Showing posts with label bla...bla... Show all posts
Showing posts with label bla...bla... Show all posts

Saturday, January 30, 2010

Masih ada

Salam to all,

ada yang tanya, adakah saya akan tutup blog ini.
Jawapan saya ialah tidak.
saya berpindah ke blog baru kerana blog ni dah tak boleh letak gambar kerana saiz dah exceed limit.
Jadi saya buka http//: catzscafe1.blogspot.com sebagai sambungan blog ini.
Blog ini masih beroperasi.
sesekali saya akan update dgn entry tidak bergambar.
Jadi sambungan blog ini adalah,



HAPPY READING!

Wednesday, November 11, 2009

ok..tarik napasss...

pufff..pufffff..
pufffff....

bukan cik kiah kepenatan di gym..
tetapi tgh giat bertukang rumah baru..
now tgh duk sibuk carik batu bata...
carik tukang cat..
carik paku..nak paku dinding...
carik kete sorong, nak angkut sebahagian barang-barang ke rumah baru...
puffffffffff.
sempotsss....


nak pikir konsep rumah baru..pun azabs..

sat ek...

Thursday, November 5, 2009

ikan paus aku nak bersalin.


kwn aku dtg dgn muka ala-ala putus cinta...

aku ckp kenapa? dia ckp binatang dia mati..

aku : ohhh.....'kucing ko mati ek?'
kawan aku: semalam..binatang aku byk mati..blue whale aku pulak nak beranak petang ni.
aku: erkk??..sejak bila ko berkecimpung dgn binatang-binatang dan ikan paus ni?? err..ko bela kat mana ek...kat
Malaysia ada ek rupanya org bela ikan paus..mak pes taim dengar ni...
(aku feeling2 bangga la kan..org yg bela benda yg extraordinary mcm kuda, ikan paus ni
org kaya lah ek..kaya ek rupanya kawan aku ni..)

kawan aku: dalam sejak dua tiga menjak ni la (setau aku..ikan emas pun dia tak bela, kucing pun tak bela gak, hamster pun tak, mak dia tak bagi bela..abah dia tak bagi..abah dia polis, so kalau bela mau kena tembak dgn bapak dia)

aku: errr....camna ek?..rugi la ek kalau mati ..(dlm hati nak tanya..ko beli kat mana ek ikan paus ni).

kawan aku: tu lah..semalam Wimax down.....dah lah pukul 6 ni whale aku nak beranak..tgh breeding ni..nak beranak ni kena tunggu 20 jam..so kalau pukul 6 ni dia beranak , kena buh anak dia dlm inkubator, kalau tak dia mati kesejukan.

aku: erkkkk..alahai...ye-ye O (penat je aku kagum-kagum..ceh...!)
ginilah ek....org gila game FESBUK..tah sejak bila jadik zoo keeper ni kan...
ada ek org main zoo..zoo game ni..

dan dia stay kat opis sampai lewat semata-mata nak beranakkan ikan paus dia yg katanya nak beranak pukul 6 tu..puhhh....dasats eh penangan fesbuk game ni..sampai tertidur2 kawan aku tu nunggu. Ya ampunnn..

pukul 7..
"dah...dah buh dlm inkubator dah..nak balik..."
sambil amik helmet jln macam mengigauuu..



Saturday, October 10, 2009

saya akan pergi ke rumah terbuka...




ahhahha..
poyonya tajuk. veryyy derrr.

citer no 1.

7.30 mlm: Rumah - KLIA -apartment.

so now aku dah tau..rumah - KLIA = 45 minit (tahap pemanduan aku normal, bukan merempit).
yeeeey!....i will spend my weekends at my apartment..finally. and... alone. papa tgh dlm perut kapal terebang..flying to seoul.

9.20 mlm : ke supermarket..stock up brg utk apartment sebab plan nak masak sambal goreng jawa esok. ada sesapa nak?

now 1.16 a.m
still wide awake..
dari pukul 10...
marathon:
citer drama apa tah
citer gerak khas..tetiba kannnnn aku tgk citer usop selam.
SEKAR - sambil berSMS dgn jiran saya yg berwarna oren. isu berkisar kenapa heroin citer sekar itu ada misai. kenapa heronya muka cam chinese, tak mcm rupa indon pun..kompius samada now tgh tgk citer korea ke sinetron indon (mungkin jiran aku tu dah biasa sgt tgk muka typical indon yg keje kontrak kat sebelah blok apartment dia..). so aku ckp kat dia yg cowok2 di Jakarta mmg banyak yg ensem-ensem putih-putih muka cam mix (berdasarkan pemerhatian mata aku semasa ke jakarta).

then, lapar. masak megi.

tgk citer labu labi yg citer pasal haji bakhil tu.
sesambil tu YM dgn kwn aku. dia ajak aku pi open house esok.
YEY!!! FINALLY KANNNNNN...AKU AKAN KE OPEN HOUSE u ols...!
eh..aku ckp boleh pegi ke?..aku x dijemput. dia ckp tak apa.
oo..agaknya dia nak bwk aku beraya open house rumah YB kot.
so segala rakyat jelata boleh dtg.
gasak le..
now aku tgh berangan..baju apa nak pakai.
dah le tadek baju kat sini..tadi rembat bawak t-shirt2 je..mcm nak pi beraya rumah oramputeh masa krismas plak kalau pakai t-shirt ni.
excited nak beraya ok.
Berbaloi aku tak jadik pi seoul. penat + malas.
dapat pi open house.ye..julung2 kalinyaaaaa...best..best..
(aku baca facebook org..blog org sumer mengeluh kekenyangan pi open house sana sini..so esok harap aku boleh tulis like "..ohhhh...kekenyangan baru balik open house.." kat facebook aku.
Julung-julung kali.
dah plan nak mkn banyak esok, tapi masih mengekalkan konsep kesopanan dan kesusilaan la..


cerita no 2.

Now,
aku mcm rasa nak bakar opis selekom.
lately beruk beng selekom adalah sgt beruk.
asyik DC.
connected pun takleh surf..
nak connect YM lagi laaaaa....berjanggut tunggu belum tentu boleh connect.
kalau connect kan..kejap2 dc..kejap2 dc....
rasa nak rebus modem ni , airnya buat siram pokok bunga.
dari apartment aku ke opis selekom tu 3 minit je.
aku pun tgh boring takde keje ni.
ada sapa-sapa nak join?



penat aku duk alih-alih modem ni...goyang-goyang kan..bubuh atas kepala KIKI..eh..tetiba binatang ni dah ada nama..hahahahhaaaaaa....poyonya. Ko redho je lah aku bagi ko nama KIKI.
kehkehkeh.siap ikut aku naik kereta pi KLIA tadi.pakai seat belt oke. hahhahaha.geli tak?? kihkihkih.


citer no 3:

aku kan jaranggggggggggg tidur sini.
mlm ni..jiran atas ni sgt giat lah..
tarik-tarik meja...tarik2 kerusi...berkemas gamaknyaa.
main2 guli..tret..tet..tet! tet!tet!tet! manik bertaburan.
pastuh now jln hentak2 kaki kuat-kuat.....bung..!bung!!! bung!! bung! bung!!.. oi...berdenyut kepala aku ok..boleh tak ko jln sopan santun.dah mcm gempa dah.
seram??
jiran atas aku ni wujud ke tak? (sapa duk apartment tau lahh dan fahamlah isu ni kannnn)
now.....
aku ON TV aku kuat-kuat!!!!!!!!

