Monday, May 19, 2008

Catz ke kenduri kahwin...

eh..warna bunga manggar ni mcm satu tema dgn baju kami..hiks..
Bergambar dgn pokok bunga sebelum ke kenduri kahwin..hiks..dr kiri: catz, adik catz, kak long..
catz and adik (mak buyung..hihihi..)

Hem...bulan Mei dan bulan Jun ni, beberapa org sepupu catz akan melangsungkan majlis perkahwinan mereka..Yg bulan Mei ni...semalam le majlisnya...oleh kerana kebetulan catz dan adik beradik balik kampung, so kami berkesempatan utk hadir di majlis tersebut...
Kami pi ramai-ramai..emak dan abah mmg dah pegi awal pagi..tinggal anak-anak dara dan mak dares je yg duk bersiap..

the kenduri
driver and happy passangers

kami pi 2 kereta..ai jadik passanger je lah in kak long's car.. ...hihihi..sampai orang dah ramai..aku dan sisters ala malu-malu lah pulak dtg lenggang kangkung je..budus aku...lupa beli hadiah... kweng-kweng-kweng..

pelamin

lauk kenduri
pinggan siapakah ini? makan utk 3 hari?? hihih..

halwa betik

Di kampung masyarakat Jawa..bila kenduri kahwin mcm ni, ia dilakukan secara gotong royong..atau dalam bahasa kami 'rewang'...sedara mara rapat akan sama-sama buat persiapan...dari hal khemah, bunga telur, lauk kenduri, semua lah..pengantin biasanya uruskan soal mak andam dan pelamin lah....
Menu pada kenduri ni ialah, nasi jagung, nasi beriyani, ayam masak merah, daging kerutub kot, sambal goreng, acar timun dan nenas, rendang etc...ada juga bubur kacang as dessert dan halwa betik..
majlis meriah..dan di sana aku dan adik beradik terjumpalah dgn saudara mara yg jauh dan dekat yg lama dah tak jumpa..yg jauh2 ni time raya je lah jumpa..bila kenduri mcm ni semualah berkumpul...
Majlis agak kelam kabu juga awal pagi tu sebab air takde..nasib baik tuan rumah dah menjangka problem ni akan berlaku, dan dah simpan stok air.Kalau tak haruuuu...

Makan sambil bergosipkah?

Dah macam tradisi, tetamu yg datang akan bersalam duit dgn tuan rumah, jumlah tak kisah.dan tetamu akan dpt nasi bungkus utk di bawa balik...serta bunga telur.
Lepas jumpa saudara mara dan ibu bapa pengantin, kami makan...(hehhehe..kami tak rewang pun..kikikiki..)...pastu salam2 semula dan balik....
errr..catz jumpa nenek catz, dia peluk catz macam nak rak..hehhehe...
balik dr kenduri..ZZZZZZzzzzzzzzzzzzzz.....

No comments: