Saturday, May 31, 2008

Sate R&K

Restoran Sate R&K ini terletak di Bandar Banting, (jln Sultan Alam Shah) iaitu menghala ke Morib.kalau dari pusat bdr sebelah kiri. Baru saja dibuka kira-kira 3.5 minggu yang lalu. Saja nak try..
Restoran ni konsepnya campur-campur lah..ada nasi campur dan masakan panas..masakan melayu, masakan Thai dan yang penting menu sate. So sesuailah dgn nama restorannya kan..cat tak order sate mlm tu..next time lah..

Hiasan dalaman menariklah bagi catz. Terdapat anyaman tikar mengkuang yg dilekatkan pada dinding kedua-dua belah restorang, kerusi meja yg cantik (ni small town ok.. so ni dah kira lawa sgtlah dan nampak a bit cozy)..
Lampu dalam restoran ni cantik..macam lampu gasolin zaman dulu...

suasana yang menarik, bersih dan selesa

tikar yang dijadikan hiasan dinding..cantik.


Makanan restoran ni..ehm...kira oklah..catz order nasi goreng kerabu, sup tulang dan telur bistik..
Sup tulang dan telur bistik sedap...cuma nasi goreng malam tu a bit ehmm....basah sket, nasi mcm lembik (mungkin baru je masak..so nasi tak keras lagi)...takpelah..catz makan jugaklah walauponnnnn...(habis jugak aku makan...hehehehhe)
nyum-nyum..

Ramai juga pelanggan kedai ni dan pekerja pun ramai dan mereka beruniform (againn..this is small town..so kedai ni berjaya impress catz lah dari segi rupa dan service)... service cepat , kalau ada kekurangan lain oklah..suasana bersih dan selesa dgn banyak pilihan makanan...
catz juga ada perasan yg kedai ni ada pekerja OKU..hem..baguslah kan...membuka peluang pekerjaan di sebuah bandar kecil...

nasi goreng kerabu

sup tulang

telur bistik

siap ada basikal..antik gitu..

Keseluruhan ok lah..banyak yg boleh improve dari segi rasa makanan..
hemm....restoran ni menambah pilihan tempat makan kerana restoran besar yg sebegini amat kurang di bandar ini..moga terus berjaya lah..

2 comments:

Najib Ariyan Ali Basha said...

nampak makanan dia macam biasa biasa jer kan... tapi hiasan dalaman dia aku puji... aku suka imej yg macam nih

CATZ said...

yer..makanan dia biasa je..tapi suasana kedai tuh yg best..bersih, besar dan menarik..service pun bagus..
kalau ko ke banting pi lah cuba..kedai ni dekat2 dgn hospital banting menghala ke morib..
tapi food dia bagi aku biasa je.maybe needs some improvement..