Tuesday, May 6, 2008

Samosa

Ni catz buat sebab teringin.....utk minum petang saja-saja..takdelah mkn masa ptg pun..makan masa tgk Tv sesambil tgk Berita Perdana pukul 8 mlm..ptg tuh catz kenyang dah pi makan cendol bawah pokok..hem..yummy...
catz wat samosa ni tengahri actually, pastu letak dlm fridge, nak mkn tinggal goreng je..

Bahan-bahan:

kulit popia
ubi kentang- 3 biji (rebus)
daging kisar
bawang besar - 1 labu, hiris dadu
serbuk kari daging
garam
daun kari

Cara-cara:

Kentang yg direbus tadi dibuang kulit, hiris dadu.
Tumis bawang putih hinggan naik bau dan masukan separuh bwng besar dan serbuk kari.
kacau rata tumis sebentar. Masukkan daun kari.
Masukkan daging. Masak hingga daging agak masak dan masukkan kentang.
Masukkan air dan garam, masak hingga sebati dan jadi kering.
Jika suka tambah kan sayur campur.
Biarkan inti agak sejuk.
Ambl kulit popia, bubuh inti dan lipat jadi 3 segi tu...gamkan bucu dan tepi kulit popia dgn telur yg dipukul. susun dan goreng.
Catz goreng sket je..bakinya boleh goreng lain kali (simpan kat freezer)..
jom makan..

2 comments:

Saira said...

Macam senang je ye nak buat bende alah ni.. hehehe..

Catz said...

memang senang pon...haa..nanti ko kat US bleh le buat kalau nak makan..