Thursday, October 8, 2009

I deduct my salary....


nasi kandar kuah asing

er...

dalam proses membeli, catz suka tawar menawar. (kalau kedai tu boleh tawar la..).
Biasanya berjaya menawar, sebab ada kawan aku kalau beli suruh aku yg tawar-tawarkan.
Jarang la tak berjaya.
kiranya aku ni penawar tegar.
tak kira ek...singgit pun aku nak kurang.
kdg tu..mmg saja nak test skill..berjaya ke tak..ihiks.

semalam:
Pegi kedai perabot, di Kota Damansara..kat area The Strand.
kedai tu dr jauh lagi dah nampak tulis besar-besar : SUPER SALE!
kalau dah super sale...gamaknya dah cukup murah ke ek????
masuk je...waa...bergantungan tulisan super sale..super sale...!
tgh harga barang boleh tahan...
bukan lah terlalu murah..kira mcm patut-patut la.
so..dah bajet nak beli sofa..3 bijik, coffee table, book rack..
penjual adalah berbangsa..apa ek...ehm..bangla ke?
yg rupa cam bangla..tapi nampak educated dan ckp berbudi bahasa.
kami duk tawar harga ...dia tak bagi!! dia ckp..."ini sudah murah, kalau boleh bagi kurang..saya bagi".
oklah dia bagi discount coffee table RM30.00.
TAPI..
aku nakkkk jugak discount utk sofa.
walau dia ckp super murah ke...boss dia tak bagi ke....item tu mmg takde untung ke...
haaa...tipu laa..
aku nakkkkk jugak..nak jugak...nak jugak kurang...
aku ckp, kami beli banyak...
dia ckp..sofa itew adik manissssss....tak bolehhh!!!!!
eh..singgit pun tak kan tak boleh.
tetappppp jugak guna mcm2 ayat.. sebab aku dah ckp kat kawan aku : "aku tak kira..aku nak discount on sofa ni jugak!"
(tapi kitarang takdelah desprate sgt sampai nak puji dia hensem ke..macho ke apa..tak koser mak)
last-last dia mengalah..keluarlah ayat syahdu..

"oklah..oklah...i give u discount...ok..i deduct my salary...this discount come from my salary.."
eh..
sadis?..berulang kali dia ckp gitu dgn muka sedih.
sadis??
eh tak..aku cam nak lompat-lompat...berjaya!!!! berjaya..
bunyik mcm kejam ek?..ek??
dah tulis resit gitu gini...set time utk deliver..kami kuar kedai.
aku dgn kawan aku duk ckp-ckp gak..
eh..kejam ek?..sadis kita ni...i deduct my salary tu..
ala-ala konon mcm kesian la..
siap ckp..tah2 diskaun tu lah duit extra yg dia nak antar balik negeri antar kat anak dia kat Bangladesh.
kitarang duk ckp..sampai mcm..eh kejam nya aku ni...sampai mcm tak lalu makan gitu.


tapi 5 minit kemudian, kami laluuuuuu je makan. nasik kandar kayu original katanya.
lajuuuuu je menyuap.lapar. tak ingat dah kisah sadis tadi. time bila aku tak lalu makan ek??...haahaha
eh..aku kan penawar tegar.

Tuesday, October 6, 2009

Come dine with me : versi raya PART 1

Tora datang lagiiii!!! cik kiah masak lagiii....

U ols pernah tgk tak rancangan 'come dine with me' kat channel travel & living?
ha..ni cik kiah telah menyertai program itu lah..
tapi ni versi raya..
eh acah mak enon...takdelah.
aku masak-masak sebab ada kawan nak dtg..
actually dia ajak mkn kat luar, but since ni raya, aku lebih suka masak raya food lah..makan sama-sama kat rumah..bleh borak-borak bagai.
oleh kerana versi raya....so temanya...raya food plus pakai baju raya..
hah..
lepastuh..nak lagi havoc sket..masak di kala gempa bumi sedang melanda..
nilah dia masak2 time hari gempa tuh...
cik kiah duk bersilat masak..mana nak sedar kannnnnnn....
Sebelum bubuh photo makan-makannya...
aku ceritalah sket di sebalik tabir makan-makannya..
bukanlah senang kan nak masak-masak utk org dtg ni..utk tekak senirik belasah je lah..
utk org ngeriiii gak..lagi2 masak utk org yg kita tak biasa jumpa.berdebar oke.
Ni ala-ala rancangan 'come dine with me' itulah..hiks
kalau setakat kawan-kawan yg biasa jumpa tak kisah sgt...
disebabkan masak sorang-sorang, so banyak benda nak buat..
bleh le jadik panduan utk org yg nak masak jamuan kecil makan2 dgn kawan, buat small gathering ke..

tapi versi aku ni sgt disaster..hahahhaha...

step aku (padahal tadek step..saja nak tulis)..

1.rancang jamuan: siapa tamu, berapa org, menu apa (seswaikan dgn bajet dan jenis perjumpaan)
2. memula...carik/beli barang dulu..barang basah/kering (tulis list siap2 supaya takde brg yg missed)
3.zassss..drive ke kedai bunga...ala..kat area rumah aku kedai jual bunga ni bunganya sempoi je..
i love fresh flowers..bubuh kat kitchen..bilik air.
4.balik ke apartment, angkut brg naik..haahhaha..siap kena pakai troli ok..azabsss..byk benda aku
bawak dtg sini..org arab yg terserempak aku dlm lift kerut2 muka..hehehhee
5.kemas apartment sebab dah lama aku tak balik sini..vacum..zrenggggg...zasss...mop..mop. lap..lap..
6.keluarkan barang nak masak..if guna daging, ayam, hiris, cuci-cuci, toskan.
7.kupas segala bawang kentang...
8.sediakan rencah/rempah..blend bawang/cili mana yg patut..start dgn menu yg perlukan masa lama utk masak dan tahan lama..dlm kes aku rendang.
9.sediakan masakan seterusnya..goreng...etc...
10.sediakan pinggan mangkuk, gelas, sudu garfu bagai..kalau sediakan mlm sebelum dah cuci dan keringkan siap-siap lagi bagus.
11.kemas dapur dan segala periuk, kuali belanga bagai...clearkan mana yg tak patut.
12.dah clear bleh lah hidang apa yang patut, then buat air bagai.


tapi tu lah kan..kita merancang..Tuhan menentukan..

banyak je benda berlaku in between tu...
kelam kabut gabra aku laaaaaa..tah hapa-hapa.
tgh duk aku rebus nasik impit dlm rice cooker..tgh duk menggelegak...tetibaaa...PAPPPPP!!!.
takde karen!!!!! aaaaaaa.....
tup-tup..5 menit kemudian ada balik..legaaaaaaa....
then..pappp! sekali lagiiiiii!!! huwaaaaaaaaaaaaaa...
gitu gini...oooo..aku tau kenapaaaa....something wrong dgn line lampu dining area...
aku off terus ok semua..
so..aku duk pikir..
abeh lah if lampu wat hal..aku bukan buat candle light dinner wehh..dah le lampu gantung takleh ON...takkan lah down light pun kojol gak....
tak kan nak makan dlm gelap haaaa??? berlilin bagai?????? erghhhh....

call tetamu...pukul berapa derang bertolak...gitu gini..derang call semula..

"catzzz kami dah on the wayyyyy!!"

