Tuesday, September 2, 2008

Ke Felda...


Ho....kat previous entry catz ada mention nak jalan jauh kan..
Pukul 10.30 pg...kami berkonvoi 5 kereta. Aku jadi penumpang je..so buleh sambung membuta.
So kami melalui Pekan Tangkak meriahnya..Sale kain di mana-mana.
Aku follow our very close family ke....errr..Muar---->Segamat---->Gemas..
ops...belum sampai Gemas betul lah...Tangkak ke Jementah ke simpang dkt UITM segamat amik hala ke Kuantan/Gemas/Seremban then kami ke Buluh Kasap sebab nak pick up org. Tapi tak muncul-muncul org itu..hehhehe...so kami tinggal je lah...hhehe
ke FELDA PALONG..Kalau ikutkan..takdelah jauh sgt Muar--->Gemas, tapi bila dah sampai simpang Masuk ke GUGUSAN FELDA (nama kawasan ni aku tgk kat signboard tapi tak dinyatakan berapa KM ) ..woww.....jauhhhhnyaaa nak sampai rumah yg dituju.
Suspen jek rasa memula coz bila dah masuk simpang ke gugusan Felda tuh, tak nampak pun rumah org. so kami melalui ladang Kelapa sawittttt je....cantik ladang kelapa sawit derang coz terjaga sumer.


Oleh sebab jauh, aku dah lapar semula padahal tadi dah breakfast heavy. Mata aku pun dah mengantuk. Ahli rombongan dlm kereta aku senyappp je..tidur ke apa tu?? Kami follow je kereta ketua rombongan or bakal pengantin lelaki coz dia je lah kan yg pernah sampai sini. Coz banyak jugaklah masuk simpang sat kiri sat kanan and takde signboard dan rumah org, we wonder gak how he could remember the way...takde signbod. yg ada kiri kanan pokok kelapa sawit saja.
Akhirnya sampai le kami di kawasan yg ada rumah-rumah org..wooo...besar-besar rumah org kat felda ni..cam banglow pun banyaklah. Termasuk rumah yg kami nak pegi ni. Tak banyak rumah yg masih original, mostly dah berubah, dah jadi rumah batu..and salah seorg rombongan dlm kereta ku ckp,
"org felda kaya-kaya dah zamannn nii"..betullah tu kan...

Majlis dijadualkan lepas zohor, so kami pegi ke masjid berhampiran utk solat zohor. Kami sampai pukul 12.45pm.so dptle rest sekejap kat masjid tuh dan solat. Lepas Zohor..arounf 1.45, kami bertolak ke rumah tersebut.Dekat je dgn masjid tu.
Tujuan ke sini ialah utk meminang or make it short majlis bertunang lah. Merisik, meminang dan bertunang sekali gus.

Takde pantun-pantun pon. straight to the point je lah. Selepas menyarung cincin bagai, sempena majlis ni tuan rumah buat majlis tahlil sekali sempena nak masuk Ramadan. So kami join lah tahlil tu sekali.


Dan lepas tuhhh...makan time...ni yg aku suka coz masa ni dah around 3 pm..mana tak lapar. Meriah juga majlis ni..simple tapi meriah. Nampak ramai juga sedara mara dan jiran-jiran nya menolong di dapur dan menghidang pd tetamu.


Bila nampak food, mata aku yg tadi kuyu terus cerahhh.hehhehehe.

Hidangan

Makanan sangat sedap..bukan sebab aku lapar tau aku ckp sedap ni. Tapi memang sedaplah... ada nangka muda masak lemak, ayam bakar + ulam, mix vege dan ikan bawal masak sambal. Satu hidangan utk 4 or 5 peoples. sedap...time makan ni meriah betull..hiks.kuih muih

Lepas nasi diikuti dengan kuih muih yg banyak jenis. Ada juga kerepek dan kek. So sambil makan kuih, mereka berborak-borak. Biasalah, kerajaan kan baru umumkan belanjawan. So topik pun berkisar suasana politik semasa dan belanjawan. Hehe..dasat jugak mereka berborak (yg lelaki la...yg pompuan cam kami ni semua senyap je sibuk kunyah kerepek..hiks). Walaupun mereka org kampung, tapi segala term-term pasal cukai etc derang tau taww....kagum aku. And nampaklah pemikiran politik meraka condong ke arah mana...

Selepas itu, upacara bertukar barang-barang hantaran yg di bawa. Tak ingat berapa dulang. Aku disuruh angkat dulang, aku angkat je lah...
So lepas tuh ucapan penutup dari tuan rumah..wakil tuan rumah buat lawak la pulak " kami ni paham.,,semua ahli rombongan dtg dari jauh, nak ckp nak balik segan...so kami ucapkan terima kasih dan kalau nak balik..bolehlah balik, semoga selama dlm perjalanan balik...eh..ni bukan halau tawww..."..hehehhehe..

So kami angkat segala barang hantaran, susun-susun dlm kereta. Ahli rombongan dlm kereta aku makin sikit. Kami bertiga je coz yg 4 kereta lagi nak singgah segamat dan tangkak beli kain. Aku malas...coz takde apa nak beli...derang ckp kain kat JAKEL segamat murah-murah. Oh ..ok..
So kami pun konvoi..bertolak balik..dan kami berpisah dgn kereta2 yg lain di simpang ke UITM segamat. Aku nak singgah Uitm sat jumpa adik aku. Tapi tak jadi singgah..terusss menghala ke Muar..

Diantara area tangkak ke Sg Mati ke Bandar Muar, meriah dgn org jual duku. RM10=7 kilo, RM10=8 kilo... kami beli RM10=7 kilo memandangkan aku tgk tak de yg jual RM10=10 kilo or 9 kilo...takde...hehhehe.
Kawasan ni memang kawasan duku. Tgh musim.

sampai Muar pukul 5.40 ptg. Dah lapar semula lah. SO kami plan nak makan mee bandung Muar yg famous.

4 comments:

yus said...

wah...terliur tgk hidangn yg catz shoot tu. Anyway..salam ramadhan dan salam perkenalan. Suka tgk blog awk sdp2 belaka :)

CATZ said...

hi Yusni..
welcome to my blog...
happy reading ya...
salam perkenalan.\

Catz

Najib Ariyan Ali Basha said...

sama lah catz... kalau mata aku kuyu nampak makanan terus segar tapi tak semua makanan lah... yg makanan kampung tu memang lah aku suka sangat... waduh... nangka tu yg best tu... walau lepas tu aku asyik kentut2 jer

CATZ said...

hi bear...

mata aku yg kuyu terus bulattt bila nampak food..hehhehe...aku smeua makanan...semua aku makannn..dan makan...
oh..mkn nangka can cause that danger ek...??