Saturday, May 3, 2008

Udang bersalut kelapa


Pagi tadi dalam pukul 10 lebih.selepas membuat tugas-tugas rutin hujung minggu, iaitu membasuh kain, mengemas dan lain-lain..catz duk belek buku resepi yg dbeli 2 minggu lepas.
Tertarik dgn resepi ini, catz pun saja-saja cuba dan bleh le makan sesambil duk tgk TV kan...
Lagipun bahan-bahan tu semua ada. So selongkar fridge (ganas bunyiknya kann...) keluarkan apa yg patut, dan selongkar kitchen cabinet cari kelapa kering (dlm kitchen cabinet tu takde pokok kelapa)..yg ada kelapa kering dalam peket.hihiihih..

Bahan-bahan:

Udang sederhana / besar - 10 ekor buang kulit, ekor jgn buang).
kelapa kering
serbuk lada hitam
serbuk lada putih
garam
telur
tepung

(bahan sos)
Bawang putih-2 ulas
cili merah- 1 biji
sos cili-2 sudu
sos tomato - 3 sudu
air
gula
limau nipis (amik jus) /cuka


Cara-cara:

Perap udang dgn erbuk lada hitam dan putih serta garam.
Sapukan sedikit tepung pada udang, celup dalam telur dan golek2kan pada kelapa kering.
Goreng sebentar. Angkat dan toskan atas paper towel.Hidang dgn sos. Makan panas-panas.


*Utk membuat sos: (sos masam manis)

Tumis bawang putih dan cili merah yg dihiris halus. Masukkan sos cili, sos tomato. kacau.
masukan air dan gula serta jus limau nipis atau cuka. Kacau hingga agak pekat.
Hidang dgn udang.

No comments: