Miri Handicraft Centre terletak di Jalan Merbau, Miri. Kalau ke Miri, ini adalah salah satu tempat yang harus dilawati. Terdapat pelbagai jenis kraftangan pelbagai etnik di Sarawak dijual di sini. Kalau nak cari sovinier, haa...ke sini lah. Buka pukul 9 pagi hingga 6 ptg.
Bangunan ni simple je, mcm dewan orang ramai. Di dalamnya terdapat banyak deretan gerai kraftangan. Disini kdg2 diadakan juga event.
Masa catz dtg sini, ada pertandingan mewarna batik. Peserta merupakan kanak-kanak dan juga orang dewasa. Ada 2 kategori lah. Walaupun tak ramai pun yang menyertai, usaha penganjur haruslah dipuji.
urusetia: Nantiiiiii..jangan start duluuu....ini pertandingannnnnn..jgn mula duluuuuuu..
budak-budak : (derk je..tetapppp dah pegang berus nak start mengaler.)
urusetia: Ini pertandingan . (dgn muka serious). Ada peraturan!!! Haaa..dengar dulu.
Budak-budak: (letak berus dgn muka terpinga-pinga)
urusetia: EH...u ni dah dewasa, ni kategori kanak-kanak laaa...iskkkk...apa lahhh..
Dengar sini....! ini pertandingan mewarna. Saya dah lilinkan lukisan kamu. if suruh kamu lilin senirik, esok baru siap. U cuma perlu warna kawasan yg tak berlilin. Warna pula sukatik, ada mcm2 kaler, kamu boleh mix antara warna. Paham??
Budak-budak: (diamm je dgn muka blurr...yg busy pot pet mak abahnya..)
Urusetia: sekarang boleh mula. Sapa nak guna warna lagi...angkat tangan. Oh ya...ni mewarna guna warna utk batik. TAK ADA PEMADAM!! if u dah kaler..kira dah kalerrrr lah tuuu..
adoi..tersengih-sengih aku sorang2 tgk gelagat peserta budak-budak ni..
Budak ni punya warna lawa lahh..dia buat keje cepat (dia ni lah yg tak sabo nak mula tadik, sampai terjerit urusetia suh dia jgn mula dulu). Tapi kira berbakat lah ni...
beli barang kat sini boleh tawar menawar..pepandai le guna skill penawaran...hehheheeeee
6 comments:
sis rajinnya berjalan..sokmo je bercuti..bestnyaaaa
catz... i agree! the batik butterfly is so sweet :D i will definitely visit miri soon after this!
Catz..kiter penah tgok ayan dijual cam tuh..kat Serikin,Sarawak..cam lucu plak tgok. Tp good idealah kan..senang manok tuh nak dibawa kemana-mana..
wahidah,
sementara ada kesempatan..
awak apa khabar wahidah?.rumah baru ok ke?
prem,
i'm going to bangkok tomorow...
hope ur travelling tips could help me..
u'll go to vietnam soon eh? good luck ok!..take care!
simple..
tapi kesiann le tgk ayam tu..hehehe
Post a Comment