Sunday, March 22, 2009

perjalanan : ke Melaka Bandaraya Bersejarah

Ini adalah catatan perjalanan ke Melaka Bandaraya Bersejarah pada minggu lalu sempena cuti sekolah. Motif aku pun sebuk nak jln time cuti sekolah?? Bukan aku ada anak pun.hiks. Anak kucing ada le..ke ke ke. Tu pun mak aku yg jaga. Harap aku jaga, kejap je lah kucing tu meninggal karangg tak makan.

driving...tak sabar nak sampai Melaka.

Perjalanan bermula dari batu Pahat, rumah mak. Then menuju ke Muar, bandar Maharani.

Sampai di Muar around pukul 10.30 pg. Sibuk juga bandar Muar ni. Muar ni terkenal dgn mee bandung. Kalau tgk entry aku yg lepas-lepas, kalaue Muar sure makan mee bandung.

Melalui bandar Muar ni, mak dan abah sgt teruja. Sebab banyak memori nya di sini. Dulu Nora Jonet sekolah kat Sains Muar. So dulu mak abah sellau lah ke Muar. Emak pula pernah bekerja di Muar. So masa lalu Muar ni emak abah cerita-cerita lah nostalgia dulu-dulu.


Sekolah Menengah Sains Muar. Nora Jonet excited nak amik gambar sekolah lama dia dulu.

Aku stop by kat stesen minyak petronas Kesang. urusan jumpa cik Tan...stesen petrol ni depan sekolah sains Muar. Then isi petrol kat sini.

Nampak benda pink tu?..gula kapas. teringat kecik-kecik dulu suka beli dan suka makan. Ala tu time budak-budak. saja nak imbas nostalgia.hiks.

eh..tiba-tiba abah aku turun dari kereta dan beli...hahahahha...yey!! terasa pulak mcm budak-budak walau aku dah tua bangka..kekeke..abah belikan kitarang gula kapas oke...at the age of XX ni abah belikan aku gula kapas..tak ke melompat-lompat aku dgn nora jonet. ke ke ke!
suka...!!...sukaaa!!
ehm..cedap..uhmmm..manisss.Makan dlm kereta.

selain gula kapas..kami makan kacang.Ke ke ke..spesel tak kereta aku..siap ada food cam dlm kapal terobang...ke ke ke..tu ada org bagi hari tu..patient bagi, ada banyak. so aku bawa utk kunyah-kunyah dlm kereta. Ceh..banyak betul food dlm kereta...mcm travel dr JOhor ke Kelantan..padahal dr BP ke Melaka jek.kihkihkih!

Melalui Jambatan Sultan Ismail, Muar.

heading to Melaka.

melalui Lebuh AMJ...so about another 40km to Melaka.

sudah sampai Melaka..mana nak tuju ni??

Oh..sebelum tu..bila sampai Melaka. aku akan selalu teringat nama-nama tempat di Melaka yg unik. Biasanya gabungan unsur-unsur alam dan benda. Contohnya, Bukit Katil, Sungai Rambai, batu Berendam, Air Keroh, Alor Gajah dan lain-lain. Aku rasa ia sgt unik dan catchy.

Sampai di Melaka sudah...ni kat area hotel emperor, renaissance. apa nama kawasan ni?..lupa.

Happy passangers and the driver

welcome to Melaka

Bila nampak bangunan mcm ni..terasa veryyy Melaka..hiks..



Melaka World Heritage City

Sebelum ni dah biasa je sampai Melaka..tapi as time goes by, aku rasa Melaka ni unik. Penuh dgn culture, penuh dgn banyak attraction yg baru dan lama. Banyak juga makanan untuk dicuba rasa, dinikmati, Dulu aku rasa, Melaka ni takde apa..sama je mcm bandar-bandar lain. Tapi tidak sebenarnya..my previous visit and stay was in October 2008. Masa tu stay area Tanjung kling. Tak sempat nak explore sgt masa tu. dan..saya di sini semula..to explore more food...more interesting place.

6 comments:

CS @ Mama AA's said...

Melaka mmg best...
tp byk trafic light huhu x suke,
pepun kene gak blk kg sendiri huhu

LiFe Is BeAuTifUl LyRiC said...

Hi catz..
Salam perkenalan..
Cuti sekolah jalan x jam ker??

CATZ said...

hi syareena,'
saya pun dah suka Melaka...
tak sangka..so many things to see..to eat..hahah..
tapi betullah ckp awak..banyak sgt traffic light kan..jln2 dia pun saya keliru..
tapi kalau dah selalu pegi ok kot..

CATZ said...

hi simplesmarterme,
salam perkenalan..
hope u enjoy reading my blog..
takdelah jem sgt melaka tu..sebab saya pergi bukan hari minggu..
so ok lah kan..

adie-ishmael said...

hebat...gambar2 catz sangat hebat...kenapa kat bandar2 lain tak diurus macam kat melaka tu kan...sgt cantik dan dipelihara nlai sejarahnya...

apek said...

yeah.. sayapun rasa bertuah lahir di melaka.. walaupun saya memang menetap di Melaka, namun selalu juga saya bawa baby saya round2 tempat pelancongan di Melaka



mie
www.modeofbaby.blogspot.com