Malam tadi catz masak simple, sambal terung denganbelimbing buluh. Ni resepi reka-reka sendiri menggunakan abhan-bahan yang terdapat dlm fridge ku sahaja. Rasa?..sedap (perasankah?)hehhe..gabungan rasa belacan, belimbing buluh dan lemak dari terung. ala2 pedas, manis dan masam.
ok..jom masak..
Bahan-bahan:
2 biji terung biru - belah dan hiris
10 biji belimbing buluh - belah 2
3 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
satu genggam udang kering (rendam sebentar)
11/2 inci belacan
2 sudu cili kering (blended)
2 sudu sos tiram
1/2 cawan santan
Cara-cara:
Tumbuk bawang merah, bawang putih dan udang kering.
Tumis bahan tumbuk hingga naik bau, masukkan cili kering dan belacan.
Tumis hingga agak garing.
Masukan terung dan 2 cawan air.
Masak hingga terung layu dan kuah agak pekat.
Masukkan sos tiram, kacau.
Masukkan belimbing buluh, kacau rata.
Masukkan santan, biar mndidih kuah dah pekat. angkat.
Siap untuk dihidang, makan dengan nasi suam..yummm..
No comments:
Post a Comment