Monday, September 14, 2009

Parit Jepon itu tetap di situ..

mee goreng - masak utk buka puasa hari ni

(tetap aku nak bubuh gambar makanan. Nanti org ckp salah masuk blog pulak kalau takde gambar makan.)


11.18 mlm.

still wide awake..masak sahur..ehm.

nak tulis apa ek..
yang pastinya mesti berkait dengan tema raya.


ok..now nak tulis tentang jalan raya. raya jugak kan temanya tu.
now kan sibuk dah bermula ops sikap...err..ops sikap 20 kan?????
baru ni ada ikrar aku janji utk mematuhi undang-undang jalan raya kan??
ada yang ketawa, jadikan bahan lelucon..tapi bagi saya ada bagusnya.
pengalaman memandu dari utara ke batu pahat dan batu pahat ke utara 2-3 hari yang lalu, buat saya fikir sesuatu. Sikap pemandu di jalan raya. Baik pemandu kereta, pemandu bas, lori.

1.Tak paham aku dgn orang yg drive suka cucuk-cucuk di highway. nak laju pi tukar lane lah.
satu kepuasan ke apa ek?..ek?? apakah..err..(kang aku teruskan ayat, blog aku kena ban)

2. Bas express yang sukaa blink-blink lampu. aku experience benda ni 2 kali. aku duk lane tengah dan juga lane tepi kiri. Masa aku duk lane tepi (drive 80-90km/h), bas ni duk belakang aku.
dia duk blink2 suh aku tepi. eh..ko nak laju potong lah..jln tu 3 lane. Lane tgh dgan kanan sekali ada..ko kenapa ??? so aku mengalah, tukar lane. then dia berdesup pegi...gila ke? knp ko follow rapat2 dan blink2 lampu ha?? lampu ko bersalut emas ke? ada aku kisah??

3. Bas express lagi..tukar lane kat highway sebelum area Air keroh. Situ kan 2 lane je. Dia tukar lane dgn amat bahaya, dah le tu drive lajuu gila, hampir himpit kereta aku, tak paham aku kenapa. Eh...bukan ke membahayakan aku dan nyawa penumpang ko. hello abg driver bas, ko kalau nak kojol cepat dah tak sayang nyawa, jgn ajak kitarang berjemaah sekali boleh tak?? aku ingat lagi bas tu, bas express KKKL. No pendaftaran tak sempat aku nak tgk. Bukan ke keselamatan penumpang adalah sgt penting. Knp nak bahayakan nyawa semua org disebabkan SIKAP ko yg weng tu??

4.kereta dari negara jiran yang berlumba-lumba suka blink2 lampu, mcm le jln tu abah ko punya.

----------------

Dan pengalaman memandu siang tadi, pergi dan pulang dari kantor ke rumah. ehm..
1 jam 30minit - pergi.
2 jam lebih - balik

1. sebuah kereta honda merah yg potong kat double line selekoh tajam...potong kami yg berderet..6 kenderaan.lori+kereta.. beriya-iya potong sampai membahayakan kereta dari depan. tak boleh sabor ek? ko sampai lebih cepat ke? dia menuju destinasi yg sama dgn aku.
akhirnyaa, dia dgn aku sampai pd masa yang sama ke bdr kecil ni.ceh...

2. sebuah kereta dari arah hadapan potong kat double line...pastu tak nak mengalah bila berhadapan dgn kete kami yg dtg dari arah bertentangan..kami-kami ni pulak terpaksa drive ke tepi, tak nak langgar berdepan. Tak paham aku sikap org mcm ni..kalau ko sewel, tak yah ajak kami ni join sekali boleh tak??


hem..sikap memang memainkan peranan penting kan dlm mengurangkan kadar kemalangan jalan raya. Nak pula ni time perayaan. Baik lah kita berhati-hati..ingat org yg tersayang.
Kalau kita ikut peraturan, drive tak yah gopoh-gopoh, Insya-Allah selamat sampai.
Takyah lah laju2 melampau...tak larinya ketupat tu..kampung tu pun bukan boleh berjalan.
kampung New Zealand tetapppp kat Pahang tu ha. Idok le tetiba pindah ke perkampungan Maori kat Rotoroa tu sana kan...parit Jepon tu tetappp kat jln air hitam -muar..idok le tetiba ia berpindah ke Tokyo.

so..
sama2 lah kita. memandu ikut peraturan , kalau letih /nagntuk berenti rehat. fikirkan keselamatan diri dan keluarga serta org lain.

Pihak kerajaan dan kerahkan abg polis menjalankan tugas. tapi kalau sikap kita sendiri tak berubah...ehm..tak dapek nak nolong.....

14 comments:

en_me said...

'slow vehicle please use left lane' lorrr.. ko x tau xper, tapi lorong tengah teww memang tok kete gi berbulan madu ghitewww.. wakaka

CATZ said...

aku mmg duk kat lane paling kiri..
tu le heran napa dia nak blink2 aku..
kalau aku duk kanan sekali aku paham le kannnnn napaa dia nak paksa aku tukar lane...
veryy derr..

.tunfrida. said...

sikap...sikap...sikap. itu yg kene ubah, supaya semua orang selamat.

Selamat Menyambut Syawal, CATZ. mohon maaf zahir batin kot ada silap cakap, gurau senda.

kucingorengemok said...

boleh tak aku buat perangai cam b*ngs*t tak nak ke tepi kalau kete negara sblh tu blink²? sebab tu masa dok jb dulu aku sangat tegar mengongker jalan sbb tak nak kasi dia org over-acting... akhirnya aku yang over-acting macam aku sorang bayor road tax, haha :|

kikin_78 said...

nampak sedap le mi goreng tu...ahakss

SiMpleSmArtErMe said...

HAHAHA..
Bila Catz membebel..drp mee goreng sampai la bas KKKL..

aihh..simple pernah naik bas KKKL nih.. lajuuu..vontot x lekat kerusi rasanya..esp bila balik malam..

nizz said...

sis
hahaa..entry pasal malaysian driver kaedahnya noks...hmmm mak penah kater kan minta ler jpj wat kelas tambahan skit,tuition memandu,...harusss kena bila nk renew lesen baru,huhhh sah2 la mak pun termaktub jua dlm hal ni sbb mak dah lama tk memandu kt malaysia nie pastu idea mak kita pakat2 beli la keta kebal,jgn kata pemandu lain nk buli,nk dekat pun seram,hiks...jimat gak kaedahnya pasal tayar sah2 tk yah tukar,ko pakai la kebel tu sampai cucu cicit ko tk haus nyer,selamat lak tu dari taburan keji paku2 yg pontianak tabur kt jln...kederaan besar sah2 bawa diri nyer hatta ketapi pun kasik laluan noks.hikks

NenekPenne said...

bila ada kereta depan memotong tak hagak2, kita yang nampak ni kenalah pelan2 kan kereta, kasi dia lepas dulu, ni tak, bila kereta memotong tu laju, kita lagi laju mcm nak kasi accident jer...

ya betul, kampung tu tetap di situ, tak kemana pun. yang terkejar-kejar nak balik mcm kampung tu lari kenapa? isshhh tak pahang ambe..

CATZ said...

tunfrida,

ye..yg penting sikap..segala kempen tak akan jln if sikap tak berubah,.

selamat hari raya, maaf zahir dan batin.

catz

CATZ said...

kog,
buat je...
hehehhehe...jalan ni abah mak yg punya..
kihkihkih.
depa ni kemaruk noks

CATZ said...

kikin..
ahaahha..ko perasan tang mee tu je keww..
ihiks..penat aku membebel.

CATZ said...

simple,
tu la..
sekali aku membebel..bahayaaa

CATZ said...

nizz,
tu ah..
aku rasa nak beli kete kebal..
huhuhu...sapa nak derema..hiks..
sekali aku membebel..haaaa...hiks.

CATZ said...

nenek,
amobo pung dok pehe..
hhhhhehhehehe..
belasah je..
nek..selamat hari raya...
:)