HAH!!!!??? kek aku tak siap lagii!! belum buh toping lorrr...
zassssssssssssssss....aku cairkan coklat...lebur dan zas..bubuh atas kek..hiris2 mix choc, taburrr..buh stoberi..dahh siappp....
memang tak semenggah..bolehlah..dari tak ada kannn...
sebenarnya plan nak hias lawa-lawa..siap bawak white choc, choc rice, choc chip, gula urai, badam hiris dll..tapi tak sempat dah..karang terpelanting segala badam karangggg...
so buat simple mana sempat je laaa..
(kek ni aku dah buat mlm sebelumnya..tinggai hias je..)

kek coklat yg amat azab rupa parasnya..



hahhaa..memang bersilat lah aku kat dapur..huhuhhu..
yang lagi sadis..duk aku cuci periuk..
ehhhh..apesal ada air mengalir dr bawah sinki ek?..ek?..ek??
aku bukak kabinet bwh sinki...
lorrrr....terbukak connection antara sinki dan salur air keluar..
so air ssudah melimpah ke lantaiiiiii...
nak nangis ok..nak panggil org dtg repair mana sempat dah...
so pepandai le aku adjust bagi lekat semula..siap tadah besen bagai bwh sinki...
haaa..disaster sgt ok..sabo je cik kiah..

aku masa tu mcm tak cukup tangan...i wish i have lapan tangan..hhahha...gabra gila..
hahahhahaaaaaaaaaa....

not enough with that...

tit-tit-tit!!!..
sms dari jiran ku si kuceng oren..
"catz..ko kat mana? kat LL ke..weh..bangunan goyang-goyang...gegarrr..semorang dah turunnn"
errrr...

aaaaaaaaaaaaaa???? gempa bumi??? so..mak kena turun ke????
aku baru lepas mandi...err...aku tak rasa pun goyang-goyangnya kan..
so aci tak kalau aku tak turun ek?..ek..?
maybe masa duk bersilat kat dapur tadik kan gegarnya..???
aku rasa dapur aku dah memang gegar dah pun dek aku lari sana sini..kehkehkeh..
or maybe lemak-lemak kat badan aku merupakan absober yang sgt baik..
tu yg tak rasa gegar tu kan??hhahahahaa.........very derrr...
(tapi cik kiah malas nak turun lah ..hiks..kalau turun kenalah bawak segala kuali sekali..rendang harus diselamatkan oke..kihkihkih..)

aku duk pikir gak..
nak call ke tak tamu aku yg on the way tu?
bagi tau rumah aku bergegar..
errrrr..
tak payah lah ek..
kang tak pasal-pasal tamu aku patah balik..
hehheheeeeee....
catz with apron kangaroo... (ketarrrr oke)

to be continued..part 2 pulak karang..

Friday, October 2, 2009

takde open house ke?

aku baca kat blog orang,
ada yang dpt jemputan open house sampai 5-6 rumah weekend ni.
sampai tak tau nak pegi yang mana katanyaaaa...
siap ada yg tak nak mkn on weekdays sebab nak mkn free kat rumah org hujung minggu.
TAPI kan....
aku takde org jemput pon??
ada sorang kwn aku katanya nak wat open house ...rumah dia x jauh dr rumah aku..
tapi tak jemput pon???
aku merajuk la..
membawa diri ke pulau weekend nii...
oklah..aku tau..aku kuat makan.
sedih.


err..
tapi abang penjual ayam kata, sales nya menurun sgt raya kali ini.
dulu2 sorang beli sampai 15 ekor..tahun ni sorang beli 3 ekor je..
kan ekonomi gawat sket..Pak ment3ri suruh jimat2..betul lah kan..
ooo..agaknya mmg takde org buat open house la tahun niii... (ayat penyedap hati sebab tadek org jemput open house..)

Friday, September 18, 2009

Operasi...

Sudah di penghujung..
so...upacara masak-masak buka puasa di bulan Ramadhan sudah hampir berakhir.
Rasa tak best... sebab aku rasa yang meriah ialah bulan puasa.


ketam lemak cili api

Bak kata kucing oren gemukkkkk, Ramadhan is fun, raya tu mcm over-rated ye katanya.. (ni kucing oren yg ckp...ehekkksss).
Sayu pula rasa nak meninggalkan Ramadhan kan....


Baca kat facebook org, rata-rata kebanyakaknnya dah balik kampung, on the way balik kampung...
kalau tak pun sempat buh status kat facebook " sedang berada di hiway"....
aku masih kat rumah la...
operasi besar-besaran hari ni.
baru hegeh-hegeh nak mengemas.
operasi hari ni mengemas. arghh..atas, bawah, kiri, kanan, depan belakang.
(rasa mcm nak pinjam bibik org sebelah rumah..uhuks).


nasi ayam masak semalam

sebelum tu, aku nak pi pasar ni..nak cari daging sebab esok aku kena main masak-masak seorang diri.


dah hujung-hujung ni nafsu nak memasak tetiba mcm dah takde sgt. Macam dah jemu dgn masakan sendiri.
TAPIII....bahan kek aku dah berlonggok kat dapur. So malam ni operasi buat kek..esok operasi rendang ketupat. errr....so todayyyyyyyy..operasi mengemassssssssssssssssss....
prangggggg..prongggggg....

Monday, September 14, 2009

dah mula dah..tolong la!! tolongggg..

hoooo.......

ni la penyakit aku hari ni..
terus takde mood nak buat apa-apa.
2 jam asyik ngadap internet..
aku dah kata..
jgn start surf resepi biskut..
kan..sapa suruh mulaaa..
ha....
tetiba giat surf resepi...
misi: carik biskut yg bahan dia sikitttt dan senang. kehkehkeh.
eh..hantu raya dah masuk dlm badan aku ke ni?
tetiba je..
aku telepon mak aku tanya camna nak wat jem nenas.
mak aku terus gelak2 perli2 aku..
kan ke mencabar aku tu namanya tu kan??..kan??
jadi..nak kena buat ke?.menyahut cabaran ??
ke tak payah?

nak makan biskut2 sedap..lawa-lawa..fancy-fancy....pegi rumah orang.
kalau orang dtg rumah aku??
er..goreng nugget..fishball..
kejam ek.

update:

budusnya...
buskut yg aku berkenan adalah kena buat inti dulu.
iaitu tart nenas.
rasa meronta2 nak buat.
tolong la..
pergilah perasaan itu.
bukan aku malas masak.
tapi aku tak nak bazirkan duit aku beli bahan kuih yg belum tentu jadik kuih.

teringat aku kes aku buat biskut " THE BEST, BIG ,FAT chocolate chip beskut".
aku amik resepinya kat internet. siap ada gambo.
excited nak buat. terus beli bahan.
end up...???

biskut tu bukan setakat big..fat....dah tahap obesity melampau aku rasa.
besor gila.
nak masuk dlm mulut balang kuih aku pun tak muat.
kira satu biskut tu boleh makan 3 org la..

ehmm...

aku tgh nak halau rasa excited buat kuih dlm diri aku ni..syohhh..syohh...
tolong lah jauhi diriku yg ala2 nak berlari pi kedai bakery ni..
mencik la.

Sunday, September 13, 2009

Express??? dijamin sampai esok.

few days aku resah. Tak berapa boleh nak lelap mata.
hantar brg kat kawan aku guna perkhidmatan pos express. Ala yg guna sampul kuning tu. beli sampul dan buh je brg/ dokumen dlm tu kan.
DIJAMIN SAMPAI ESOK--------> katanya.

aku pos selasa. Patutnya Rabu dah sampai. Tapi kawan aku kata takde. heran ni. Kata dijamin sampai esok kan?..bukannya DIJAMIN SAMPAI MINGGU DEPAN atau TAHUN DEPAN..
kan..kan??
dan TAKDE juga kad merah yang biasa posmen tinggalkan if nak suruh amik brg dekat pejabat serahan mereka. iskk...duk YM/SMS dgn kwn aku. TAKDE katanya.

