Friday, April 11, 2008

Brokoli bersos tiram


Hari tu ada seorang sahabat e-mail catz beri resepi sihat. Bahan utama ialah brokoli. Kalau suka boleh letak cendawan dan sayur lain. Dia mencadangkan utk menumis guna minyak bunga matahari atau canola oil atau olive oil pun ok. Resepi sihat lah katakan. So utk melengkapkan hidangan, catz masak le brokoli ni..tapi takdelah exactly ikut resepi tu, tapi lebih kurang le gitu. Sayur ni makan gitu je ratah pun sedap.Sesuai untuk org diet katanya..
Cat buat agak berkuah, kalau tak suka kuah, tak payah le letak air.
Bahan-bahan:

Brokoli
Cendawan butang
Lobak merah
2 ulas bawang putih
½ labu bawang besar (kuning)
2 sudu sos tiram


Cara-cara:

Didihkan air. Rebus brokoli sebentar saja. Angkat dan toskan.
Celur lobak merah
Hiris cendawan butang.
Tumbuk bawang putih.
Tumis bawang putih bawang besar yg telah didadu hingga naik bau.
Masukkan sos tiram dan 1 cawan air.
Biar mendidih dan masukan sayur-sayuran.
Kacau sebentar, siap utk dihidang.
Jom makan..

2 comments:

Sierrauniform.no.tanggo said...

Salam perkenalanc catz

cari resepi sayur2 jumpa blog awak
boleh yer saya view resepi2 awak:)

Catz said...

hi...
salam perkenalan...
tentu boleh..terimakasih krn dtg ke blog saya...happy reading..

salam perkenalan.
catz miow-miow