Saturday, October 3, 2009

sedikit catatan di Melbourne (part 2)

aku dah lama la tak buat entry masak-masak.
sejak nak raya la..
bukan aku tak masak..aku masak hari2..DAN ada satu acara masak secara besar-besaran actually on 'gempa' day..tuh karang-karang lah..
aku sambung la pasal trip melbourne sket..
malas lah sebenornya...tapi gagah kan jugaklah mengedit gambar bagai.
(kena letak jugak sebab blog ni mcm travelling journal aku...)
time aku buat entry ni pun aku kat sebuah Pulau...
so makin banyak gambar..makin banyak..makin banyak...makin malas.

ok..
sambung entry melbourne.



KL-melbourne 9 jam lebih kurang.
dari Tullamarine Airport, Melbourne, nak ke pusat bandar ada beberapa alternatif..
naik cab..naik bas.
dah survey tru internet benda-benda ni. Dah tau kosnya.
so pilih naik skybus. Bus ni akan bawak kita dari airpot ke Sourthen Cross Station di CBD area.
Pusat bandar lah senang kata...
so dari situ, boleh lah kita naik tram free, tram berbayar, bus free, bus berbayar, cab ke..ikut destinasi. Ni aku tulis berdasarkan pandangan/cara aku sbg traveller yg 1st time sampai sini.
Yang survey cara nak ke sini tru internet. Untuk lebih selamat dari segi menguruskan budget, beli online tiketnya.Print siap-siap. Beli pergi-balik. At least transportation dari town ke airport dah selamat.

Orang yang dah biasa duk kat sana maybe lain caranya.

Ni Southern Cross Station, Airport Coach Terminal. Terletak di central Business district, CBD.
Kat tgh2 town lah..dekat dgn DFO.
Airpot - stesen ni around 30 minit. dari sini, ada shuttle ke beberapa hotel. Aku jalan kaki je sbb apartment ku itu cuma 4 minit jln kaki dari sini.

Hari kedua di Melbourne, bangun lambat. Bangun solat subuh pukul 4.45 pagi, then sambung tidur. Tengahari check out dari Hilton, pindah ke Harbour Views Apartments. Lokasinya 4 minit jalan kaki dari Southern Cross Station tu. So heret beg le ke apartment dlm sejuk-sejuk tu. Hujan gerimis sikit-sikit.

Di apartment ni banyak info dan boleh tempah pakej ke mana-mana tourist attraction. Nak join day tour yang jauh pun boleh tempah di sini.

Lokasi apartment ni sangat strategik. Walking distance ke supermarket, DFO, airport coach station, tram station pun depan pintu je lah senang kata.


Apartment bertaraf 4 star ni dilengkapi dengan dapur, ada mirowave, peti sejuk, pinggan mangkuk, periuk kuali, steamer, pisau, senduk sudu, cecair pencuci pinggan pun ada. Garam, gula semua lengkap.

click photo to enlarge.

senang kata mcm duduk kat rumah le. semua ada. bilik air yg besar dan sgt bersih. towel pun sgt putih mcm baru (aku benda2 cam ni agak sensitif). seterika dan iron board pun ada. so senang.

Nak naik cab kat sini ada few choice. yang biasa aku naik ialah Silver top. warna kuning cam dlm gambar tu.
Bilik yang simple, bersih dan selesa.

Bilik aku mengadap ke Etihad Stadium. Beberapa hari kat sini, aku ubah2 bilik. TV aku buh ngadap katil. so bleh tgk tv sambil meniarap mcm kat rumah selalu tuh..


Lepas solat, rehat-rehat dan minum kopi panas, makan megi, start kuar merayap. Belajar naik tram. Travel di pusat bandar sgt senang. Ko ada City map, tgk tram dan bus punya route. tengok hala, landmarks. Pilihan paling bagus, tram percuma, City Circle no 35. Ha...jln kaki ke stesen dan tunggu tram. kekerapan around 10-12 minit sekali gitu kot..lupa lah. Aku naik tram ni round city..tgk-tgk tourist attraction, so nanti nak jalan betul2 senang. Dah tau mana stesen nak berenti. So duduk lah dlm tram dgn happynya. Banyak pelancong yg naik tram ni utk pi shopping, jalan-jalan.
Oh ya, selain tram free, ada juga shuttle bus free utk pelancong. Jangka masa travel ialah 1 jam 30 minit, siap ada commentator. Senang bukan. Just jalan sket, cari bus stop nya berdasarkan peta. Kalau malas, naik cab oso can. tapi naik cab adalah mahal. adalah 3 kali naik cab. erk..mahal ok..baik naik tram.
Nak jln ke area yg free tram tak lalu, boleh naik tram berbayar. beli medcard dan boleh naik mana2
tram. tak ingat chargenya. Aku tanay kat kedai 7E, dia ckp minimum 2 jam = AUD 3.70 tak silap la..banyakk je kedai-kedai, 7E yg jual medcard ni.


Ok..now dah nak masuk bab makan pulak. Makan di Melbourne senang je. Tgk dlm Zabihah.com, ha..print siap-siap. Banyak restoran halal di sini. Kalau tak cerewet sgt senang lah.
Check alamat berdasarkan tempat kita stay.
Oh ya..ada satu tempat kat Sydney Road, Brunswick kalau tak silap..sini mmg area yang banyak terdapat restoran halal. Dan banyak Asian groceries dan kedai daging halal.

tapi ni jauh sket dari Pusat bandar.. tempat ni aku tau sebab balik dari Zoo, aku nak lunch. Kawan aku dah pesan, try restoran bismi. aku dah google, ia terletak kat sydney road. so naik cab ke sana, tak jauh sgtlah dari zoo (kalau jln kaki jauh kot), boleh jugaka naik tram ke sini. Kwn aku kata nasi beriayani nya meletops sedapnya...mesti try...katanya.
mak pun dah berjiwa jln2 carik makan kan..harus laah nak pegi rasa.
sekaliiiiiii...aaaa??? tutup daaaaa....kesiannnnya aku.
Tak dpt makan u ols. so mak amik je lah gambo kedainya...
nak pegi esoknya malaslah pulak. busines hournya start kul 5 ptg. aaa..lagilah aku malas. sejuk..dah nak malam.
iskkkk..dah le jauh nun di sana kalau nak pegi..hahaha...tapi takpe...mana tau aku nak pg lagi kan..

restoran bismi (aku dpt tgk gambar nasi beriyaninya dlm kamera kawan aku yg pi melbourne dulu tu...terliurrrr okelsss)..

kat area ni ada nandos..so settled with nandos je lah...
oh ya...nandos ni halal, dan aku tgk mg ada tanda dan sijil halal. Di melbourne banyak nandos, yang aku nampak 7 kedai kot termasuk kat area CBD...tapi tak semuanya halal katanyaa (tgk dlm internet) . so nak mkn tgk dulu masa order tu..


ni dua set meals ni around AUD22.00. mahal??

ok..mari kedapur cik kiah pula...disebabkan aku duk apartment yg lengkap dgn dapur, aku masak le.sesekali mkn je kat luar..or lepak coffee shop. Tapi masak mmg jimat sebab mkn di luar, mmg agak mahal. Kalau convert duit RM tak berapa lalu lah nak makan.hahhaa.. nasi beriyani paling murah pun around AUD15.00. Ni aku berckp dari perspektif bagi org yg berpendapatan biasa. Lain org lainlah pandangannya, sebab ketebalan poket oso berbeza-beza. Benda mahal murah ni kan subjektif, ikut masing-masing. Bagi catz, walau aku boleh dan tak kisah mkn kat mana2 as long halal, kalau benda boleh jimat, harus aku berjimat.cuma kan kdg cik kiah mentel nak try itu ini..kdg tu bila kuar, saja pegi minum dan mkn donut.

Balik dari jalan-jalan, aku pi supemarket.walking distance je..around 4 minutes walk. Pegi Coles beli brg dapur. Beli beras 2 kilo, udang, minyak, sayur, cili, telur, bawang halia bagai. dlm ni pun ada section asian thingy. habis around AUD35.00. Benda ni boleh dimasak utk few days, lunch+dinner+sarapan 2 org makan. Kan jimat.

cik kiah balik dari kedai..mari memasak..

Aku ada bawak perencah dan paste segera. ha...senang je kan. nak masak hiris bawang (takde lah lesung...huhuhu), hiris cili, tumis..masuk paste sambal etc...dah jadik. masak nasik, masak sayur. pagi aku masak nasik goreng, mee goreng dan mkn buah. uhh..mmg tak rasa mcm jauh dr rumah.hehehheeeeeee

So..inilah yg dimasak di dapur cik kiah di melbourne. nasi goreng, mee goreng.

dari atas ke kanan. sayur kobis, udang cili api, telur dadar dan sambal udang.

salmon cutlet dan scallop...aku perap dgn perahan lemon, pepper, garam dannnn into the pan...pergh..ala2 nigela masak tak?..kihkihkih.

scallop lemak cili api..

ni hidangan malam last kot..aku beli udang besar2 kat vic market, goreng ratah je sambil tgk TV.
sayur pak choy, scallop, ikan dan sambal sotong...
aku mlm mmg tak keluar. so duk rumah je masak..makan..tgk TV, makan, makan.
Macam-macam le aku masak. Takde lah semua aku amik gambar. kadang buat sambal telur je dgn sayur.udang goreng...salmon goreng.

sarapan hari last...mee goreng dgn mix seafood. licinnnn... mkn kenyang2 sebelum off to perth on last day kat melbourne.

bersambung..

11 comments:

~Sasha Farina~ said...

CATZ!! lambat laa kita.. tapi.. tetap nak wish jugak. Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin ya.. kalaulah ada yg terkecik ati ke apa:)

anne said...

walaupon kat melbourne, tapi dapur catz tetap resipi melayu...bagus bagus!

lemak cili api scallop tu! mesti aussies belum try tu..;-)

Azizan said...

Cayalah Catz...Aku akan ke Melbourne Jan 2010. My BIL kawin. So we all duduk lama sikit..boleh consider ini apartment..

CAHAYA said...

sedapnya!

geraugebang said...

akak tabik pemukul telur betul kat kamu ni catz. Pi jauh-jauh, sakan-sakan shopping barang dapur masaks. sedap-sedap lak tu.

CATZ said...

shasha,
thanks..
selamat hari raya juga....
maaf zahir dan batin..
hows your raya?
meriah??

CATZ said...

anne,
dah tekak ku ini tekak jawa..
apa nak buat..
jemu lor hari2 makan kentang goreng...

CATZ said...

Azizan,

apartment ni ada yg 2 ..3 bilik..
seswai bawak family..
:).
survey2 lah dulu..

CATZ said...

cahaya,
hahahha..sedap..bila jauh dr dapur ku di sini, dapur yg serba kekurangan di sana pun masak consider sedap jugak..hehhehe

CATZ said...

geraugebang,
hahhahaa..
macam makcik-makcik kan aku ni..ihiks.
:).
tapi dah suka masak, so di mana2 jua kalau boleh nak masak.

cikgu zainab said...

catz,

mama tabik pd catz!! tabik spring tau...sebab?
rajin yg amat..masak2 while on vacation...isteri mithali!!