Hari sabtu aku call kawan aku, aku namakan cik Bawang. (lokasi cik bawang shah alam).
aku: cik Bawang,oooo cik bawang. ada tak??? ada tak barangnya? dah sampai nyah??
cik bawang: takdo noks. kad merah pun takdo.padahal rabu tu kwn aku mmg tunggu kat rumah. takde org ding dong pun.
aku: takpe..aku pi cek kat pej pos.

kebetulan sabtu smlm pos opis bukak. aku pi pejabat pos. kerani pej pos bagi aku no tepon pos express s.alam. dia ckp u call sana, tanya.
Pos express s.alam kata..record ikut barcode yg aku bagi, barang sudah diserahkan pada 9hb iaitu RABU. aku cakap penerima tak terima. TAK ADA encik.
ENcik itu telah bagi aku no tepon pej serahan S.ALAM pulak. oh....aku kena call sana pulak.
Pej serahan kata : oh ye ke tak sampai??..saya kena tunggu posmen balik ni. TAK TAU dia letak kat mana bendanya.
aku...WUT??? posmen simpan kat rumah dia ke???? isk..iskk..isk.
Then org tu ckp, " gini cik..pej serahan seksyen 13 s.alam ni..dia ada terbahagi 2. terbagi kpd s.alam A, dan s.alam B. Kena call sana. nanti saya minta derang call cik semula."
(eh..mana la aku tau. dan apa significantnya ko bagi tau pasal A B C ni?? aku kena pi s.alam ke?? kalau camtu baik aku serah by hand je. Lagiiiiiii expressssssss).
Aku ckp.."abih...saya nak buat apa? saya nak kena call pej serahan s.alam B ?
encik itu: "eh..tak payah, pej s.alam B, sebelah je ni ha..kejap..saya nak jalan ke sana. (pulak dahh). ha-ha.
(aku terus mintak no pej serahan s.alam B. mana tau derang tak call semula ke.)
Aku rasa kecoh lah kot pejabat ABC tu..kehkehkeh.

tetiba..

kring..kring.

"saya dr pej s.alam B. cik ikut record, brg sudah diserah, 9hb (Rabu)."
aku: "takde lah.."
pegawai tu letak phone, dan janji call semula.
tak lama dia call.
"cik..ikut kata encik posmen ni, dia dah bagi. dia masuk dlm peti surat"
aku: encik saya kompius..pos express dia bagi ke tangan atau masuk pos box je?
encik tu jawab " "masuk pos box". cuba u suruh kwn u check semula peti surat dia.

aku pun call cik Bawang.

aku: cik Bawang ko dah check peti surat ko?
cik bawang: belum...
aku: Wut??..cuba ko pi tgk

5 menit kemudian cik Bawang call.

cik Bawang: eh kakkkkk...ADA..ADA brg tuuuuuu...(sambil ketawa terkekek-kekek-kekek-kekek.)
aku: errrr....ko dah berapa taun tak cek peti surat?
cik Bawang: kita dan budak2 rumah mmg tak pernah cek peti surat. Kita tak pernah aamik pot pasal peti surat.
aku: haaaaa?????? (rasa nak jotos..)

tak lama cik bawang sms:

"akak....brg tu dah putus lah..berterabur bila kita bukak sampul tu tadi"

aku reply;

"err..aku rasa barang tu saja memutuskan dirinya sendiri la sebab merajuk ko tak jemput dia kat peti surat".

Tgk..betul tak??? DIJAMIN SAMPAI ESOK.tapi ia akan sampai tahun depan kalau ko tak bukak peti surat ko..kihkihkihkih
huh..!penat je aku berburuk sangka terhadap abang posmen. kan dah kurus pahala puasa aku.

patutnya kena bagitau semula ke pej s.alam tu yg kwn aku tu dah terima suratnya. Tapi aku tak nak lah posmen dan pegawai di pos opis sana gelakkan aku sampai golek-golek.so aku senyap je lah kan.

huh. penat aku taip.

Saturday, September 12, 2009

I hate shopping (part 3)



huh..
apa punya tajuk daa..
maksudnya, aku tak suka shopping baju.Tak suka.

Tapi malam ni aku kena pi shopping raya (kejinya, org pi surau terawikh aku pi shopping).
Esok pagi-pagi lepas sahur aku nak balik dah, so ada takde mlm ni je sempat nak keluar.
Bawa mak dan adik, sajalah nak feeling2 nak raya. Abah aku tak nak ikut sebab dia nak pegi surau. Lagipun apa yg aku beli dia pasrah je terima.


Mak aku ok la...aku dah tau taste dia. Kasut ke..beg ke aku dah tau hok camana yang dia nak.
Kalau tak berkenan, round 20 kedai pun dia tak nak beli. Kalau fesyen terkini hok Jeniper Lopes pakai pun kalau dia tak berkenan, tak payah la paksa dia beli. Eh normal la.perempuan kan macam tu.So logik. tak amik masa lama, mak aku dah dpt dah kasut dgn handbag baru, sebab masuk je mall, terus tuju kat area yg mak aku taste. ok dah settle.Aku bayar dan pi dept lelaki pulak.


Yang buat aku hangin tadi. adik lelaki aku. Dari rumah aku dah tanya, ko nak beli apa?

dia ckp suar jeans.ok. sandal raya, dan t-shirt.
Sampai turn dia.. belek jeans sana sini, dia tak berkenan. Padahal kat mata aku dah elok sgt dah (dari segi rupa dan harga diskaun 70%..kihkihkih). Yang ko nak cerewet sgt kenapa kan???
Belek..letak..belek.. letak. woooo...aku tunjuk yg pd aku dah lawa gila pun dia tak nak. Yang mahal ke..yang murah semua dia tak berkenan. Apesal? Bukan ko yang nak bayo kan?
Aku mmg dah kuar asap sket kepala time tu. Bosan oke. Kulu kilir - kulu kilir dalam parkson tu. Aku memang tak beli apa-apa. so aku just follow je mana dia pegi. Dah letak amik letak amik, dia ckp dia tak nak suar jeans. nak beli apa tah..suar khakis ke slack benda tah. Rasa nak sekeh je. Nasib baik mulut aku tak leh kuar api cam naga. Kalau tak sure bomba busy malam ni sebab ada supermarket terbakar.Tak pasal-pasal aku raya dlm jail.


Pastu dia belek lah slack lah...baju lah...lepas tu sgt memilih. amik letak amik letak...sampai aku bosan. kuar masuk fitting room. Aku ni lah duk luar fitting room tanya " ok tak???..ok tak???"
tak ok..amik lain pulak..masuk fitting room lagi.Aku cam tiang letrik tunggu kat luar fitting room.
So aku pilih le something utk abah. seluar etc...dah dpt. Tapi adik aku tak jugak siap.

HIskk... aku mmg tak gemar ok. Masalahnya ko baru tingkatan 5..apa yg memilih sgt??
aku masa umur baya adik aku tu..redho je dgn apa yg mak aku beli. Boria pulak tu dgn kembar aku. Pasrah je la. Budak sekarang ni manja beno la (tak semua). Dah lah lelaki. Kalau perempuan aku paham la kenapa nak cerewet. Semua benda nak matching. Dari suar kecik sampai le ke lipstick nak match segala warnanya.
Terkesima aku bila adik lelaki aku ni tanya.." match tak t-shirt ni dgn seluar tadi??" (padahal suar tu warna hitam dgn warna coklat).
Huh..aku terus ckp..."eh...sesuaiii...sesuaiii sgttt....lawa..." . Mak aku mcm nak suggest warna lain..aku terus tarik mak aku pi tmpt lain..ha-ha-ha.evilnyaaa.Kalau aku layan sgt kang ada yg tidur dlm fitting room.
Pas tu masa pilih kasut, aku yg disuruhnya amik kasut yg dia nak. Aku amik..dia cuba.. aku amik dia cuba. Dia duduk sedap-sedap tunjuk mana dia nak.ewahhh....adik aku ni manja. kang dia merajuk kalau aku sound. So aku ni penuh keterbakaran kesabaran kena jadi SA kejap. Time tu ringan je rasa jari ni nak piatttt je tinge dia.Tapi sabooo...sabooo..saboo kiah.

