Sunday, September 13, 2009

Express??? dijamin sampai esok.

few days aku resah. Tak berapa boleh nak lelap mata.
hantar brg kat kawan aku guna perkhidmatan pos express. Ala yg guna sampul kuning tu. beli sampul dan buh je brg/ dokumen dlm tu kan.
DIJAMIN SAMPAI ESOK--------> katanya.

aku pos selasa. Patutnya Rabu dah sampai. Tapi kawan aku kata takde. heran ni. Kata dijamin sampai esok kan?..bukannya DIJAMIN SAMPAI MINGGU DEPAN atau TAHUN DEPAN..
kan..kan??
dan TAKDE juga kad merah yang biasa posmen tinggalkan if nak suruh amik brg dekat pejabat serahan mereka. iskk...duk YM/SMS dgn kwn aku. TAKDE katanya.

Hari sabtu aku call kawan aku, aku namakan cik Bawang. (lokasi cik bawang shah alam).
aku: cik Bawang,oooo cik bawang. ada tak??? ada tak barangnya? dah sampai nyah??
cik bawang: takdo noks. kad merah pun takdo.padahal rabu tu kwn aku mmg tunggu kat rumah. takde org ding dong pun.
aku: takpe..aku pi cek kat pej pos.

kebetulan sabtu smlm pos opis bukak. aku pi pejabat pos. kerani pej pos bagi aku no tepon pos express s.alam. dia ckp u call sana, tanya.
Pos express s.alam kata..record ikut barcode yg aku bagi, barang sudah diserahkan pada 9hb iaitu RABU. aku cakap penerima tak terima. TAK ADA encik.
ENcik itu telah bagi aku no tepon pej serahan S.ALAM pulak. oh....aku kena call sana pulak.
Pej serahan kata : oh ye ke tak sampai??..saya kena tunggu posmen balik ni. TAK TAU dia letak kat mana bendanya.
aku...WUT??? posmen simpan kat rumah dia ke???? isk..iskk..isk.
Then org tu ckp, " gini cik..pej serahan seksyen 13 s.alam ni..dia ada terbahagi 2. terbagi kpd s.alam A, dan s.alam B. Kena call sana. nanti saya minta derang call cik semula."
(eh..mana la aku tau. dan apa significantnya ko bagi tau pasal A B C ni?? aku kena pi s.alam ke?? kalau camtu baik aku serah by hand je. Lagiiiiiii expressssssss).
Aku ckp.."abih...saya nak buat apa? saya nak kena call pej serahan s.alam B ?
encik itu: "eh..tak payah, pej s.alam B, sebelah je ni ha..kejap..saya nak jalan ke sana. (pulak dahh). ha-ha.
(aku terus mintak no pej serahan s.alam B. mana tau derang tak call semula ke.)
Aku rasa kecoh lah kot pejabat ABC tu..kehkehkeh.

tetiba..

kring..kring.

"saya dr pej s.alam B. cik ikut record, brg sudah diserah, 9hb (Rabu)."
aku: "takde lah.."
pegawai tu letak phone, dan janji call semula.
tak lama dia call.
"cik..ikut kata encik posmen ni, dia dah bagi. dia masuk dlm peti surat"
aku: encik saya kompius..pos express dia bagi ke tangan atau masuk pos box je?
encik tu jawab " "masuk pos box". cuba u suruh kwn u check semula peti surat dia.

aku pun call cik Bawang.

aku: cik Bawang ko dah check peti surat ko?
cik bawang: belum...
aku: Wut??..cuba ko pi tgk

5 menit kemudian cik Bawang call.

cik Bawang: eh kakkkkk...ADA..ADA brg tuuuuuu...(sambil ketawa terkekek-kekek-kekek-kekek.)
aku: errrr....ko dah berapa taun tak cek peti surat?
cik Bawang: kita dan budak2 rumah mmg tak pernah cek peti surat. Kita tak pernah aamik pot pasal peti surat.
aku: haaaaa?????? (rasa nak jotos..)

tak lama cik bawang sms:

"akak....brg tu dah putus lah..berterabur bila kita bukak sampul tu tadi"

aku reply;

"err..aku rasa barang tu saja memutuskan dirinya sendiri la sebab merajuk ko tak jemput dia kat peti surat".

Tgk..betul tak??? DIJAMIN SAMPAI ESOK.tapi ia akan sampai tahun depan kalau ko tak bukak peti surat ko..kihkihkihkih
huh..!penat je aku berburuk sangka terhadap abang posmen. kan dah kurus pahala puasa aku.

patutnya kena bagitau semula ke pej s.alam tu yg kwn aku tu dah terima suratnya. Tapi aku tak nak lah posmen dan pegawai di pos opis sana gelakkan aku sampai golek-golek.so aku senyap je lah kan.

huh. penat aku taip.

21 comments:

geraugebang said...

ha ha ha. awat lagu tu jadinya. Kelakornya. Benda ape lah yang dibeli sampai bersepai. Tapi bukan ke kalau yang ekspres tu kena sign dulu?

kucingorengemok said...

itu bukan registered letter, cik kiah, nak main serah-serah kat tangan, kih kih kih... aku agak org pej pos s alam A-L semua pakat gelakkan ko dgn cik bawang... dan kisah tu akan menjadi legend kat sana >:)

Faizal@poyan said...

salam catz..
emm klu pos express lambat sampai.. pos laju cepat laa huhuhuhu

Sasha Farina said...

eh.. pos express mmg dia tak kasi atas tangan ler.. kalo takde orang pun, dia campak jer kat laman. hahaha.. ni from experience ler.

Anak Jawa said...

aiyooo pos laju dgn pos ekspress tak sama ler cik kiah oiiiiiiiiiiiiii

pos ekspress tuu ala2 mcm surat biasa tp cepat smpi sikit dr surat biasa

harus ko jotos dan cincang2 cik bawang tuu buat masak kicap ptg ni

Anak Jawa said...

catz BP kat mana?
raya jom mai umah AJ

Hani Ahmad said...

sis kate jugak mengalami nasib yg sama..
siap marah2 org pej pos dh, siap wat aduan kat customer servis die bagai..ye r dh dekat 5 hari dokumen xsmpi2..hangin la kn..tup2 hamek ko ade kt dlm peti surat.. hik3, kite ingt pos express die serah by hand n kne sain bagai..rupe nye idok lagi begitu..huhu.. malu sudah

MisZ DeAnNa said...

hahaha..
penat sayer gelak..

lawak jee..

;p

Rarai said...

CIK BAWANG???akak jahat..wuaa3

adoilah sapelah cik bawang yg xprnah cek peti sorat tu kannn...sentapp ni sentapp..kakaka!

kak!special entry auto publish dis morning around 9am..tajuknye:

"cik bawang yg tak suka cek letter box"


kakakakkaa!dush dush~
tq kak!tp putus putus!sedih ni sedih...kekeke

CATZ said...

geraugebang,

hahhaha..aku pon kompius..sebenarnya pos express dia tak bagi ke tangan..dia buh dlm peti surat je..

CATZ said...

kog,
tu lah..
patutnya aku kena call balik PO s.alam..
tapi tak berani aku..kang dia pakat gelakkan aku sampai guling-guling..
iskkk..malu dehh

CATZ said...

faizal,
pos express di jamin sampai esok.
hehehe..

CATZ said...

sasha,
saya dah kompius..
kwn aku tu pun satu kan..apasal dia tak cek peti surat dia..aku pun pelik.

CATZ said...

AJ,
tu la..
aku mcm rasa nak jotos org kannn..
hahhaha..
sabo..sabo..puasa..

CATZ said...

AJ,
PT sulong..
ko mana??

CATZ said...

Hani,

hahhaa...sama...kahkahkah.
aku heran jugak napa cik bawang tak cek peti surat dia..
kekekkeee.
kannn..dah termalu.

CATZ said...

hi MisZ Pinky,
welcome to my blog..
happy reading..
aku pun tgh gelakkan diri aku sendiri ni..
kehkehkeh

CATZ said...

ainna,
eh...
eh..
ehhhhh...
ada org terasa..
sampai saat ini aku masih lagi terpikir..ada rupanya ek org dl;m dunia yg tak cek peti surat dia..
kihkihkihkih.
padan muko.

en_me said...

ghitewww..

CATZ said...

en_me,
ye giteww..

mRsauRa said...

KAH KAH KAH...mmg lawak siotttt...gelak sengsorang dpn pc...