaya gak makan kedai ni. Samalah,, sgt packed dgn manusia. So frust gak lah..edai yg catz pernah mkn dulu tutup plak. And honestly kat Bagan Lalang ni aku x tau kedai mana yg sedap.
Malas nak tunggu pi pusing kehujung yg dkt dgn laut, pi mkn kat gerai yg mengadap laut. Kedai biasa je kot. Tapi suasana better lah dr tmpt tadi..tmpt tadi tuh tensi kot kalau mkn situ. Di area ni nampak ramaii sgt org camping, x tau lah camping sendrik2 atau ada program apa. Kat sini relax. So order udang, 2 jenis ikan, kepah, ketam, sotong, sayur, nasi.

Udang bakar

pari bakar

sotong goreng tepung

kepah sweet sour

ikan kerapu steam

Overall the food ok ler..except ketam dan sayur. Tak berapa sedap...sebab tu malas nak buh photo. So i was bloated with seafood ..ekekkekke....kolesterol fiesta gituh...kweng-kweng,,
lepas makan jln2 sket ka situ the balik...
on the way tuh dgr AF di radio ERa..apa kejutan mlm tadi?...aku dah terlepas masa tuh...
but i'm happy that mamarina was eliminated...i think better give the chances to the young one who are tal
ented. Jgn marah..ni pendapat peribadi saja ok...

Saturday, April 26, 2008

Guidance for a keria woman emergency party in Tokyo


i was asked to give my idea about
menu for emergency party by someone who trapped in kota metropolitan Tokyo.. (buat apa kat Tokyo tu??..tataww..)

tetamunya, most of them are Japanese and apa tah..international giteww..(6-8 people)

menu?..berdasarkan barang-barang yg berada di dalam peti ais dia…segala peralatan from small toaster to oven and segala peralatan yg canggih manggih…

so this keria@career woman wants to prepare partly Malaysian menu (utk menunjukkan dia Malaysian and Jawa) and a bit international menu which can be eaten by all the guests.

This party will be held in 3 days time and she urged me to blog about it (paksa)…

Ni kira cam party planner lah…aku nak charge ke tak ni??

Menu meliputi appetizer, finger food, main dish dan desert/ drinks.

Cook for 4 people, tapi byk jenis.

  1. Bahan-bahan utk buat tomyam like tomyam paste, cili api, halia, daun limau purut, lengkuas, serai segala which is successfully angkut from JB.
  2. rempah /rencah beriani paket hok segera.
  3. roti canai segera
  4. daging, ayam, seafood, telur 10 bijik katanya..
  5. sayur mayor, bawang2 semua.
  6. nasi impit segera (peket) dan kuah kacang segera (paket)

errr..tempe tak de??

so my suggestion:

  1. Nasi beriani (beli beras basmathi yer nyah, aturan 1 tin beras=1.5 tin air) to go with beef curry .
  2. salad sayur.kalau rajin pi goreng popudum.
  3. nasi impit to go with kuah kacang. (Malaysian sgt dah tuu)
  4. seafood spagethi
  5. tomyam
  6. pasta salad
  7. lemon chicken
  8. tempura (seafood dan sayur like terung, etc). sos?.
  9. roti canai segera tu bleh wat appetizer..hiris siap2 masa hidang (to go wit curry)
  10. chicken tuh hiris dadu (jgn kecik sgt), buh rempah atau apa2 herbs sket,garam dan halia, perap then guna skewer cucuk selang2 dgn lada benggala, bawang and udang, cherry tomato dan grill.
  11. butter prawn.
  12. telur tuh bleh wat telur dadar yg dicampur dgn udang dan sayur, cili, garam, black pepper, cheese then hiris kecil masa hidang.
  13. desert..apa ek..puding atau strawberry dip in coklat (like siti and datuk K fav)
  14. drinks, jus, coffee or kalau rajin wat le cocktail..

kalau ada idea aku tambah nanti..pilihlah mana2..takan nak masak semua..

Char kuey teow Banting


Malam tadi catz saja pi ronda jln-jln cari makanan (dapur tak berasap..bawang putih habis)..hahha..

one of my office mate pernah makan char kuey teow yg sgt sedap katanya..di banting..so terpusing-pusinglah mencarinya as she gave wrong direction. I tot menghala ke Jugra rupanya alahai..main road menghala ke Morib. Nampak gerai ni pun tak sengaja..t-e-t-i-b-a ..eh..eh..
That's the gerai char kuey teow.. dkt traffic light..opposite the Jabatan Pendaftaran Negara, Banting and JPJ. senang jek..dekat dgn restoreng sri Lang (seberang jln)...

menunya..? konsep single menu...Char kuey teow Penang..resepi asli Pulau Pinang katanya..
tapi selain tu ada burger dan kentang goreng. tu je..
char kuey teow ni pun ada yg biasa, ada yg special....yg biasa RM3.00 dan yg special RM5.00
so order biasa satu dan special satu..and teh o ais limau....perfect!

char kuey teow special (9.5/10)

char kuey teow biasa (9/10)

(kualiti gambar kurang memuaskan coz tak cukup cahaya, mkn di bwh lampu suram dan ambil gambar dgn kamera cokia)

Rasa?..sangat sedap u ols...mmg setara dgn char kuey teow asli di Penang...malah lebih sedap kot (melampaunya statement)..and ada cili jeruk atas meja tu..kalau suka boleh letak cili jeruk which is perfectly match lah.. perencahnya sgt sedap, dgn kerang yg banyak dan udang yg tidak kedekut, mmg sgt sedap. Sedap gila. Yg special tuh rupa mcm sama tapi jumlah udang dan kerang yg extra banyak kot and rasa dia mcm lebih sedap gituh...sumer extra kot...tu yg lagi sedap....

dulu catz kalau ke Penang sangat tergila-gila nak makan char kuey teow sedap..adalah makan kat few tempat yg sedap..and now i found the one yg sangat sedappppp hinggga hampir menjilat pinggan..bukan di Penang, tetapi di BANTING, selangor. The real one!

Friday, April 25, 2008

Apam pisang

Apam pisang

haa..tema pisang lagik kan...coz nak habiskan balance-balance pisang buat muffin..
apam tu leh makan dgn kelapa parut.tabur atas dia..tapi catz tak nak menambah kolestrol..makan gitu je...
resepi akan diletak kemudian..malas nak taip..

auntie skema dan aiman tak kisah..

Lunch tadi catz keluar dgn Cik Kuntum...as she now bercuti so she has ample time lah to visit LHDN dan menelepon ku mengajak ku lunch...(errr....LHDN....errrr..errrr...errrr)...pempaham lerr...hari last 30 april..peringatan utk diriku juga)

So we had lunch at komplek pkns...Restoren cempaka Rimba...and she brief me about the menu of her and her son besday party on Sunday...hemm...ok le tuh..yg ak oknya she wanted to tempah few menu dgn aku..emm....but i can't make it since from today late evening till sunday i'll spend my weekend at my another house...which is veryyyy far from cik kuntum's house, sorry

cik Kuntum.maybe next time...and i'll teach her verbally how to make food yg dia nak tempah kat aku tuh..easy peasy but tah le dia ingat ke dok.. and she said " takpe lah.i will tempah dgn org lain"..aiyoo...cik kuntum i hope u'll not wasting ur money for that simple menu Ok....kalau tempah dgn catz catz tak charge kot..free je...utk kawan-kawan..sesekali kan..

So we ordered ayam gajus, kailan goreng, lala goreng pedas, telur dadar, sup and plain rice..
we chit chat and gossiped tetapi tidak mengumpat..hihiihihi..i used to like this place coz we can choose to makan bersila / bersimpuh atas lantai..food dia ok lah..and this place always packed...cik kuntum insist to order "tauge goreng biasa"..and i said " eh...ko susah2 dtg jauh2 nak order sayur toge goreng which cost u RM4.80?..kalau ko masak toge tu kat rumah RM4.80 bleh makan sebulan toge tuhh". so she changed her mind...ahhahahah..(aku dah pernah mkn sayur toge kat sini ..biasaaaa je rasanya...sedap lagi mak kita masak)...

so after lunch, i was thinking to get besday present for cik kuntum and her son..tah le aku buntu
nak beli apa...korang...utk budak umur 3 tahun (lelaki) apa nak beli?? i have no idea at all.i asked to my few frens..one said " ko beli kereta mainan yg dia boleh drive duk dlm tu or beli basikal" and another one said beli bola..and another one said "beli kereta yg boleh di tukar or di ubah2 jadik robot..."..errrr..kat mana nak beli tuh??? mahal ke (hehhe).. tah le buntu lah..and time catz duk terpikir nak beli something yg duk melintas kat otak ni, cik Kuntum nak ikut aku..alaaaa...i said.." eh..i nak pi kedai bukulah"..and she said.." haaa..i ponnn nak pegii"..iskk.iskk..dah dia duk mengekor aku camna kan...so aku kan...pi le kat rak CD utk bebudak tadika..and ask her..." eh...cik kuntum..ni utk budak umur 3/4 tahun seswai dok? aku nak beli utk anak sedara aku." and she saidd.."ehhh ok..good utk budak2 ni..seswai.."..err..korang rasa kan dia boleh agak tak yg aku nak beli CD tuh utk anak dia?..(anak sedara aku dah darjah 6..so apa ke jadahnya nak tgk CD nyanyi2 budak tadika umur 3 taun..)
aku tgk dia duk belek-belekand dia mcm suka..cik Kuntum ni sgt skema orgnya...dia lebih suka menda2 yg ada unsur2 educational lah utk bebudak and cik kuntum sgt suka buku..so aku plan nak bagi dia buku lah..and aku dah pilih beberapa colouring book..buku belajar tulis jawi (Ya ammpunnn... skema nya hadiahh.) , crayon etc utk anak cik kuntum..

kad utk aiman (aiman tak kisah kot..kan..)

So lepas tuh pi cari buku utk cik kuntum..dia ni sgt skema u ols...so aku dipersimpangan..nak beli kat dia cooking book or buku agama/motivasi??
and tetiba mata aku kan tercaptured rak-rak buku resepi..
Sejak bila selangor ni ada masakan/ signature dish nih?? dah 6 tahun lebih ku bermastautin di selangor ni..tak pernah dengor pun.ke aku yg tak tau?..so catz belek2..oh..masakan biasa je yg bleh dpt dr negeri lain cthnya, patin masak tempoyak etc..so tak yah lah beliii....
but...catz langsung ti dak berniat membeli buku since kan awal bulan aku dah beli buku resepi kan??? tapii..terbeli buku ni...memula plan nak beli hadiah cik kuntum tapi tah camna by accident terbeli utk diri sendiri...heeeee...tak leh harap kan aku nihh...and catz get buku motivasi agama and besday kat utk cik kuntum..

this is for me..

erk..i dah over spent...plus beli CD oltromen..

oltromen lawan resaksa

hem...u ols jgn ingat catz nak tgk ultromen ni yer.zaman tgk ultromen ni dah berlalu lama (haaa..tua sgt le aku ni..)..ni utk aiman tak kisah tuuu....dia lagii suka...
tetiba duk ronda2 dlm kedai tuh..cik kuntum ckp...
"ehhhh...Cd oltromen..u know my son sgtttt suka tgk Oltromen" and dia siap buat2 gaya oltromen anak dia..memfire-fire giteww..
so ...ting!ting!..haaaa..aku dah tukar pikiran..aku letak balik CD tadika tadi...and amik CD ultromen ni..err..melampau ke bagi CD cam ni kat budak 3 taun?? nampak benor aku nih takde unsur2 kependidikan kanak2 kan....takpleh..at least aku beli colouring book etc utk dia gak..so ultromen ni utk hiburan dia.. (aiman ni 2 1/2 tahun dah dihantar ke sekolah)...so maknanya dia tak akan makan crayon yg aku bagi tu kot...
so now saya sdg tersenyum seorg diri membelek buku resepi utk saya...hihihihi....

p/s: u ols ada idea tak tentang hadiah utk besday boy umur 3 taun..idea plisss..

Thursday, April 24, 2008

Cik Kiah gelang..

I likeee..

Ni bukan tangan mummy jarum yer... just focus on the gelang... i likeeee it...

Yang ni pun saya sangat sukeeeer...

Nilah akibatnya bila mengantuk semasa lecture. Merapek je..kan..mana nak beli gelang ni??? Tetiba saya sgt suka dgn gelang yg dipinjamkan sekejap ke tangan saya itu.
cik kiah yg happy dan cerah mata lepas pakai gelang pinjam..

Muffin pisang with coklat rice

Semlam saya sangat gembira jadi saya telah berhasrat utk membuat muffin pisang with coklat rice..lalalalalalla....

Banana with coklat rice muffin

Menghasilkan 12 biji muffin yang sgt sedap..saya sukeee...dan tentunya opis mate saya sangat suka kerana saya membawa muffin ini untuk mereka..saya cuma makan 2 saja..hiks..
yummy..
Lalallaalala....

update: ada permintaan to put the recipe..so i letak le...ye...

actually ni banana coklat cip muffin, tetapi di rumah saya tiada coklat cip..yg ada coklat rice yg dah agak berkurun terpendam..so ubah sket..guna coklat rice.. coklat cip tuh cuma bubuh kat atas supaya muffin in nampak cute (hhaaaaa..cute ke?)

Bahan-bahan:

Bahan A:
2 cawan tepung gandum
1 sudu besar baking powder
1 sudu teh soda bikarbonat
1/2 cawan coklat rice
1/2 sudu teh garam
sedikit coklat cip utk hiasan

Bahan B:
300-350 gm pisang
120 gm butter (cairkan ye)
2 biji telur
1/2 cwn gula perang (gula biasa pn buleh kot)
1/4 cwn susu segar
satu sudu kecil esen vanila

Cara-cara:

Gaul rata tepung, soda bikarbonat, baking powder, garam dan ayak.
Panaskan oven pd suhu 180 darjah.
Bubuh paper cup atas muffin mould. letak tepi.
Campurkan semua bahan A dlm bekas dan gaul rata. put aside.
Campurkan semua bahan B (kecuali coklat cip), kacau sebati guna whisker.
Tuang adunan B ke A gaul rata, buat dgn cepat ye..
Sudukan adunan 3/4 penuh ke dlm paper cup. bubuh le colat cip tuh 4-5 butir atasnya.
Bakar selama lebih kuran 15-25 minit bergantung lah pada oven u ols..
Keluarkan dari oven ..sejukkan ..
and ready to ngapppp....

Wednesday, April 23, 2008

Come Dine With Me

Tempe goreng served with sambal kicap (lupa nak amik gambar sambal)


Come dine with me…

Last night I was invited a friend to have dinner with me..Yer..Cik Saira itu…I don’t know what to prepare since the original plan was just to have tempe goreng. So I asked saira a day before what she want for dinner ?..she said sotong bakar..

Other that that I don’t know wut to prepare..and why not have a healthy diet..not a typical dinner yg ada daging ayam semua tuh..hehhe.. (cam malass sajork.)..

So I prepare simple meal ( I mean no santan-santan or wutever yg susah2 nak prepare bagai).. and I was so kelam kabut coz actually I went home early yesterday from campus, but so gatall sangat nak lepak café lepas soping brg dapur and had my favourite cold white coffee..so end up aku sampai umah lambat..plus hujann plus kilat sabung menyabung..

So mcm bersilat jugaklah kat dapur..ala-ala rancangan come dine with me..u ols pernah tgk dok..kat cenel travel&living (707) ..now tak taw ada lagi tak program tuh..tapi last season aku suka sgt tgk..ala-ala pertandingan lah..5 people kena ikut giliran sediakan dinner ikut giliran setiap malam kat umah dia…menu starter, main course dan jugak dessert… and biasanya kan..tetamu akan dtg..sambil2 tu sekodeng bilik lah..bilik air etc..while the tuan rumah berperang kat dapur sediakan main course…and depa akan ngumpat2 gelak2 bagai if found something funny dlm rumah tu..bleh gitu ek…dan di dapur, akan berlakulah biasanya kan adegan2 klako cam tgh masak food terpelanting lah..kucing dia termasuk dlm adunan kek lah..makanan lupa nak masuk oven lah..terlupa buh bahan penting lah..etc..kalau tak reti budget time mmg kelam kabut gituh.. and lepas dah makan summer, tamu yg 4 org tu akan balik and bagi markah out of 10..so mlm ke lima, pemenang akan diumumkan..hadiah 1000 dolar..kan best tuh…

and aku pon tiru gaklah aturan derang masak..so 1st prepare desert coz normaly menda ni nak kena bekukan etc…dan serve sejuk…so aku diidihkan air, main campak jelah agar2 dlm periuk (don’t try this at home) utk buat agar2 bersusu pandan. Itu jek menda paling simple aku terpikir.hehhehe..then into the fridge..duk dendiam ok..

Then prepare menda lain dan dgn keadaan dapur aku yg sungguh messy cam tongkang pecah tu..i texted Saira “ mek..ko dtg lambat sket lah..dapur tgh berkecah sgt lah…malu..” hehhe..and she came at 8 pm, just nice all the food ready to be served..

I went down and jemput her at the lobby..and she came with payung ala-ala Ms umbrella Intan Payung coz hujan sgt lebat..she brought puding mangga (lupa nak snap photo), anggur and ikan terubuk masin Sarawak..yeyeyyeye....best..best..


Thanks saira for the anggur

After dinner we chit chat sesambil menikmati green tea, sesambil tgk Tv and juga melepak di bilik....sambil bergossip..hehhe

siapakah yg terbaring kekenyangan iteww?

Overall catz tak pueh hati dgn food-food itew..masak kelam kabut ..tapi catz paling suka agar-agar pandan bersusu, kerabu sotong..sedappp gila (kekkeke..keji sungguh krn memuji diri sendiri)..and Saira really like to eat the tempe goreng and she ate it non-stop...hem..sedap le kot?..
Ate..org perak dah reti dan suka sgt makan tempe..ehhehe...tu le kwn dgn aku..aku dah tempe kan ko..
We have good time together...
p/s: saira...aku tuntut nasi ayam ko....cepatttt..ckp bila..

Noreh jones and saira,...kalau aku bukak gerai tempe goreng petang-petang kat tepi jln agak-aak laku dok?? the name will be " TEMPE GORENG KUCING CUTE"
agok2nya berduyun dok org dtg gerai aku?