Thursday, March 13, 2008

Mee banjir udang di Kuala Sepetang



Pernah dengar tak? Mee banjir udang di Kuala Sepetang. Kalau datang ke taiping, mesti pegi tau. Catz dapat tahu tentang mee udang ni dari internet di sebuah forum. Dan now nila cat google, ramai dah blogger yg pernah mkn buat entry mengenainya.
So salah satu missi ke Taiping ialah menjejaki mee udang ini. Dari 1st day lagik catz dah terfikir2 nak pi. Hari ni lapang takde keje, so jalan-jalan le. Kedai ni dah 15 tahun diusahakan (dulu org tak ber blog kot..so tak femes sgt)..Now maklumat ada di mana-mana je kan..
Kedai ni terkenal dgn menu mee udang. Biasa org ckp, ada udang di sebalik mee kan? Tapi kat sini ada mee disebalik udang. Udangnya banyak gilla, tu yg dipanggil mee banjir udang.

Mee udang

Nasi udang goreng

Menunya mee udang dan nasi udang goreng. Mee udang ni kuah jernih, sedap rasanya. Jenuh taw catz duk mengopek udang ni..catz order gak nasi goreng udang ni. Bagi catz biasa je udangnya, mcm goreng kunyit. Yang istimewa dan kelainan ialah kuantiti udang yang banyak tu rasanya. Catz kira mee udang catz ada 14 ekor udang dan nasi goreng ada dalam 14 ekor juga. Haa..gigih mengopek udang le kaedahnya.
Harga mee udang dan nasi goreng itu ialah RM5.00.murahhhhh kan??..ada yg saiz besar RM12.00. Yg RM5.00 ni pun catz dah kenyang yg amatt..

Kedai ni terletak di Jln drTaiping ke Kuala sepetang, Bt 91/2 , jln Kuala Sepetang.

Nak try..pergilah ke sana..

3 comments:

Saira said...

wahhh. sedapnya mee udang.. nasi goreng udang pun nampak sedap.. Anyway i declare la, Taiping is the place where you can eat sedap and murah.. tempat lain takleh challenge nyer.. I guarantee!

CATZ said...

yes saira, i love Taiping. Best sgt..dah byk kali pegi tapi this time i really enjoy it. Next time maybe kita bleh wat trip naik bukit larut and explore Taiping...besttt!

WNA said...

saye pegy gak mmgu lepas,tp kat kedai mak jah.huhu..

erm udang la yg meriah nye.mee biase je.