Cik kiah berasapsss..

Kalau beli ikan, bawang aku tak kisah pulak hal belek membelek ni. Mak aku kalau beli bawang kalau boleh dia pilih sebijik-sebijik elok ke tak...aku oke je. Tapi aku rasa aku mmg tak suka la pi sopping baju segala ni. Tak berapa gemar. Tapi kalau pi sayur - ikan department aku sukaaa..

entry merepek sambil masak utk sahur.

Thursday, September 10, 2009

kuih ?


eh.. tadi aku bertekak dgn kawan aku, pasal tarikh raya. dia tanya aku..raya bila? aku ckp..entah...satsss tgk kalendar... ada sorang kwn aku cakap 22.09.09.
yang sorang lagi cakap 27.09.09 ha-ha-ha. Jangan laki ko salah amik cuti sudeh.
kaanggg perang dunia ke-5 pulak kangg.
Orang dah raya seminggu, ko baru nak start 1st raya gara2 27hb ko baru nak raya.kehkehkeh.

topik perbualan lain:

1. tentang perusahaan kerepek di daerah tmpt aku tinggal yg dikatakan tersohor sedap dan harga murah berpatutan. entah le nok, mak tak tau sebab tak pernah pegi.
Aku ingat ptg karang aku nak pi meninjau kawasan kerepek tu sebab ada org nak kirim. (kalau aku tau kan..dari awal lagi aku start bisnes kerepek kann..kannn....)

2. kawan aku cerita pasal buat pi-T. ala..kuih yg cam topi isi sayur tu ha.. terus aku rasa balik ni nak beli acuannya sebab dia dah brief aku sket pasal resepinya. Aku ni lah penyakitnya. Kalau tgk blog org tengok org masak, aku terus teringin nak buat jugak. mentel.



3.cerita pasal BUAT kuih raya.
ha..pasal kuih raya ni kan aku bertaubat dah..tolong jauhkan buku resepi, laman web biskut-biskut raya dr akuya. sebabnya..
...............
di sebuah negeri pd 3.5 tahun yang lalu. aku baru beli oven baru. canggih pulak tu. aku tgh semangat gila nak buat kuih. so keje aku ialah surffff resepi biskut/kuih2 bagai. Beli buku resepi jugak. Masa tu kan org tgh sibuk dgn biskut rupa tembikai la...biskut rupa durian la..biskut rupa eskrem la..beskut rupa arnab la..rupa lipstik la.bentuk bunga lah..aku pun sama lah. tgh jakun. konon-konon nak buat.
so print..print..print....segala resepi aku print. Pantang tau nampak biskut lawa sket aku print. Tebal dah tau,kalau bind tu dah jadik buku. lepas tu pilih yang mana nak buat. so. aku dah senaraikan barang. Pi kedai bahan kek, pi tesco*, etc. Ok...buh kat rak yg aku khaskan utk susun bahan kuih. wow. semangat tu.. then kat opis kdg bosan, surf lagi resepi..eh..ada biskut best. tulis lagi bahan. beli bahan lagi.
abih dulu mak aku asyik buat biskut kelapa, biskut kacang , kuih bangkit, semperit. Mana ada biskut pelik2 di zaman dulu kala. So aku berpikiran, setiap 2 jenis biskut, aku akan buat dua balang, utk rumah mak aku sekali. sure mak aku akan kagum dgn anak dia ni kan..tak penat2 lahirkan.pandai jugak masak.takdelah penat bela. Dah la KUAT MAKAN. tak tau berapa guni beras dah mak aku bagi makan.

ok..sambung...

so, begitulah keje aku adalah dah dekat 3 minggu.Mmebeli bahan. sampai sendat rak tu dgn tepung, gula halus, badam (yg biji, yg nipis, yg cincang, yang kisar), hazel nut pun sama...pewarna?..huh..u name it cik senah. semua cik kiah ada. perasa?..huh...berbotol-botol. ko sebut je apa nama bahan kuih yg aku tak reti sebut..apa tu..ovelet?..omelete?.ke ke ke. apa lagi?..butter..yg bergaram, tak bergaram?..minyak jagung?..marjerin? tepung hong kong? tepung sendiri naik? coklat rice?..coklat bar, coklat putih, bijan putih, bijan hitam (nak buat biskut tembikai kaedahnya)...tak cukup tu..segala acuan pun aku ada. bentuk aiskrim ke..rose, ..nozzle ?..uhh...banyakkkk aku ada. dah mcm kedai kek. lepas tu...beli jugak balang-balang kuih. habih tu, karang kuih-kuih aku yang berpuluh jenis tu aku nak letak kat mana kan?..time beli balang tu, aku rasa tokey kedai tu pun dlm hati ckp "wow..bagusnya bisnes minah ni..sure banyak tempahan ni..kaya ni..tokey kuih ni..rupa pun ada mcm usahawan kuih berjaya ni".


ha...
hasilnya?..ko rasa berapa jenis?? iskk.. malu aku nak menyebutnya. . . . . . . .
if aku ckp 35 jenis kang mcm riak pulak.

.
.
.
.
.
.
.

zero u ols. ye 0 jenis ye.nan-ado.
sebab..? aku buat biskut sekali..asyik hangus je. yang boleh makan adalah 10 ketul. tu pun dah ala-ala reject juga (cuma pujuk hati makan la..sebab membazir kalau buang.walaupun yang buang dah lebih 30 biji). so..aku terus give up. Malassss terus. so raya next year-nya tu...baru aku kemas segala bahan-bahan kuih yg bertimbun kat rak tu. Buang sebab dah expired, busuk etc. Balang-balang kuih tu, aku buat isi mcm2 kat dapur now ni.Isi rempah etc.. tu lah cerita kuih raya aku. [ macam keji je kan??..cerita beriya-iya tapi kuihnya TAKDE].


walau lagu raya sudah berkumandang doplohpatjam, tahun ni aku belum sekali pun belek resepi biskut raya.
Sebab sebenarnya, aku masih tak reti guna oven tu. Banyak beno fungsinya. kompius. Manualnya dah hilang. now aku guna utk grill2 je benda tu. (cam bongok je kan statement aku ni..ha-ha-ha).

so u ols. semangat yg berkobar-kobar je dan rajin beli bahan tak cukup utk mewujudkan sejenis biskut. kenalah hayun tangan membuatnya. baru le jadikk kuihnya.

sampai saat ini, aku belum terpikir nak beli kuih apa.

Tapi biasa la kan..sellau je skrip camni keluar " ala..org sekarang tak mkn sgtlah biskut-biskut ni..org lebih suka makan kerepek, rempeyek, kacang-kacang"..

kawan aku yang jual kuih tart tersohor kat Bangi tu, kalau ko baca blog mak ni..ha..cepat2 lah call aku sebelum aku ubah pikiran nak diet tak nak makan kuih konon2nya.
sekian
.

Tuesday, September 8, 2009

cerita hot dan sedih.

