Second day catz di Taiping..Pagi-pagi dah bangun, pi sarapan ke gerai makan yg femes depan Hospital Taiping. Makan nasi lemak. I choose heavy bfast coz i need energy for the whole day. So ini le photo nasi lemak Taiping.hihiihihi..
According to schedule, i will be at Puncak of Bukit Larut. For the whole day. Hem, catz dah banyak kali pi taiping, tapi tak pernah lagi naik Bukit Larut. Bukit Larut ni kiranya kawasan pelancongan yg terkenal di Taiping Perak.Dulu dipanggil bukit Maxwell.Kaki Bukit Larut
Di kaki Bukit Larut ni bnayak gerai-gerai makan. Nak naik ke atas Bukit Larut pun kena ada kebenaran dan dikenakan bayaran. Atau kalau takde kenderaan yg sesuai boleh naik pajero, naik je dan bayar le. Dalam RM40-50 gitu charge nya.Bukit Larut ni pun now popular sebab ada org tanam tulip, tapi now tak musim...so takde yg berbunga.
Kami berkumpul di Kaki Bukit Larut. Sebahagian ahli yg menyertai nak makan dahulu, so aku minum je lah. As disebabkan aku sorang sahaja perempuan dlm trip ni, aku minum free sebab depa belanja. Hahhaa.
Tiga kenderaan adalah staf-staf telekom (TM) dan satu lagi kendeaan Isuzu Trooper yg membawa ku itu. Dalam pukul 10 lebih kami pun bersiap-siap. Kami pi pejabat yg menguruskan Bukit Larut, apa ek..pejabat daerah Larut Matang kut...lupa. Kenderaan yg 3 tu of course le boleh naik, tapi kenderaan aku kena ask permission or else kami kena bayar RM50.00. Tapi dag staff telekom tu yg uruskan, kami nai percuma. tapiii...aku dah seriau. Trooper aku ni larat ke nak naik ni since masa bual2 masa makan tadi, derang cerita macam-macam buat aku ngeri. So akhirnya derang pelawa aku naik Hilux derang. So.Hooray...mestilah aku nak naik kan...So geng aku berdua jek naik Isuzu tuh. Harap-harap selamat le. Aku bukan apa, agak sangsi dgn kebolehan driver aku tu..hehe..dan jugak prestasi kenderaan aku. Takut terudur masa tgh crawling naik, naya je, or mati enjin ke..mak seram u ols..So aku naik Hilux. Confident sikit. Lagipun Isuzu tu penuh dgn equipment aku. Berat woo..
So kami pun berkonvoi naik ke Bukit Larut. Merangkak la..and aku seram jugak coz jalannya amatlah bengkang bengkok, selekoh macam siku uols...aku duk pejam-pejam mata. Curam gila lah (aku ni menokok tambah ke?? Tak lah...tu yg aku rasa lah.
Dan banyak kali juga Ford Ranger yg bawak staff Telekom depan kete kami terundur semula bila selekoh memanjat..waaaaa.....ngeriii sgt tapi depa bleh lak gelak-gelak dalam keadaan itu. Biasalah lelaki, kalau aku dah jerit kot... Haaa..biasalah aku..tak control ayu langsung...heheheh.
Perjalanan kenderaan yg aku tumpangi ni lancar since the person dah 20 tahun dah biasa ulang alik turun naik, staff TM kan, keje duk atas pemancar. So dah tau selekoh dan sebagainya. Tu menurut kata dia lah. Dan sampai kat stau tempat dia siap ckp,
" Haaa..kat sini lah staff XX mati 2 org, pajero terbalik, jatuh gaung"..aku lagik lah kecut perut. Aku dah mengucap-ngucaple masa tu. Staff Telekom to relax je, siap bawak lajuuu..aku duk toleh-toleh belakang, tgk geng aku naik ke idak Trooper derang. Alhamdulillah..derang slowly followed dari belakang.
Jeng-jeng-jeng..tiba-tiba, dua kenderaan depan kami berhenti. Ooo..ada pokok tumbang la..Macamana ni? So kami try alih-alihkan ranting tapi tak boleh lah..ada ranting dan batang pokok yg besar, kena ada kapak/parang etc utk potong dan alihkan. So staff TM call org di atas pemancar telekomunikasi Telekom dtg hantar bantuan. So kami duk situ dalam 30 minit jugakla.Ada apa tu??
Mr X: Haaa..cepat amik gambo aku dgn pokok tumbang ni. Buat kenang-kenangan.
(mak nak gelak golek-golek u olsss..). Tapi aku gelak tahan-tahan. Malah ada yg ckp kat aku,
"bak le kamera u, i ambilkan gambar u dgn pokok tumbang." Aku senyum-senyum je..Koserrr kan...
Tiba-tiba-tiba-tiba,
"Haaa..korang, jaga-jaga. Pacat banyak ni..." (sambil duk selak kaki seluar dan belek kaki)
kedebommm!!! Huwaaaa... aku dah gigil u ols...haaa????? pacatttttt????? ayoyo! aku tak boleh ah dgr pacat2 ni..ngeriiiiiiiiiiiii....aku dah kaku ketakutan (ada experience benda ni. Tu yg aku ketakutan ni)..Dah sah-sah dlm hutan u ols, dah tentu le ada pacat. Aku dah rasa lain macam.Derang siap gelak-gelakkan aku. Mak takutt u ols..Masing-masing dah buka stokin, selak-selak seluar coz ada rasa gatal.Tu pacat dah masuk le tu..pacat ni pelik, tiba-tiba je dia boleh ada dlm stokin etc. Aku ada rasa gatal tapi aku takmo tgk..nanti aku lagi ngeriii..takmoo..
Aku cakap , " eh..kalau i biar je pacat yg gigit kaki i, boleh mati tak??"
derang gelak-gelakkan aku..kurreng asam kan...veryyyy tuttt..
derang ckp: " ni pacat betina, dia tak gigit u..." then lelaki2 itu gelak ramai-ramai. Oi..mentang-mentang aku sorang pompuan korang main-mainkan aku ye..Aku dah rasa lain macam le perasaan, rasa macam ada benda merayap kat kaki lah..adoi...matik le....tapi x berani tgk...hiks...30 minit kemudian, dtg org bawak parang, kapak etc. so derang sama-sama potong dan alihkan batang pokok tu. Aku tolong gak...tolong tengok..hhahaha.macam camel trophy lah journey ni..
Selepas bersihkan jalan, kami sambung perjalanan semula. Selekoh dan kecuraman makin mencabar, aku sampai pejam-pejam mata bila tgk bwh nampak gaung..ngeri ya amattt..
Akhirnya sampai di Bukit Larut, ada banglow kat sini.
Kami stop di sini dan ambil photo pemandangan. masing-masing keluarkan kamera. Catz amik gambar pemandangan je. Nampak Bandar Taiping dan lain-lain. Pemandangan dari atas Bukit Larut. Nampak seluruh Taiping.Cantik!!
Setelah puas posing bagai, kami meneruskan perjalanan. Masih jauh ke atas lagi.
Bersambung...
3 comments:
wah!!..saya pernah pegi ke situ 10 tahun dulu. dok menginap kat bangalow bawah sikit dari pemancar tu..ngeri gak travel naik atas tu.tapi pemandangan best!
happy blogging
hi, thanks for reading my blog.
Yess sgt ngeri, ptg ni maybe i kena naik lagi sekali..tawakal je..
ye kat atas tu ada few bungalow.
Pemandangan dari atas cantikkkkk sgt.
story i tu to be continued.
salam,walaupun saya orang taiping,tapi dah lama tak ke bkt larut ...tengoklah nanti nak ke sana , rindu..Pemandangannya masih cantik&asli..lagi..TQ
Post a Comment