Wednesday, May 7, 2008

Ikan siakap tiga rasa

Ikan siakap tiga rasa

Ikan ni catz masak hari jumaat last week...utk makan malam... catz mmg suka sgt ikan siakap (kalau tak aku asyik beli ikan kembung dan goreng buh garam kunyit je..ahhaha)

So here the resepi campak-campak catz,

Bahan-bahan:

Ikan siakap 1 ekor
bawang besar -1 labu
halia- 1 ini
cili api -7 biji
sos cili - 3 sudu
sos tomato - 4 sudu
sos tiram -2 sudu
bawang putih - 4 ulas
minyak
limau nipis
gula
garam

Cara-cara:

Buang sisik ikan, potong perut dia, buang isi, cuci bersih dan toskan sebentar.
Lumur jus limau nipis, biar sebentar. Goreng. angkat, toskan. Letak tepi.
Tumis bawang putih, halia yg telah ditumbuk hingga naikbau.
Masukkan cili api yg dihiris halus.
Masukkan sos cili, sos tiram, sos tomato dan bawang besar serta secawan air.
kacau sebentar..masukkan gula, jus limau nipis dan sedikit garam (sesuaikan rasa).
jika dah ok rasa masam, manis dan pedasnya..dan kuah dah agak pekat..tuang kuah atas ikan.
Hidang.
Jom makan....

No comments: