Wednesday, January 23, 2008

Sup bebola ikan

Tadi catz rasa nak masak sup ketam, sebab semalam selain kerang, kubeli ketam jua. Tapi udah 3-4 hari bebola ikan aka fisball ini bertapa di peti sejuk ajaib ku itu..ku masak lah dia dulu. Lagipun ada barang yang tak cukup utuk sup ketam itu..beberapa item telah missing dari peti ajaib itu...tangan siapakah yang melakukannya itu? Ketam..u have to wait lah ek..u turn will be..tah malam ni atau esok...tungguuu...sementara tu ko beramah mesra la dgn ikan dan lain-lain teman sepersejukan mu dalam peti itu...

Bahan-bahan:

Fish ball (terpulang le nak banyak mana)
pati ikan bilis
bawang merah - 3 ulas
bawang putih - 2 ulas
ikan bilis -segenggam
daun sup
daun bawang
tauge
garam
sedikitttt minyak..
bawang goreng

Cara-cara:

Tumbuk lumat bawang merah, bawang putih dan ikan bilis. Kalau boring menumbuk tuh sambil-sambil buleh le nyanyi lagu 'Aspalela'..hehhe..
Tumis bahan tumbuk dengan sedikittt je minyak hingga naik bau.
Masukan 2 mangkuk besar air (sukati le banyak mana).
Biar mendidih dan bubuh garam serta masukkan pati ikan bilis.
Masukkan fish ball.Biar sebentar. Masukkan daun bawang dan daun sup serta bawang goreng.
Masukkan pula tauge. Kacau sebentar dan siap untuk dihidang.
Masa nak hidang tu tabur le daun sup dengan bawang goreng lagi...uhhh...sedappp..

Sup ni catz makan dengan nasi dan ikan goreng.Ikan goreng ni takdelah gambarnya. Sekadar ikan goreng kembung yg dibubuh garam dan kunyit. Tak payah buh gambor pun dah bleh imagine..kan...kan? Dan makan juga dengan sambal kerang dan ratah kerabu kerang itu..
hem..nyum-nyummm...nyummmmmmmmm....

Cukup le setakat ini memasak untuk hari ni..tapi tak tau le kot malam ni ke catz nak masak lagi..kuikuikui..

No comments: