Dari last week catz teringin nak makan meatball nih..resepinya ala-ala swedish meatball IKEA..
Dah dt resepi di internet..di recipebazar dan beberapa lagi laman web. Tapi yg di ikea tuh dia serve with potato dgn sos merah ehm.apa ek nama dia..lingonberry jam ke apa gituh, biasanya diguna dlm scandanavian cuisine..tetapi tak tahu di mana hendak beli so memandai jek lah buat sos sendiri...kira redahhhhh jeeee (ehh...cam kenal kan ayat nihh....)
So malam tadi for dinner catz bua meat ball ni...served with kentang ala2 cam hok ikea jugak lah..rasa meatball tuh bleh tahan jugaklah ... kira2 cam 70% sama kot dgn swedish meatball tuh.
Bahan-bahan:
daging kisar - 500 gm
serbuk roti / breadcrumbs - satu cawan
fresh milk
telur- 1 biji
all spice
serbuk lada hitam
garam
bawang merah
kentang (rebus dan toskan)
Cara-cara:
Hiris halus bawang merah dan tumis hingga naik bau.angkat.
rendam serbuk roti dgn fresh milk.
Campurkan bawang tadi dgn daging, telur, garam, all spice, serbuk roti , serbuk lada hitam Nak senang guna food mixer.
Dah sebati bhn tersebut, buat bulat-bulat (ni yg aku failed ni)...catz buat tak berapa bulat..hehhe (tak berapa ball meat aku).
Then goreng, rajin2 golek2/terbalik2kan supaya masak rata.
Hidang dgn sos dan kentang dan salad/sayur (jika suka)
*sos tuh catz buh unsalted butter dlm periuk kecil, amik kiub pati ayam dan kacau rata. Tambah sedikit air kacau. utk pekatkan sos bancuh sedikit tepung jagung dgn air, tuangkan dlm sos.kacau hingga pekat. Siap, bleh hidang.
Saturday, May 3, 2008
Meatball with potato
Posted by CATZ at 3:37 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment