2 hari lepas, aku masak mee rebus. Percubaan kali ke-2. Yang kali pertama 2 tahun yang lepas kot. Tak sedap. Tak macam yg aku nak.
Aku nak mee rebus yang mcm kat Kebayan. Bukan nenek kebayan. Tapi medan selera Kebayan kat Plaza Kotaraya, JB. Or mcm mee rebus kat Plaza Angsana , JB iaitu mee rebus Hj Wahid.
Kalau pi kebayan masa tu seingat aku, kitarang akan makan mee rebus tu. Ada saiz kecik..saiz besar.
7 tahun bermastautin (study + kerja), selain Holiday Plaza, benda yang aku paling ingat ialah mee rebus. Ho..itu adalah JB berbelas tahun yang lalu ok. Masa tu kan..kalau outing pi Holiday Plaza tu dah rasa best gila. Kembang gila idung bila org tau yg ko pi Holiday Plaza. (holiday Plaza ni yg kitarang suka ialah nasi beriani kat restoran Hameed).Yang ada kat JB masa tu kan..Plaza Kotaraya, Holiday PLaza dan Komtar (Bila kitarang dah 5th year - pi Komtar tu dah mcm scary lah pulak. Kawan aku ckp..situ tmpt unidentified people..dipenuhi dgn org rambut panjang yg melepak-lepak. a bit ngeri di situ.Ni zaman-zaman kalau nak tunggu bas org berduyun tunggu kat depan sungai Seget tu tau. Nak balik kampus tunggu bas no 13A kot. tah.lupa.
Eh... tapi kat Komtar tu lah aku tgk wayang cerita apa tah , Amy Mastura berlakon...derang wat roadshow kat JB. Amy Mastura dtg , aku siap salam dgn dia...NI KAWAN AKU PAKSA IKUT dia oke..
Bila dah keje, aku keje kat Jalan Tampoi ( dulu-dulu kan,..if sebut Tampoi je mesti kwn aku ckp aku keje kat hospital). Sebab Tampoi terkenal dgn Hospitalnya. It was like org akan ckp.. "sewel la ko..haa..pi lah Tampoi sana..."..ewahhhhh.. dia tak tau ke kat Tampoi tuh ada kawasan perindustrian yg tersohor kat JB. Dari kilang buat kulit popia, kilang coklat, kilang bateri sampai le kilang elektronik. Aku keje kilang elektronik...hujung minggu pun koje membanting tulang.
Zaman tu, shopping complex yg tersohor adalah Plaza ANGSANA. Situlah tempat aku jln2. hampir hari-hari aku pegi sebab rumah aku dekat Bandar baru Uda kat jln padi-padi tu..tak jauh dari Angsana. Kat food court bawah tu lah ada jual mee rebus hj wahid ni.
Kalau pi JB, mmg akan rasa nak makan mee rebus ni.
So aku dah lama gila tak makan mee rebus 'macam tu'.
Aku rasa mee rebus kebayan/hj wahid tu mcm bench mark rasa mee rebus sebenar sebab aku pi few blogs, if org ckp pasal mee rebus derang akan describe pasal mee rebus kebayan or mee rebus hj wahid tu.
so 2 hari lepas aku buat eksperimen mee rebus. Aku call mommy tanya if dia pernah masak ni. MOmmy aku eh..emak aku ckp, pernah dan dia describe la apa bahannya. Then aku google kat internet. Ada pelbagai version. So aku agak-agak..gabung-gabung resepi (jgn le korang ingat aku kat dapur time proses gabung2 resepi ni..aku meniarap atas katil je...klik...surf..klik..surf..ke ke ke).
So finally time buka puasa, wujud lah mee rebus ni.
Rasa?...SAMA mcm mee rebus hj wahid tu (92% sama..taklah 100% betui2 sebab tang kerak2 tu aku belasah je buatnya..tah bancuh2 tepung..zrengsssssss..zrengsssssssssss pastu hancurkan.).
eh..nak cerita resepi mee rebus, tapi sampai ke Amy mastura, hospital Tampoi bagai. Sabooo je cik kiah ni.
Bahan kuah:
10 ulas bawang putih
10 ulas bawang merah or guna 1 labu bawang besar bersaiz besar (korang paham tak ayat aku?)
udang kering - 2 genggam
daging - 250 gram (hiris kecil dan rebus.)
1 sudu jintan manis
1 sudu biji ketumbar
sedikit serbuk kunyit
1 sudu besar serbuk kari
1 sudu besar cili kering (yg dikisar or boleh guna cili giling )
1 inci halia
sebiji kentang (rebus hingga empuk dan blend halus).
bawang goreng
daun sup+ daun bawang
gula merah
garam
Bahan lain + aksesori:
Tahu - 2 keping (goreng dan hiris nipis)
tauge- (celur)
500 gram mee kuning - celur
2 biji cili hijau - hiris nipis
bawang goreng
kerak-kerak /penderam mee rebus
telur rebus
limau kasturi
lets cooking..
Pada zaman dahulu...
eh...mula-mula kan..
1.goreng ketumbar dan jintan manis tu tanpa minyak...istilahnya..sangan?..sangrai?? tanpa minyak...kena rajin kalau, kalau tak sure hangus itam legam.api kecikkk je. Angkat dan tumbuk halus guna lesung. ketepikan.
2. Blend bawang merah, bawang putih dan halia. Tumis hingga naik bau.
3. Blend udang kering dan masukkan ke dlm bahan bawang yg ditumis tadi.
4. Masukkan cili kering, jintan tumbar yg ditumbuk tadi dan serbuk kari , tumis hingga garing dgn api kecilllll je. Masukkan serbuk kunyit. masa ni kan..bau dia..uiiiiii semerbak seluruh dapur.
5.Masukkan air rebusan daging dan dagingnya sekali. Kacau sebati, biar mendidih.
6. Sesambil tunggu mendidih tu, blend le kentang tadi..buh air sket.
dont try this at home...
7. masukkan kentang kisar utk memekatkan kuah.Ada org guna keledek. Keledek pun sedap gak.manis. Aku tukar ke periuk besar sebab aku dapati tak best le nak mereneh kuah dlm periuk kecik. Lagipun kuah aku pekat sgt pulak. Aku tambah le 3 cawan air.
9. Reneh kuah dgn api kecil, biar mendidih sebati mesra alam. Aku masukkan segenggam bawang goreng dan kacau sebati utk aroma dan rasa.
(buat suara , gaya dan intonasi ala-ala chef wan..ke ke ke)
Sesambil tu bolehlah sediakan aksesorinya. Untuk buat kerak (entah kenapa org panggil kerak??) Aku bancuh sedikit tepung gandum, tepung beras, buh udang geragau sket,buh kunyit, garam sket. Nak rangup tambah sketttt air kapur makan.
Gorengg...zrasssssss..zrengggggg...cesssssss....krenggggg..krongggg .. angkat dan hancur-hancurkan.
ni aksesori lain, tahu goreng, toge, telur rebus, bawang goreng, daun bawang, daun sup, limau kasturi dan yang paling penting hirisan cili hijau.
tadaaaa.......dah siap.
Aku rasa mcm nak berniaga mee rebus kat pekan tempat aku tinggal ni. Kat sini takde lah makanan best , maksud aku takde menu famous yg dijual digerai atau di kedai. Tak best gila oke...yg ada cuma kedai2 tomyam je..
Patutla bila aku ckp, bandar kecik tmpt aku tinggal ni ada TESCO* , kawan-kawan aku kagum gila. ke ke ke.
aku dah tau dah nak berniaga apa. aku nak bukak gerai mee rebus.
38 comments:
npk btl2 menjadik wpn x rasa..tp dr segi rupa dah le wat 10 cawangan 1 masia..huhu
ko bio betoii catz, abes saper nak hapdet blog ko nih nanntii.. ahaks
neeza,
mmg menjadik..
hehehhehhe....rasa sebijik sama..
suka gila aku melompat-lompat.
tak yah pi jb nak mkn mee rebus setappp..hehhehe
en me,
aku bukan berniaga 24 jam...
time xde pelanggan aku updet blog la..hehheeeee..masa keje flexi gitu..
Catz.. ni sy copy resipi ya... Raya nanti nak try.. hopefully menjadi! Rupa dah mengancam :-P
u tau tak catz, setiap kali ai pegi johor, i must, i must pegi dgn my hubby ke plaza angsana makan mee rebus haji wahid and otak2 yang dijual kat situ..
memory catz..memory...
susah betul nak buang memori tu jauh2... mcm trauma je bila menyebut tempat tu...
kalaulah ai ni terminator yang pakai memory chip kat kepala hotak ni kan bagus, rasa2 nak delete memori yang tak best, buang jer ganti dgn chip lain.. tapi alang2 aku dah jadi terminator aku kasi bom jerlah mamat tu...ha ha ha....
- waaaa, nak buat! nak buat! tapi time tak puasa nanti, baru puas dapat rasa... eh, KO CURIK PINGGAN AKU EH?! hahahha!!
- raya balik batu pahat le, dah 2-2 orang sana (pandai kan aku carik laki! kih kih)
- ko sek men kat mana dulu catz?
saya tak pernah buat.. sebab tak berapa minat sgt.. tapi tgk yang ni, memang bleh terliur mak.. huhuhuhu...
tapi tak pernah tau lah plak ada kerak tu...
kalau kat trg, mee rebus dia lain.. cam mee sup.. tapi dimasak n diletak telur..
catz anto le umah aku satu mangkuk..
takpun jemput aku dtg umah ko..wahahhaahha.larik.tak malu nya aku ...nak rasa air tangan ko ..
catz,
mama nak ambik resepi nih..tp nak try lepas raya..jam tu anak2 semuanya ada kat rumah..
aahg..resepi ayam percik kelantan tu..
bahan2: ayam..mestilah kan
santan pekat
air asam jawa - sikit
gula sikit
halba - sikit
tepung beras / tepung ubi - lumurkan pd ayam
bahan kisar: cili kering
bwg merah
serai - 1 btg
mama agak2 jer kuantiti tu...tgklah byk mana ayam yg nak dimasak
semua bahan kisar masukkan dlm kuali , pastu + ayam + santan + halba + garam + gula + asam jawa (optional)...biarkan sebati & kuah agak2 pekat
and then...angkat ayam --> panggang pulak...lebihan kuah td bolehlah direnjis2kan pd ayam
kah2...kalau tak sedap jgn marah mama!!
banda kecik ade tesco???
batu pahat? aahhahaha
nak semangkuk
mummy Eda,
salam ramadhan..
hehhe..amik le resepinya..tapi kalau tak sedap jgn mare. itu sedap tekak catz..hehhehheeee.
buka masak apa??
happy reading ya...
nenek penne,
hiks..tak tau lah pulak yg entry mee rebus ni menyebabkan ko teringat kisah manis bersama ex dan mee rebus..
sorry ek.
tapi mmg sedap kan mee rebus wahid tuh..
:)
kog...
hahahhaa..
aku dah beberapa kali perasan..pinggan kita sama.ke ke ke..
chbalah.tapi tak sedap kalu, ko jgn bom rumah aku ye..kekekekkeee..
sekolah mana??
ko satu sekolah dgn mak keww??
sekolah pompuan tersohor kat BP noks..
noniey,
ini mee rebus Johor...
:)
atty,
lepas2 raya karang kalau aku rajin aku buat le kot..
:).
tunggu kat simpang oke..
:)
mama,
thanks for the resepi..
cayang mamaaaa..
today masak apa...?
er..resepi mee rebus tu kalau tak sedap jgn mareee..sebab yg catz kata sedap itu adalah mengikut ukuran tekak ku ini..hiks.
Ramadhan,
bukan batu pahat oke..
tu kg aku..BP tuh kira bandar yg besar jugak lah..
ni bandar tempt aku tinggai sekarang..
di sebuah daerah di negeri selangor.
:).
semangkuk?
nahhhh 5 mangkuk...(mangkuk je laa..kikikih)
niat suci murni untuk berniaga tu memang saya sokong CATZ! Kita-kita ni boleh tolong melariskan perniagaan you. paling tidak pun jadi tukang rasa masakan you. No problem :)
aaaaaaaaa..sedapnya!! mencik2 ..nak buat tapi kemalasan pulak..makan kat msia lah ;D
kak, rai xbape minat dgn mee rebus..family rai semua minat mee rebus hj.wahid.kalau kenduri je, mesti order mee rebus ngn baidali(tokeh mee rebus hj wahid-ni anak hj wahid)tp ttbe harini tgk mee rebus akak, buat rai terliur plak..wakaka!
lg satu nk ckp, komtar jb dah takde kak!dah roboh!nk buat bangunan baru..hukhuk
catz meh turun JB.. mari mengimbas memori lalu..
memori daun pisang..lalala...hik3
mee rebus hj wahid sgt pemes..beratur nk mkn..lagi2 hari coti..
waa cobaan buat mee rebus dh menjadi.. pasni ade la mee rebus catz lak kn..ngeh3 ;)
DrSam,
hehhehee..ooo..nak jadik tukang rasa..hikssss..buleh..buleh...
tapi lepas rasa, u kena beli...hikss...minimum 2 bungkus..
bantu perniagaan kawan-kawan...hiihihih.
tengkiu for ur support. kot la betui2 catz jadi buka gerai mee rebus karang..
Inah,
balik malaysia mkn kat JB..
if rajin buat le..hehhehheee..
mkn hok ori punya kat JB,,
aianna,'
hoo..betui2 depa tu bleh wat bisnes kan...aku kena try ni versi aku punya..
laku keee idak..
aku lantik ko jadik marketing people mau ka..
hehhehehe..
weh..komtar tuh scary ek time2 tahun akhir 90-an...tmpt mat2 rambut panjang melepak....hehehe...
oo..nak roboh dah??..abih peniaga2 kat situ depa pindah mana?
aku pun heran..Jb ni dekat s'pore. tapi non ado soping komplek best...nasib lah now ada city square..kalau idak mati kutu..
hikss....dulu2 kan..holiday plaza tuh mmg tersohor..hahhaha
Hani,
ada gak hajat nak ke JB, tapi tah bila..schedulle jalan2 aku dah tight dah,..
'kalau catz ke JB ko bawak catz pi mkn mee rebus ek..best tuhhhh..
memori daun palas...hehehhehe
u jb kat ne??
alahai nak try la..bile la dpt rs masakan sis ne.....
kiter nyer bench mark mee rebus srulang laut lerrr.
kerak tu kiter panggil tempeyek sebab cam rasa tempeyek.
ti kiter nak try respi ni. kalo
jadik kiter buat time open house n panggil awak dtg open house kiter ek. leh datang x?
koler selangor ek?
baru saja menikmati mee rebus hj wahid cawangan rinting. menu sahur jam 1:30 pagi tadi..akekeke
terima kasih uyntuk resepinya catz! memang marbelles la you!
catz....nie yg buat rasa nak balik jb makan mi rebus hj wahid...mmg terbaeeekkkkk....lg satu kalo ke angsana sure makan rojak asma...perghhh terbaekkkkkkkk gak weyyyy
yer mee rebus hj wahid mmg famos amos .. lg2 makan ngan otak2 die yang penuh rase ikan tu...fuhhhhhhhh...
lg satu kalau sampai jb tak makan tauhu bakar mmg tak yah dtg lar... huhu... sedappppp weihhhhhh..
wahidah,
nak rasa masakan..mai le dtg rumahh..
:)
AyunasiA,
salam...
welcome to my blog.
happy reading yea..
thanks for visiting myblog...
:)
yup..mee rebsu stulang pun sedap..
nak buat....try la..minat masak jugak ke..
saya bukan di Kuala Selangor..
:)
tunfrida,
wah bestnyaaaa..u dekat JB ek..
mableshhhnya duduk dekat mee rebus..
hihihihi..
btw..tak taulah betui2 ke resepi tu sama..cuma mengikut deria rasa lidah catz lebih kurang sama lah..
:)
hi kikin,
da-dan tu gak ko nak balik JB..
ehmm....
best..best...
rojak asma pun sedap ek kat angsana..
gerai yg dekat2 mee rebus tu kan..
pernah makan..tapi dah tak berapa ingat rasanya..
:)
makcik rokiah..
hiii...
]selamat berpuasa...
camana persiapan raya...?
yup..JB oso fames with tahu bakar..
and otak2 kan...
iskk...lama sudah tak pi JB..uii..tersu teringin tauu....
no hal lah catz pasal entry mee rebus ni dgn kesah ai tu..
tapi mee rebus haji wahid memang best...
kerak mee rebus..ada org panggil penderam mee rebus. tah..korang panggil apa??
Kal El panggil KRUK KRUK hehehe sebab bila makan bunyinya rangup KRUK KRUK...gitu...
sedapnya nampak mee rebus Catz...
Post a Comment