1. cerita masakan hari ni.

ni apa ek?..cekodok??..macam bukan..eh..memang bukannnn... (ini adalah meatball yang tak berapa jadik rupanya..kihkihkih). sangat keji rupa parasnya. aku ni yg edit gambo ni pun kompius kepada diri senirik.
eh..tapi kan..apa kisah pada rupa kan? yang penting rasa. korang kan selau tgk nigella*** masak. haaa..rupa masakan dia bukan ke kdg tuh tah hapa-hapa. Tapi sedapppp je aku tgk dia makan ..masak..makan..dan mmg over pun kdg bahannya. kalau letak coklat selambak. kalau buat sandwich tu siap lenyek pisang,sapu peanut butter tebal-tebal...buh pisang lenyek tu banyak-banyak..pastu buh cheese pulak seketul..then baru kapit. kembung gila kan. pastu utk lebih menyumbat jantung lagi, dia goreng pulak dlm minyak.. dah sandwich tu nampak berminyak gila. rupa sandwich tu mak oiii...tebal dgn isi terjojol-jojol bila dia potong. Mana ada rupa kemas-kemas cantik mcm kita buat sandwich sardin kan?? pastuh sedap je dia sumbat ke mulot dgn rupa yang seolah2 ckp.." woiii...sedap nak mampos tauu korang kalau tgk je tak buat, rugii,,,rugi...ko cuba tau..cuba..kalau tak cuba, huh..siap ko".
kan?

mee sup yang ber-ball-ball. (macam ada cekodok hangus sesat dlm sup kann??)


ho..aku dah pandai la nak membunjut wantan ni. (sesi naik lift senirik tekan nak naik tingkat berapa..)

merasmikan steamer baru..Hot...Hot...

macam tak semenggah jugak rupanya....salah teknik lah..
aku kena carik steamer hok bamboo tuh...yg biasa org guna utk steam dim sum tu.
sapa tau kat mana nak beli?


2. cerita malam ini.

aku keluar tadi lepas maghrib ada urusan penting beli teh ais kat kedai mamak. so lalu dekat deretan rumah kedai kat bandar kecil tempat tinggal aku ni. lalu depan deretan rumah kedai kan sempit sebab dah le kiri kanannya parking lot tuan punya unit2 rumah kedai tu kan. so aku drive perlahan melalui deretan kedai tuh..tiba-tiba stuck. ada kete berenti depan aku. berenti tengah jalan. so aku pikir..tah2 dia tunggu org. takpe..sabo..sabo. aku tak berapa suka nak hon2 ni. kereta belakang aku dah start hon. dan aku rupanya block kereta kat parking lot utk kuar. tuan punya kete itu buat isyarat suruh aku hon kete depan aku. aku pun hon la. tiiinnnnnn!!!!
tak bergerak. aku tinnnnnnnnn!! sekali. tak gerak jugak. eh..eh..kejam nya.kot ko nak tunggu org park la elok2..bukan takde parking lot pun.

dah berlawan-lawan hon kete belakang dan kete yg aku ter-block tu. pakcik tuh buat isyarat suruh aku hon panjang bertalu-talu.
eii..aku pun hon la...Tiinnnnnnnn!!!!!! eh...ponnnn!!..ponnnn!!! ponnnnn!!!! ponnnnnn!!
org depan aku tetap tak gerak ko. azab dol. aku takut gak nak hon panjang2 bertalu. Mana tau mamat kete depan tu kuar dan hempuk cermin kete aku ke...kan ke ngeri tu.
aku terbayang pulak ..tah2 mamat depan tu tgh menunggu kawan seperompakan dia. mungkin dia dan geng dia tgh rompak kedai dekat situ. Tapi....kedai dekat situ kedai baja. takkan rompak baja kot. takde plak kedai emas kat situ. eh..tak pasal-pasal aku kena jadi saksi tempat kejadian masuk dlm rancangan 999. Glemer cik kiah 2 minit.

aku dah mcm hot...rasa kuar bebola api kat atas kepala aku..HOT!! .aku blink-blik lampu pulak. Pun tak gerakkkk jugak. adoi. then ada sorang budak lelaki pi kat kereta depan aku bagi tau yg belakang kete dah berderet, so boleh tak ko gerakkk supaya org boleh lalu. org tu tetap buat derk... (apesal budak tu tak campak je tebuan ke apa kat dia??)
waduh tega sungguh dia ni ek. mmg telinga kuali agaknya.

So pertandingan hon sapa kuat pun berlarutan. aku pun dah tak kira..aku hon bersungguh-sungguh. Akhirnyaaa..dia takde pilihan bila kereta dari depan nak lalu. If kami tak jalan kete depan oso stuck. dan kete depan aku pun move, ke tepi dan park. eh.....ada perasaan rupanya.
Aku toleh..laa..seorang lelaki, aku agak berumur 60-an. entah-entah kurang pendengaran kot. sabo..sabo..buang karen je hon beriya tadi. saboo je. Ni bulan Ramadhan kiah. Dugaan nak pegi tarawih.

3. Cerita Sinetron di TV.

Aku ter-follow satu cerita ni. sadisnya cerita. kisah seorang isteri yang kehilangan anak. Duk tgh cari anak dia dgn hasben dia, hasben dia kena langgar.koma 6 tahun. mak mertua dia tak ngaku dia menantu lagi.kena halau.
Lebih sadis lagi dia telah terjumpa bapak kandung dia yg dah lama menghiloangkan diri. Kayaaaa banget bapak dia ni. TAPI, yg sadis tu bapak dia mati-mati tak ngaku dia anak. Sebab bapak dia takut dgn bini dia sekarang yang lawaaaa banget + cun melecun. Bapak dia oso tak ngaku bini lama dia yg dia tinggalkan itu. Dah le tu...bini lama tu sakit mata yang hampir-hampir jadi buta. So watak perempuan dlm citer ni asyik malanggg aja.
Dah le suaminya (sebelum eksiden) tlh dingorat oleh bos tempat mereka bekerja. Bos perempuan perusahaan tersebut suka banget dgn suaminya. Muncul jugak watak ex-gf suaminya yg juga mahu merebut balik suaminya...waduh..gawat deh. kesiannya perempuan ni. Dah le dia sgt miskin. Anak nya hilang gara-gara diculik oleh org suruhan ex-gf nya. isk..isk.... pendek kata kan senah, kalau tgk citer ni ko kena bawak mangkuk tadah air mata..sebab watak utama ni malangggg aja.
setelah dihalau mertuanya, dia sewa bilik dgn mak dia yang sgt putih dan lemah gemalai (yg hampir buta tu). (cerita org miskin daif tapi baju derang lawa-lawa, handbag siap matching dgn baju, siap pakai skaf kat leher..lipstick warna cantiknyaa..veryyy de moden). (aku selalu kompius bila tgk drama..adegan bangun tidur tapi muka siap pakai mekap cantik2 berlipstick bersolek cam nak pi KLCC). ok sambung citer tadi. Dah le anak dia hilang, kena halau, takde keje, pi carik keje..duit habis utk bayar ubat hasben yg koma kat ICU. sampai rumah sendiri takde karen sbb tak bayar bill. takde duit. lepas tu kena halau dgn tuan rumah pulak sebab 3 bulan tak bayar sewa. so derang tidur tepi jalan tiba2 ada operasi..derang kena tangkap....lepas tu...ehhh bersambung pulak esok..

aduh..menitik2 air mata aku tgk drama ni.hihihihi. sedih dan syahdunya...malang bertimpa-timpa. kalau kumpul air mata aku sampai last episode agaknya ada la 3 baldi.
kihkihkih.

Monday, September 7, 2009

projek tanam kentang di rumah hijau.

Ahad semalam.
penat gila.
Ke bandar Baru bangi...
pi amik kereta dan pi beli brg dapur di hypermarket di Nilai*.


gadget baru utk dapur aku. steamer dan stockpot. 2 in 1. hikssssssss..sukerrr..... harga asal RM69.90.IF beli barang lebih RM100.00 in single receipt, dpt beli dgn harga RM29.90. Cik Kiah sukaaaa..



Then singgah LL 'green crib' ni...berkemas..dah 3 minggu kot aku tak mai sini..sure berhabuk..kaki hitam ok....then aku bersihkan peti ais....mcm2 benda aku jumpa.


macam-maacam tanaman aku jumpa dlm fridge..antaranya ialah tanaman kentang dan bawang yg sgt subur dlm tempat sayur..heheheeeeeeeeee......tumbuh-tumbuh akar segala..
kalau aku mai tahun depan tah2 penuh pokok kentang ..kihkihkih.silap2 aku dinobatkan jadi peladang jaya peringkat kebangsaan.
terus aku angkut, bersihkan dan buang..tah haapa2..megi lah..coklat...mcm2 benda..yg boleh guna lagi aku amik bawak balik.

Melepak kepenatan setelah berkemas...tetapppp nak tgk rancangan masak-masak..

Banyak benda aku angkut. periuk-periuk, loyang kuih ..peralatan masak. Bila aku selongkar..banyaknya periuk kuali aku kat sini. Macam-mcm adaaaaa...patut sendat je kitchen kabinet.

errr...
kejamnya tokey woksyop tu. Bagi aku diskaun RM30 je??? memula dia bagi RM10 je..
bila aku ckp.. "uncle.....kesian la saya...saya belum beli kasut raya.." dengan muka seposen...dia bagi terus RM30.00 diskaun...uhuksssss...tersedak cik kiah ni..

Saturday, September 5, 2009

Eksperimen : rempeyek

Di suatu petang yang hening..

eksperimen rempeyek.
cari resepi palinggggg senang, bahan paling sikit.
sebenarnya aku ada resepi rempeyek emak, tapi banyak le pulak bahannya. ada yg takde kat dapur.
nak pi kedai ..ehh...tidak le.
jumpa satu resepi..
eh..wah...senangnya resepi dia...telur pun tak guna?... rempeyek vegetarian ke apa ni?
ke org yg buat ni vegetarian kott..ke ke ke..tapi bagus laaa...jimat.sebab telur yg tinggai 1 bijik dlm fridge ni aku nak wat sahur esok pagi.

aku pun terkedik-kedik ke dapur.
prong prang..krong krang...prenggg...zrasssssssss...
jintan+ketumbar+udang kering dikisar. Tumbuk bawang putih, bawang merah.
sukat tepung beras 1 mangkuk, tepung jagung 1 mangkuk..mix dgn bahan2 tadi...buh air..buh garam.eh..tercair..aku pun gataii tambah tepung beras. eh....terpekat. tambah air..eh..tercair..tambah plak tepung jagung...gasak le...


campuran bahan-bahan

bancuh dgn air, kepekatan agak-agak..

Then goreng, bubuh kacang dan ikan bilis, buh tepi kuali..sepatutnya ia akan menggelongsor. Tapi..tak...???? melekat tepi kuali..iskkk...something wrong niiiihhhh...aku termenung tepi kuali 5 minit. dah le panas. aku pi fridge amik telur. Tambah telur sebijik, mix sebati. hah..ok...
ha..terussss bleh menggelongsor sendirik ke dlm kuali bila dah kering sket.yey!!!! jadikk...!!
TAPI kan..

jeng-jeng-jeng!!

apesal semacam je ropa rempeyek aku ni..mcm garingnya tak rata..heran. Ada yg mcm tak leh garing dan mcm lemauu je. so aku try le buat nipis sket.. isk..kejap je dah hangus pulak..iskkk....lantaklah..
janji habis tergoreng..aku dah kepanasan tepi kuali ni...
lepas tu aku rasa ngok ngek je bila aku baut 3 terus..yg mula2 tuh hangussss pulak..isk..
kena buat satu2.
aaa..pukul berapa aku nak masak juadah buka pulak ni kan...iskkk....
akhirnya...siap le jugak walau rupa tak semenggah. tak kisahle..ni kan 1st trial.
esok lusa aku buatla percubaaan ke dua. IF aku rajin laaaaaa....

haa..jadiklah sebalang...

Rasa..??
time buka tadi aku rasa....
errr...errr....errrr.....errr...
ehm....pelik je rasanya....isk.
takpe..takpe..tak baik membazir.
aku dah tau nak buat apa dgn rempeyek fail aku ni.
rempeyek satu balang ni aku nak bawak balik kampung.
Untuk hidangan kucing-kucing mak aku.
sebab..tak baik membazir.
kucing2 mak aku ni deria rasa dia boleh kot terima rasa rempeyek yang pelik ni..
tungggguuuu....
hahaha..siap le kau..


kesimpulan:

jgn derhaka dgn resepi yg mak bagi..yg pi gatai2 carik resepi senang tu sapa suruh...

sats..nak call mak aku..

" makkkk...camana resepi rempeyek mak yg best tuu??" "Mak...nak order rempeyek 4 balang."

ke ke ke..

Sunday, August 30, 2009

aksi bahaya

juadah berbuka hari ini..

buah kurma
buah tembikai, rock melon
ubi rebus + kelapa buh gula
murtabak ayam + kuah bawang merah
roti john
bubur lambuk (sedapnyaaa)
kuih talam hijau
kuih beronok
kuih lapis
kuih seri muka
mee goreng
kuetiow goreng
ayam bakar + BBQ sauce
lamb BBQ + black pepper sauce
nasi arab + kambing panggang
samosa
popia
pecel
kebab
serunding
nasi putih
sayur pucuk manis (sedap!!)
ikan masak kicap
ayam masak merah
telur kurma
kerabu sotong
kerabu daging
saladssss
puding roti
kek
puding mangga
bubur jagung
ABC
air buah campur
air asam boiii
teh tarik
air kosong

hoo..bestnyaaaa..finally dpt makan segala 'bazar ramadhan food' (murtabak roti john etc)
kannn..bahaya kalau tengah tensi. Akan ada aksi mentekedarahmakan secara berbahaya.


hasilnya....terbungkang cam garfield.


gigilll....


tensi...
cik kiah menjenguk kete yg masuk woksyop..
nak tgk kete dan quotation.
timing belt putus...mati tgh jalan 3 hari yg lalu..kena piston...kena valve 16 bijik (betui ke aku eja ni??..apa ke binatang tu??) ..bla..bla....tak nak dengar....tokey woksyop..ko tolong diammmm bule takkk...uwaaaaaa....
(kenapa nak putus sekarang?..belum tiba masa utk replace ok...)

tgk bil tadi..gigilll...aku gigill...bilnyaaa...aaaaaa
bleh beli 7 peti sejuk 2 pintu..
bleh buat down payment kete baru

bleh beli gelang emas besorrrr sempena raya..
bleh beli sebijik DSLR yang canggih manggih..
bleh beli buah rambutan 4000 kilo
buleh membiayai trip spain..
buleh pi trip bandung 3 kali
buleh pi trip langkawi 4 kali + soping pinggan mangkuk kuali...
buleh beli henbeg mahal seploh..
harghhhh....




erghh..
gigillll..
gigilll....
sejukkk..

nak demam.


tgh nak meredhakan diri...
no baju raya..no kasut raya..
kena redha...
puasa..puasa..
puasa...

tokey woksyop: wa sgt gembila....buleh la wa beli henbeg LV kat bini gua bulan ni...


p/s: err..tetiba aku rasa cam nak jotos je apek yg ketawa kegembiraan nih...huhuuh


Saturday, August 29, 2009

karrr-rrassss???

semalam kan..
aku pi kelas masakan.
puh..dasat tau..
yang mengajar ialah artis.
artis tersohor pun ado.
caya tak?..siti nurhaliza ajar kita masak.
selain tu..Fahrin Ahmad pun mengajar masak jugak.
kelas koooo...
siti nurhaliza ajar aku masak gulai tempoyak ikan patin KUMAHU (motip letak nama lagu kat resepi dia??)
Fahrin pulak masak mee kung fu dan kacang pool Johor.
oh ya...ahkak sheila rusli pun adaaaa..
dia hari-hari ada.
semalam ajar masak nasi bunga kantan.
artis lain pun ada gak...
hohoho.....

.
.
.
.
.
.
.
.
ala..belajar free..sambil meniarap depan TV kannsss...
bulan Ramadhan ni rancangan memasak dr pagi sampai tengahri bersambung-sambung.
Not on AFC .
Tapi RTM1, RTM2 and TV3.
rancangan bersambung-sambung bertindih-tindih.
ketuk-ketuk ramadhan, uli-uli, ucip-icip, istimewa ramadhan, selera selebriti dan banyak lagi.
aku lupa dah.
Kalau nak tengok gelagat artis tuh masak...pandai masak ke tak,..biasa masuk ke tak..hehhe.boleh agak le sapa biasa masak dan sapa tak pernah masak. hheehe...
kalau nama bahan pun tak kenal, heee...paham-paham je lah..
tapi tak kisah la..yg penting content rancangan tu berfaedah dan kdg kelako..
bunga lawang pun disebut bunga cengkih gitu.hiiheeeee

siti nurhaliza nampak teror masak la...
sure selalu masuk dapur kann...
semalam dia tunjuk masak ikan patin tempyak...woo..pebret aku...
woo..lawanya baju dan tudung dia..tapi yg penting dia tak kekok memasak. so aku enjoy le tgk..
then tetamu undangan dia, Rubiah Suparman masak tempoyak pucuk ubi.
mak oi.....sedapnya aku tgk. Dah le tengahari...di pulan puasa yg hening ni..
dan sambil masak-masak derang sembang-sembang pasal masakan, asal usul masakan.
and Siti ni nampak banyak tauuu pasal masakan, bahan-bahan bagai. Nampak yg dia buat homework lah utk menghoskan rancangan ni.,..
Untungggggg dato K....


Tapi...

lepas rancangan tu ada satu lagi rancaangan masak. hos adalah seorg artis suam-suam kuku.
artis tak masak. yang masak 3 tetamu jemputan.
ada 3 segmen.
segmen ke - 3 adalah segmen di mana dia pergi ke kampung utk tunjukkan kpd penonton cara buat kuih tradisional.

artis: sekarang, saya akan bawa penonton melihat resepi istimewa ke -3 kita.
artis: kak senahhh- kak senahhh....kita nak masak apa ni??
kak senah : kuih karas
artis: karrrr??
kak senah: karas
artis: karrr-rasssssss. (dgn slang Carrrrrr..rasssss)
oh..tak pernah dengar ni..tak taulah kalau dah siap ni tgk rupanya saya kenal ke tak kuih
ni..he-he-he (ketawa keh-kehkeh..)

hahhaha--siot je..
jadik hos bukan ke kena study dulu apa yg nak di masak oleh tetamu jemputan???
veryyyy derrr....

Wednesday, August 26, 2009

wofff..

baru habis meeting..
pukul 1.23 pm.
mata kuyu.

pg tadi,
pukul 6.30 pg aku dah kuar rumah. konon nak avoid heavy traffic jam kat federal highway.
Keluar gelap-gelap ala-ala nak pegi menoreh getah u ols.(eh..ke org menoreh kuar 4.30 pagi??)
Alaa..dah namanya KL...aku sampai depan plaza pantai tuu..jammmmm sudah. pukul 7.55 pg.
Jauhnya kaaannnn perjalanan aku pi tmpt keje. sampai pukul 8.20am
see..dekat 2 jam perjalanan aku. wofffff....

dah berazam nak mkn healthy food utk buka puasa and sahur.

apa ek..yg sihat..
less salt..tadek gula.
no oil..
no fat
no sugar
no salt

err..tu makanan ke namanya?
dah 4 hari aku masak ye-ye O. Hari ni malas (mintak-mintak aku betul-betul malas).

ting-ting-ting!

sahur : oats + pisang + stoberi (eh..tak ekonominya menu ni...stoberi out, pisang je ok)
buka: sup tauge + sawi +bawang / brokoli
kudapan : kacang (rebus senirik)/ rojak buah
air: air masak + milo 0 (gula equal 2 bijik).

apesal kawan2 aku asyik menuai je kejenya> farm derang tuh mcm2 dah tanam.asyik duk harvest je now ni..??
rasa bodohnya aku tak reti main game cam tuh kat facebook.
kwn2 akusiap tertimbus dlm pokok bluberries dia..nampak kepala je.
aku tanam sebatang pokok pun K.O.J.O.L

cerita lain.

mommy call time aku tgh masak.
henpon aku duk kat bilik atas.
ada 10 missed call mommy.
dan ada voicemail .
ye-ye o aku nak dgr voice mail tu sblm call mommy.
mana tau tah kecemasan apa.
dial 1313.
bunyiknya:
" catzzzz..ni mommy no....Batu Pahat TAKDE gula langsung. pi kedai mana-mana pun tadek gula..
habislahhh...camana ni..tempat catz ada gula takk??? mak pi kedai kat pekan, kat kg TAKDE gula langsung.
call mak balik ye".

aku call mak..sembang gitu-gini..aku tanya.." kat rumah dah takde gula langsung ke??"
mak ckp.." adaaaaa..4 kilo..4 peket"

so??? napa mak aku kecoh sgt pasal gula ni?..err..adakah tanpa pengetahuan aku mak aku berniaga kuih muih kat bazar Ramadhan????...tak kot.

ooo...baru aku ingat...sure mak aku kompius nak amik tempahan kuih bahulu.
hahhahahahhaha....aku mmg tak sokong sgt le mak aku duk amik tempahan kuih bahulu gulung tuu..
dah tua kenapa nak penat2 buat kuih bagai..tak yah le kan.
mmg dalam 4-5 tahun ni mak aku giat buat baulu gulung utk tempahan raya.
aku bebel..mak aku hot...dia ckp..bukan pasal duit..tapi mmg dia suka nak buat..isi masa..bla..bla..
so tahun ni..hahahha..tak yah aku bebel.
mintak2 Batu Pahat takde gula sampai raya.
hahaha..jahatnya akuuu.


Monday, August 24, 2009

takde tajuk

di suatu hari yang hening..tengahari isnin.


Tangan: sedang menaip sesuatu...

In general the results confirm the presence of electromagnetic fields on the property concern.The maximum level of magnetic fields, which was measured at XXX on the highland underneath the cables..bla..bla...1000mGauss...varies.. electric fields. exposure...transmission line ..public...65mGauss...uTesla.....electric....fields...ROW...horizontal diastance..minimum...bla..bla....

Otak: eh...cuba ko stop kejap....jom google resepi laksa. kan ko nak masak laksa petang ni. ko bukan reti sgt masak laksa penang. ni second time kan ko masak laksa. haa..apa bahan-bahanya..cuba ko google..

Tangan: ok...now google resepi laksa....google...google...laksa penang..eh...bunga kantan..checked!
ikan kembung-checked! cili-checked! daun kesum-checked!

Otak: ha..cuba ko tgk plak few resepi...carik yg sedap

Tangan: google resepi laksa. ehm...myresepi...blog orang..blog orang..blog orang....blogwalking..
ok. dah baca resepi. dah.eh..alamak. asam keping takde la kat rumah.

Otak: ehm..asam keping...asam keping...asam keping..

Tangan: tulis soping list. ASAM KEPING.

Otak: cuba ko google kuih raya yang best pulak...


puffff...

dugaannya nak buat keje kalau asyik pikir ptg ni nak masak apa.
huh.