Monday, May 11, 2009

Aunty Aini's Garden Cafe

Hari Sabtu malam Ahad, we had family dinner. And..where we were last night?
Normally we went to tomyam / Thai Restaurant at Nilai or Salak Tinggi. Hah..jemu laaa..
Asyik makan tomyam and other Thai food. As the family dinner ni jarang lah terjadi,sebab jarang jumpa. so i thougt to have something special at nice place.

Pernah nampak cafe ni? yes?? Aunty Aini's Garden Cafe. Ia terletak di Nilai. I saw this nice garden cafe on Channel Travel and Living last year. Anthony Bourdain show ' No Reservation'. I watched it twice. So...kalau Anthony Bourdain duk makan gulaia udang galah, kerabu pucuk paku dan ckp sedap..sure laaaaa aku pun teringin jugak! Mula-mula aku takde idea at which part of Nilai this cafe located. Tapi duk ulang alik ke Nilai, hah..nampak Cafe ni. Terletak berhampiran Taman Cempaka, area kampung on the way ke Pekan Nilai/ stesen komuter Nilai. Dan baru malam tadi berkesempatan untuk makan di sini.

Map to cafe garden Aunty Aini's. Click to enlarge..


Pintu masuk ke cafe. Di sambut dengan pintu gerbang kayu dan pokok-pokok menghijau.

Melepasi pintu, di sambut dengan lanskap ini..cantik..hijau..sejuk mata memandang..

Suasana dalam cafe ...masuk je, wahh....cafe yang menghijau..pokok-pokok hijau, deco cafe dalam taman yang menarik.

Ruangan tengah cafe..

Catz nampak kebanyakan yang datang di cafe ni family. Masuk je memang pack gila dalam cafe ni. Actually ada juga ruangan utk makan atas lantai bersebelahan ruangan utama ni. Penuh! Kami hampir tak dapat tempat. Memang selalu kalau lalu, berderet-deret kereta (park tepi main road), sure lah sedap ek?


Aunty Aini's Garden Cafe ni konsepnya makanan Melayu dan Barat. Pilihan makanan bagi Catz adalah sangat bagus kerana banyak dan pelbagai. Masakan Melayunya pula kebanyakkannya adalah masakan authentic Negeri Sembilan seperti daging salai dan udang galah masak lemak cili api. Ada juga gulai lemak tempoyak, asam pedas, sambal tumis petai dengan udang/ sotong, sayur dll.
Selain itu ada pelbagai mee berkuah, laksa Penang, laksa Johor , nasi ayam dan pelbagai lagi.
Makanan barat pula ada lamb chop, chicken chop dan ada juga pelbagai pasta. Desserts pula adalah tapai ice cream dan buah-buahan. Pilihan minuman pula sangat banyak, dari yang sejuk, air buah-buahan, ice blended dan lain-lain.

ice lemon tea

Saya rasa pengalaman makan di sini amatlah lain kerana di sini kita boleh makan makanan melayu asli yang sedap dan jarang terdapat restoren berkonsep begini. Maksud saya, kita biasa ke restoran yang menyediakan makanan yang sudah siap dimasak dlm kuantiti yang banyak. Di Cafe ini, kita order dan makanan seperti gulai tempoyak di masak panas-panas mengikut kuantiti yang kita mahu. Fuh....meleleh tak air liur membayangkan gulai lemak tempoyak yang baru saja di masak, dihidang atas meja...ahhhh. Penggemar asam pedas??....hah....sinilah tempatnya!! Dan bagi Catz, harganya amatlah berpatutan. Yang penting sedappp!! Suasana pula macam makan kat rumah macam mak kita masak...
So apa yang saya makan?

Gulai lemak cili api daging salai. Daging salai ni lembut je, kuah pula tak berapa pedas dan kuah nyaa puhh...sedap dan pekat.

Gulai lemak cili api udang galah..sedap dan tak pedas. pedas sikit-sikit, so aku suka lah.
Udang pun lembut je isinya. Kombinasi dengan kacang buncis. perfect.

Gulai lemak tempoyak kupang. Dah tinggal 2 baru sempat amik gambar.heheh.

Oh....gulai lemak tempoyak cafe ni IS TO DIE FOR!!!
Sangat pekat dengan campuran sayur pucuk ubi kot...sedap gila...kuah lemak tempoyak yang pekat dan likat.
Camna ek nak describe...err..kalau henbeg kira beg LV lah kot...kalau kasut sukan, kasut Nike lah..kalau kereta, BMW la kot...hehhe...gitu la bayangannyaa..ke ke ke..
kalu tak sebab konon-konon diet (plus segan pulok), aku dah hirup kot, sambil duk taip ni pun aku duk terbayang aroma tempoyak durian tu...termimpi-mimpi oke..nasib le kedai ni tak jauh sgt, boleh lah mak me-repeatnya nantik..he-he-he.

sup tulang. Order untuk dua orang, tapi just nice makan kami berlima (sebab dah order macam-macam). Sup yang sedap....aku rasa..perfect gak le...daging pun lembuttt je..nyummmm..slurpp.

Set sambal belacan dan ulam. 1st catz makan sambal belacan ni...ehmm....sedap dan tak begitu pedas. (Catz tak suka yg terlalu pedas). Sambal belacan ni kan style mcm yang kita buat dekat rumah, bukan yang mcm biasa kita makan kat kedai tomyam tau. Sedap dan perfect goes with ulam dan lauk pauk.

telur masin..pelengkap rasa..kombinasi yg sgt sedap.

kangkung belacan. order 2 set kangkung belacan. yang bestnya, sedap, pedas-pedas sikit dan kuantiti daun yang banyak. Tak mcm sesetengah tempat yang bila kita order, kita akan dapat banyak batang kangkung dari daun. he-he. Kat sini, dua pinggan ni pun hampir tak habis. Masin sikit tapi bila makan dengan nasik ok je...

slurrpp...sup tulang.

makan malam yang sangat sedap.

Dan kami semua sudahi dengan dessert tapai ice cream. (tapai pulut with topping valilla ice cream, RM3.oo each ). Alhamdulilah. Kenyang sudah. Kami makan berlima, semua sekali RM95.00..worth ek..
dengan masakan yang sangat sedap dan berkualiti. Service pun cepat, suasana cafe pun menarik.
Kuantiti makanan pun berpadanan dengan harga.

Lepas dinner, kami jalan-jalan kat garden dan ambil gambar...cantik...romentik gituh..

me...oooowwwwwwwwww..definately will come back to try their western food and other menu..
my new pebret makan place.

Alamat dan busines hours. check it out!

Jom makan!

17 comments:

Unknown said...

ini yang haku malas nak jengak blog nih...semenya best2..buat kecur air liur jek..takpa..takpa..akan ku simpan address ni, balik nnti mmg kami terjah..

mRsauRa said...

waaaaah....ini bley try nie catz....kin ada gak baca flyersnya cuma blom berkesempatan nak pi jer...dok je nilai...ahakss

makdaracute said...

nice place....nice menu.....nampak menyelerakan...tapi menu N9 nie banyak gunakan santankan...tak sesuai utk menu diet...tapi, sesekali takperlahkan..hik..hik..hik..

anne said...

wah bagus tempat ni kan Catz. Jarang for dinner ada lauk2 melayu yg masak fresh. selalu Thai style je...

CATZ said...

rose..
ko jgn ban blog aku okiess...
hehhehehhe...takpe..nati balik mesia serbuuuuu oke...(err..kalau nak bawak aku sekali pun bolehhhh..hehhe)

CATZ said...

kikin...
duk nilai ke??..ehhehe..haruslah pegi kannn...rugi le tak try wehhh..

CATZ said...

mak dara..
rasa cam makan kat rumah dgn family...bestt dan sedap..mmg banyak pakai santan..sesekali apa slahanya..
(erk..santan yg pekat melekat oke..hehhe)

CATZ said...

anne.
best tempat ni...dia punya masakan sgt berkualiti dan sedap....mcm masakan emak2..
yup konsep mcm ni jarangg ada...sellau thai food je...
try le anne...sedapp...their tempoyak is to die for!!

bozzobattousai said...

bestnyer tempat tuh...tapi jauh la plak klu bozzo nak jerkah...

bozzobattousai said...

bestnyer tempat tuh...tapi jauh la plak klu bozzo nak jerkah...

CATZ said...

bozo..
nilai xde lah jauh mana...sgt berbaloi ok..
jerkah ke terjah??
hehhehe

Anonymous said...

Thank you for your beautiful blog, i love the pictures, cantik sangat. Bila lagi nak datang tempat aunty?

Regards,
Aunty Aini & Team

CATZ said...

hi Aunty Aini,
thanks for visiting my blog..
happy reading..
maybe nak datang soon...!
ur gulai tempoyak was sooooo sedap!
to die for!
now tgh diet..hahahha ..tuh yg jarang mkn luar..bt ur place is really nice..ur cooking is really superb! keep it up..!
congrats for manage to have this wonderful makan place.
:)

Mulan said...

salam singgah..

went there last friday.. memang sedap la esp masak lemak daging salai & kupang tu..

ps~ nice blog..

Kelab Kembar Malaysia said...

kalau chef sendiri kata sedap... ermm... rugi aaa kalo tak try....! tunggu!!!! aku sampai!!! hehehe...

kecur liur nengok gambor nyer wehh!!

zira said...

mmg sedap mkn kat situ...sape yg do dekat tu mmg rugi x ke situ...bukan sekadar masakan kampung malah western n byk lagi ada...nice place to lepak2 also dgn suasana sekeliling yg menyamankan diiringi music yg lite...syok..
masak lemak c.api auny ni klu x rasa mmg rugi...terangkat.yummy...1 lagi kerabu pucuk paku..wallaaa!asam pedas pon yummy...oh nooo...laparr...auntyyy

Anonymous said...

macam mane nk pegi cni?jauh tak dari kl?ade ape2 landmark yg senang nak dicari?