Showing posts with label jogjakarta. Show all posts
Showing posts with label jogjakarta. Show all posts

Saturday, January 31, 2009

Photo-photo di jalanan..sekitar jogja

kenangan di Jogja..photo-photo di jalanan, during my short trip..

Jogja dari udara..wow..padat sekali. Kalau dibandingkan dengan Jakarta, Jogja adalah kota kecil. Pernah suatu ketika dulu menjadi ibu negara Indonesia. Jogjakarta terkenal sebagai Kota wisata (kota pelancongan) dan kota pelajar (student city). Di jogja, terdapat lebih dari 100 universitas termasuk govt uni dan juga swasta..kagum aku mendengarnya...

Ni lapangan terbang Adisuchipto, kecil je..aku ada kenangan yg a bit sensored lah kat sini masa kat imegresen..tapi tak nak lah cerita..tapi kalau aku ingat sure aku ketawa sorang-sorang..hahaha..gila.

There.. the kijang hitam..errr..inova ek? supir - si pak wibowo..bagus sekali..aku ckp..malas nak cari supir lain..so hire je dia utk jalan-jalan...kereta dia pun bersih...ok le..harga?..bleh runding.

Ni antara shopping komplek terbesar di Jogja..Plaza Ambarukmo.

sekitar Malioboro, beca dan andong di mana-mana

gambar ni aku amik pukul 6 pagi kot..kat sini..subuh masuk kul 4 lebih sket..pukul 6pg dah cerah cam pukul 9 pagi kat Malaysia.



Ni pukul 5 pagi

Subuh..

pak wibowo - the supir cum tour guide with kijang/inova..servis yg bagus, siapa nak servis dia kalau nak ke Jogja, bleh contact saya true comment box. hahaah..aku ckp jawa je dgn dia. Bahasa jawa tau..bukan bahasa indonesia yg dlm sinetron tuh...dia ckp..1st time dia bawak pelancong dr Malaysia, and bleh speak jawa betul..ahhahaa...and...dia heran napa aku asyiklah duk amik gambar makanan..gambar apa2lah...aku ckp nak buh kat blog..tetiba dia suh ajar buat blog..hahahah...

Ni gerai-gerai makan kat Borobudur



Vredeburg (kubu Belanda).

Universitas Gadjah Mada. Berkesempatan ronda2 sekitarannya..panjang kawasan universiti ni 1km.


Ni bangunan lama di universitas Gadjah Mada

Bank of Indonesia dan pejabat Pos

Shopping dan lepak di Saphir Square. Banyak pilihan batik yg cantik-cantik di sini.

Hasil tuaianahh..membasah tekak..

dan ice cream..nyummm

Bandara international Adisutjipto Yogyakarta..eh..chop..chop..camno eja nih..kat pasport aku copnya
ADI SUCIPTO..sama cam aku kompius..Yogya..Djogja dan Jogja..
Pak wibowo kata, mula2 Djogja,pastu Jogja, Pastuh Yogya...and now biasanya di sebut sbg Jogja..

Tata Yogya! Moga ketemu lagi! Banyak lagi tempat belum pergi..byk benda belum makan..
hihihihi..ta-ta!
Adeh...kenapalah..dlm penerbangan balik..aku sakit kepala..teruk betul rasanya..lepas lunch served..makan ala kadar aku piungggg..tidur...ZZZzzzzzzz..
babai!

Wednesday, January 28, 2009

bakpia

Ni updet dari semalam..smlm ngantuk sgt..tertidur, tak sempat nak letak penerangan tentang bakpia ni..
bakpia merupakan sejenis kuih. dikatakan sbg oleh-oleh khas jogjakarta. So kalau ke jogja, tidak lengkap sekiranya tidak beli bakpia sbg buah tangan.

Di jogja, bakpia yg sgt popular dikenali sbg bakpia pathok..and why pathok?..nama tempat rasanya...ala..mcm kat Malaysia, banyak pengusaha keropok lekor, tapi yg amat popular ialah keropok lekor Losong kan...cam tu lah kot..dan kalau tgk pada koytak bakpia, ada ditulis,,nombor..macam 25, 75.. itu adalah mcm alamat lah di area mana ia diusahakan..

Sebelum oergi, saya ada terbaca di forum-forum ttg bakpia. so saya mesti pegi beli..saya mesti makan!..hahahahah..aku kan kalau bab makanan ni kan...hahahha...veryyyyy!
semasa city tour, saya berkesempatan ke pusat pembuatan bakpia (org indonesia ckp fabrik/kilang). so saya sempat merasa bakpia panas-panas! waduh...enak banget sih!
Terus rasa nak beli..


Masuk je kawasan ni..ramai yg menyambutnya...waduh senang sekali mahu parkir mobilnya.. pekerjanya mengarahkan mahu parking kat mana. ok pak wibowo sibuk duk nak parking, aku terus lompat turun dari mobil (haaaaa...ganas ek kalau nak terjah makanan..ekkekeke)..masuk je ke dalam..wah,...ramainya manusia...nak pi tgk cara buat, tapi manusia sesak sgt..so..decide utk cuba mkn yg panas-panas....adehhh..sedap nyaaaaaaaaaaa!!!!!


ok..aku cerita sikit pasal bakpia ni...dikatakan sebenarnya bukan lah berasal dari jogja..tapi dikatakan dari negeri asalnya iaitu Tou Luk Pia yg bermakna pia (kuih) kacang hijau. ia adalah adunan tepung gandum, minyak kelapa dan isinya dibuat dari kacang hijau, gula pasir dan garam. tapi now ni banyak dah jenis intinya, ada keju, nenas, coklat selain dari yg asal iaitu kacang hijau.

