Tuesday, March 31, 2009

Dried seafood sambal

dried seafood sambal

Eh..lama ek aku tak buat entry masak-masak...ek. kan.... entah..bukan aku tak masak..tapi aku malas..bukan aku masak benda canggih-canggih pun..setakat goreng ikan kembung, masak sayur simple2...sebab?..entah..lately banyak berjalan...kira weekend dah makan cam stok setahun, so weekdays, masak ala kadar je..weekend pun kuali aku mmg gantung je.

Ni sambal ni tah bila aku masak pun aku lupa..aku sambil2 makan at lab ni aku buat entry masak bersama cik Kiah ni...
balik dr Lumut hari tuh, kan..berlambak stock seafood kering kat rumah ni. Tak tau dah nak masak apa, sebab pagi, ptg, siang malam aku duk goreng mereka..ikan bilis tamban, ikan bilis kurus, ikan bilis gemuk, tah hapa2 tah lagi. Makan dgn nasik suam, buh kicap manis..kauuuu....3 pinggan sekali hadap. Kalau 5 pinggan tuh lagi afdal lah kot.
Lepas tuh ada kupang kering, ada udang kering (mcm kemaruk sgt masa membelinya kannn)..

Tiba-tiba teringat masa aku kecik-kecik dulu (comel kot aku ni masa kecik), mak suka buat sambal bubuh santan. Biasanya, ikan bilis tamban je isi sambal tu. Pun dah sedap.
Ni versi aku ni..ada macam-macam, patutnya extra sedap la kannn....( dah naik lift, tekan le butang senirik cik kiah nak naik floor mana). Orang jawa panggil "sambal godok". hehhe..tapi sebab nak bagi dia internasional sikit bunyiknya..aku buh nama " dried seafood sambal"... kehkehkeh.



Ok..ni sambal versi aku..


Bahan-bahan:

(Bahan A)
bawang besar - 1/2 labu
bawang putih - 3 ulas
bawang merah (kecik) - 4 biji
cili merah - 5 biji


(Bahan B)
Santan
air
minyak
garam

(Bahan C)
Kupang (kering) -rendam sebentar
ikan tamban (ikan bilis)
ikan bilis lain..apa2 jenis..tak kisah
udang kering - rendam sebentar

Cara -cara:

Tumbuk segala bahan A. Bawang tuh buang kulit dulu.
Tumis bahan A hingga naik bau.
Masukkan santan.Biar mendidih.
masukkan semua Bahan C.
Masak le around 10 menit, bagi semua rasa sebati. Tambah garam sikit.
Tambah garam secukup rasa..
sudah siap.
Hidang le.
sekian. Live dari dapaur cik kiah.

Sambal ni makan dengan nasik suam or kalau ada pucuk ubi rebus, lagi lah best.
Eh sambil menaip aku dah terliur. Harus balik ni ptg ni kena masak.

tata..cik kiah nak pi carik pucuk ubi. Lepas tuh nak basuh kuali.

8 comments:

marie said...

nampak pun mmg sedap ni

Inah said...

kecur air liur dah ni ;)

makdara jln ipoh said...

fuh...baru tgk dah tak tahan....blom rase lagik nih...harus try.....

makdaracute said...

fuh...baru tgk dah kecur...blom rase lagik ni....harus try.......

CATZ said...

N.M
hai...
try le..sedap sebab lemakkk..

CATZ said...

Inah...
nak i kirim ke adelaide kewww??..hiks..buleh jeee..

CATZ said...

hi mak dara jln ipoh...
meh le tryyy...

CATZ said...

mak dara cute..
sila try...lepas makan..rasanya u jadi bertambah cute...hheehehhe