Monday, March 23, 2009

Asam pedas Melaka


Kalau ke Melaka, tak lengkaplah kalau tak makan asam pedas nya. Eh..asam pedas ni asalnya dari mana ye?..Johor ke Melaka? tak kisahlah kan..ni nak makan Melaka punya version.
Actually, kami tak tau nak lunch mana lepas ke Jonker walk tu..so just drive je ikut kaki...kut-kut terjumpa kedai makan. Jalan dlm Melaka town tuh agak rumit sikitlah bagi aku dan tak reti nak cari kedai makan. Tiba-tiba ternampak kedai ni, kat taman perumahan tepi main road. Warung Hajjah namanya. So terus ke sini sebab dah nampak tulisan asam pedas tuh..he.heh. Kalau takde tulis asam pedas mungkin aku tak teruja nak singgah. Actually banyak je asam pedas famous di Melaka ni. Tapi aku lupa nak research area mana dan nama jalan. So pasrah je lah..untung-untung kedai ni sedap asam pedas nya.

kedai ni actually kat rumah corner lot. Aku nampak ramai yang makan kedai ni..terutama orang-orang pejabat, polis-polis. So sedaplah kot ek...sebab ramai je yg makan kat sini.


Kami order asam pedas pari, asam pedas ikan kembung, telur goreng, sayur, ulam dan sambal belacan.

Align CenterAsam pedas ikan pari

asam pedas ikan kembung

ulam dan sambal belacan


Makanan kat sini sedap lah, terutamanya asam pedas. Banyk lagi lauk-lauk lain..kalau nak try carilah kedai makan ni dekat Taman Kota Laksamana. Asam pedas dia sgt sedap!!!

Kedai asam pedas..nama nya Warung Hajjah

di sinilah tempatnya..Jalan Laksaman 13, Taman Kota Laksamana.

Jom makan!

7 comments:

neezareef said...

wah catz leh join team JJCM ngn warung kita..

N.M.Ibrahim said...

hah catz..kat rumah ni lah yg akak makan dulu masa pi melaka..memang sedap kan

SiMpleSmArtErMe said...

wahh..
rumah dibuat kedai makan..tgok ikan kembong tuh cam sedap jer..

Catz said...

neezaref..
tulah..ko rasa ada tak org nak amik aku jadi hos rancangan JJCM dan warung kita..hahhahahahha....

Catz said...

N.M..
oh..u pernah makan sini??
ehm..memang sedappp kan..terutama asam pedas kembung dia..meletopp..

Catz said...

simple...
memmang sedap asam pedas kembung tuh..catz yg bukan penggemar asam pedas pun sgt sukaaa

Kereta Buruk said...

Lu ada lidah ke takde beb? Biasa makan tak asam pedas yang sedap. Ni bukan tak sedap tapi tak cukup power. Macam biasa biasa aje.