Proses membuat bakpia tidaklah susah sgt katanya..hahah..entah kalau aku buat entah jadi ke idok.hehhehe. tepung diadun, di isi inti kacang hijau. Inti kacang hijau tuh..kacangnya harus dibersihkan, rendam,rebus, tumbuk dan kukus. kemudian dibubuh gula dan garam le kot kan.. Kemudian inti dimasukan dlm tepung yg dah dibentuk kecik-kecik tu...dan dipanggang selama 20 minit.semasa memanggang, bakpia diterbalik-balikkan at least 3 kali..lepas tuh angkat, biar sejuk baru dimasuk dlm kotak.


ni le bakpia yg sudah disusun dalam kotak.cute!

ni le rupanya..

lihat dalam kuih ni..yummy!


so..kalau ke jogja...jln lupa bakpia pathok!

Tuesday, January 27, 2009

Menelusuri Jln Malioboro

Sekiranya ke Jogjakarta, antara destinasi yg pasti dikunjungi ialah ke Jalan Malioboro. Kiranya cam destinasi membeli belah paling terkenal di Jogjakarta. Sepanjang lebih dari 1 km, kita boleh menelusurinya..boleh pilih samada mahu membeli di dalam toko (kedai) atau sidewalk shops yg terletak di kaki lima depan-depan kedai.
hari pertama, belum ada agenda jadi lepas checkp-in, solat dan rehat sebentar, destinasinya ke malioboro. Di sini juga terdapat Mall seperti Malioboro Mall.

menelusuri kawasan Malioboro, kita boleh pilih pelbagai kenderaan. yang terkenal ialah beca dan kereta kuda atau lebih dikenali sebagai andong di sini. Tak payah susah-susah nak cari kerana mereka terdapat di merata-rata. Meraka yg akan offer mahu menghantar ke mana-mana. Ikut destinasilah charge nya dan perlu tanya dahulu harga serta boleh tawar menawar. if derang tahu kita apelancong memang akan di letak harga mahal. So pandai-pandai lah tawar. Dan kalau naik beca, if nak naik berdua, baik tanya diap-siap harga utk dua org sebab..kdg derang ckp "10 ribu ". tapi bila turun, dia minta 20 ribu, bila kita argue dia akan cakap " siapa bilang 10 ribu utk satu beca, 10 ribu satu kepala, ibuk berdua, jadi harus bayar 20 ribu"..so kena tanya siap2..



Selain kedai-kedai menjual cenderahati, batik-batik dan etc, ada juga dijual makanan...kat Jogja ni, mmg tak akan lapar punya sebab terlalu banyak org berniaga makanan..so boleh pilihlah..nak mkn di rumah makan (restoran), Lesehan dan juga gerai/warung etc, jika tqk kisah, boleh je makan kat mana-mana. Lesehan ni tempat mkn di tepi jalan, mcm deretan warung, tempat duduknya atas lantai..alas tikar getah. Cuma nasihat saya, berhati-hati makan, tgk tempat dulu, bersih ke tak...etc..if perut tebal tak pe. Saya mmg tak berani mkn sembarangan, takut berulang ke toilet dah lah kat tmpt org. Takut perjalanan dan plan terganggu, so mkn kena hati-hati juga ya.....peniaga berada di semua tempat. It was like..jln 5-6 langkah jumpa stall..jln sket jumpa org jual food..uihhh..cam tuhlah..rasa teringin juga try segala local food yg dijual peniaga di sepanjang jln sekitaran, cuma sebab fikir macam-macam, dan trip saya sgt pendek, terpaksa tahan selera..iskk...rugi juga rasanya.
oh ya...pesan guide saya, if nak mkn di lesehan, tanya harga dulu dan sediakan wang kecil sbb masa mkn tuh..akan adaaa je org dtg minta wang..mcm mintak sedekah kot...so sediakan duit kecik..1000 rupiah gitu...
aku tanya.."mmg kena bagi ke??"
pak wibowo kata.." di sini, mcm budaya ..so kenalah bagi.." isk..


Untuk membeli belah, boleh pilih samada beli di kedai kaki lima atau di dlm kedai. Terdapat begitu banyak kedai yg menjual batik Indonesia. Saya berkesempatan membeli belah di sini. Tapi bagi saya, terpulang lah nak shop di mana, cuma ada sesetengah benda lebih baik beli di toko-toko. Contohnya, batik, bagi saya if nak yg berkualitas dan cantik, baik beli di toko walau harganya agak mahal tapi worth. Mcm cenderehati, t-shirt etc...beli di kaki lima pun oke..kalau pandai, boleh dpt harga berpatutan dan berkualiti.Sila guna skill kepandaian anda menawar ya. If tak bagi kurang, tinggal je pi kedai lain. Hiks...dan rugi lah sebab masa ni aku tak guna lagi skill bahasa jawa aku..RUGI! sebab, menurut pak wibowo, aku akan dpt harga jauhh lebih murah if dia ingat kita org tempatan.
tak banyak photo dpt ambil. Masa ni hari Ahad, org terlaluuuuuu ramai oke..dan jln kena lah hati2 bagai, so mmg tak sempat sgt le nak snappy2 nih...
Ternyata shopping di malioboro sgt worth if pandai cari yg murah dan kulaiti yg bagus. semua kedai, peniaga berlumba2 nak tarik pelanggan, so mcm2 cara promosinya...mcm kat bawah ni..

Hiks..JUALAN RUGI katanya...hahahah..

Setelah letih kaki, serious la..tak cukup masa..plus hujan lagi..tak byk kedai saya masuk...sempat singgah ke malioboro Mall...singgah Jco donut..haus dan lapar..uhhh..



Malioboro di waktu malam

bersambung....