Tuesday, March 3, 2009

Masak lemak cili api ikan pari

Lemak cili api ikan pari


Lama dah tak bubuh resepi masak-masak. Aku malas nak taip. Tapi ni utk kawan aku kat UK yg semalam duk tanya macamana masak lemak cili api sebab dia nak belajar masak katanya..ko dah beli periuk kuali belum mek??
tapi ni versi catz lah...lain org lain caranya..

Bahan-bahan:

Ikan pari - 2 hiris
cili api - 10 biji (if suka extra pedas, bubuh banyak lagi..terpulang..takut telinga berasapp je)
bawang putih - 2 ulas
bawang merah - 2 ulas
halia - 1 inci
serai - 1 batang (ketuk penyek-penyekkan)
santan (terpulang nak guna santan apa..yg fresh atau kotak) - 1 mangkuk
asam keping
garam


Cara-cara:

Tumbuk cili api, bawang merah, bawang putih, halia.
Tumis bahan tumbuk dgn minyak yg sedikit.
Masukka serai dan santan.
kacau hingga mendidih.
Masukkan asam keping.
Masukkan ikan,biar mendidih hingga ikan masak.
masukkan sedikit garam.
Kacau-kacau sebentar..angkat dan hidang.

5 comments:

iNGENiOUS AYU said...

wah! ikan pari masak lemak? tak pernah makan/try masak lagi nih. heheh.. boleh cube ;)

neezareef said...

sbg penggemar ikan pari sgt meleleh air liur melihat nya

Catz said...

ayu..
cuba lah....tgk sedap ke tak..hiks..u pun suka masak ke?

Catz said...

neezareef..
apa lagi..
balik ni beli..masak..hiks..asam pedas pun sodap..

Anonymous said...

bestnye nampak.
nak masak la ni.

thanks for sharing ^^