Malam tadi, catz ke Bagan Lalang. Saja nak jalan-jalan since dah berada di jajahan Kuala Langat ni kan...so tak jauh sgt lah nak ke Bagan Lalang, Sepang. So hajatnya konon nak makan seafod lah kerana Bagan Lalang ni pun popular dgn tempat makan seafood.
Bertolak ptg pukul 6.40p.m kerana tak mau lewat sgt sampai dan nak tgk view sepanjang jln, so plan solat maghrib je di Bagan Lalang.
Perjalanan dari Bandar Banting lebih kurang 45-50 km kot (lupa nak ukur). Takes about 1 hour coz drive ala-ala makan angin menikmati pemandangan. Lalu pantai morib yg agak nampak happening...tak tau ada event apa. Malas nak singgah. Kat sini siapa yg nak menginap, ada hotel Impian (ni yg Ok sgt le) dan ada 2-3 hotel lain yg biasa-biasa jek. Dan disini sdg dibina Gold Coast Morib (apartment etc). Sepanjang jln dari Banting-Morib byk restoran seafood dan juga banyak org jual ikan dan seafood fresh di tepi-tepi jalan. so kena memandu dgn kesabaran yg agak jitu kerana banyak je kereta yg dipandu perlahan (amatt perlahan) utk melihat dan singgah-singgah utk beli ikan fresh tepi-tepi jalan tu. Kat sini ikan naik ptg kot kat dgn morib dan kelanang. Kalau rajin Ke Kelanang pun ok, sana pun byk org jual ikan-ikan fresh (patutla kucing2 kat sini gemok-gemok, mkn ikan fresh rupanya)..
Satu lagi yg menarik di kawasan-kawasan kampung area kuala langat ni ialah banyak perusahaan-perusahaan IKS mcm perusahaan Kerepek, bela cacing/lintah/ pertanian berkelompok dan macam-macam lagi. Dan tak hairanlah kg2 kat area sini pernah menang beberapa kali kg terbaik peringkat kebangsaan. Pak Lah dan Mahathir pernahlah beberapa kali dtg sini dulu.
Tapi sepanjang perjalanan dri banting -morib banyakkk sgt gerai makan/ sampai sini. Dan di daerah ini jugalah lokasi Agensi Angkasa Malaysia (di Sg Lang). Dan di sini (kanchong) juga rumah Misbun Sidek. u ols kalau nak tau rumah dia yg mana , dekt traffic light selepas hospital, rumah dia ada replika bulu tangkis besar depannya.
Dan lebih menariknya, sepanjang perjalanan dari Banting-Morib-Tanjung Sepat dll, banyak sungguh Homestay. Antaranya Homestay Kanchong Tengah, Homestay Kg Endah, Homestay Kg Batu Laut, Homestay apa tah lagi..banyakkk..tak ingat dah aku...errr..kita bleh ke saja-saja nak tinggal kat Homestay tu ek??
Catz juga melalui Pekan Tanjung Sepat (ni ke tmpt yg now ni glemer isu vavi tuh??)...Kg Tumbuk etc..tu le tmpt yg katanya nak dijadikan tmpt centralised kandang vavi tu kan?? meriah juga pekannya.
Ada satu tempat tuh , masa nak sampai ke Bagan Lalang tepi laut, cantikkkk sgt..tapi takleh nak snappy2 dgn kamera cokia yg dah outdated aku ni..so tgk je lah...hari dah agak gelap...
Di Bagan Lalang, kalau nak menginap, ada Hotel Seri Malaysia.dan ada kot chalet2 lain. Dan now di sana tg dibina Gold Coast Sepang. Gold Coast lagik..Pergh...tak yah dah pi Australia...tetiba jek byk Gold Coast kat sini.So..makan time. Tempat-tempat mkn kat sini kira cam ada yg dkt laut, ada yg menghadap laut. Plan nak mkn kat satu tempat tu, lupa apa nama tapi hairannnn..tmpt ni semedang ramai org. Sampai ada yg sanggup, berdiri tungu meja org yg tgh makan. Sedap sgt kah? Dulu cat dtg pun tak berjaya gak makan kedai ni. Samalah,, sgt packed dgn manusia. So frust gak lah..edai yg catz pernah mkn dulu tutup plak. And honestly kat Bagan Lalang ni aku x tau kedai mana yg sedap.
Malas nak tunggu pi pusing kehujung yg dkt dgn laut, pi mkn kat gerai yg mengadap laut. Kedai biasa je kot. Tapi suasana better lah dr tmpt tadi..tmpt tadi tuh tensi kot kalau mkn situ. Di area ni nampak ramaii sgt org camping, x tau lah camping sendrik2 atau ada program apa. Kat sini relax. So order udang, 2 jenis ikan, kepah, ketam, sotong, sayur, nasi.
pari bakar
sotong goreng tepung
kepah sweet sour
ikan kerapu steam
lepas makan jln2 sket ka situ the balik...
on the way tuh dgr AF di radio ERa..apa kejutan mlm tadi?...aku dah terlepas masa tuh...
but i'm happy that mamarina was eliminated...i think better give the chances to the young one who are talented. Jgn marah..ni pendapat peribadi saja ok...
2 comments:
Seafood... sedapnya Catz... pandai sungguh ko masak sendiri kan catz tapi tetaplah nak suruh orang masakkan kat kedai kan...
hehehe..sedap...
nak wat camana, garam aku habis...tu yg masak kat kedai...
hehhehehhe
Post a Comment