Friday, March 28, 2008

Ikan singgang

Ikan tongkol singgang

Malam tadi catz tidur kat apartment catz...hoooreyyy..tak larat nak drive jauh..ubat yg doctor bagi tu memuatkan aku takleh nak drive tegak..noneng-noneng gitu kepala aku..bwk 100km/h pun tak rasa laju...kat jln biasa..bukan kat highway...and kejap ke kiri..kejap ke kanan..huwa..

I miss my kitchen..
so singgah supermarket beli ikan dan sayur
ikan ayer/ ikan tongkol and some say tuna (ye ke?)
Oleh kerana sakit, now konon2 makan secara sihat...ikan singgang..

Bahan-bahan:

Ikan tongkol/tuna - 3 hiris (cuci dan tos)
serai- 1 batang (ketuk sampai penyek)
halia - 1 inci
bawang putih -2 ulas
bawang besar (kuning) -1/2 labu (hiris kasar)
cili hijau - 2 biji (belah 4)
cili api- 4 biji (ketuk)
tomato merah - 1 biji (belah 4)
daun limau purut - 4 helai
asam keping - 2keping
limau kasturi - 2 biji (amik jus)
garam
gula

Cara-cara:

Tumbuk bawang putih dan halia
Tumis bhn tumbuk dan halia dengan satu sudu kecil minyak (takyah pakai minyak lagi bagus)
masukkan satu mangkuk besar air dan bawang besar, biar mendidih.
Masukkan tomato, cili hijau. Masukkan ikan.Kacau sebentar.
Masukkan asam keping dan daun limau.
Masukkan cili api dan jus limau kasturi.
Akhir sekali tambah garam dan sedikit gula. Biar mendidih sebati rasa.
Siap..
(sedap rasanya,macam tomyam).
Selamat memasak!

No comments: