Peristiwa malam tadi:
Malam tadi aku makan kat luar...kan..kat entry aku sebelum ni...sdang duk tunggu order ku sampai..tengok le berita kat Tv yg terpasang tu..tiba-tiba..
"Nak..beli kerepek..."..datang seorang tua ke meja ku ..dengan menjinjit 2 plastik besar kerepek. Pelbagai jenis, ada kerepek ubi, kerepek pisang, tumpi, rempeyek , mini karipap etc..
Plastiknya sangat besar dan berat..di dalam platik besar itu terdapat kereke dan juga satu pek beg plstik sederhana (hok merah jambu tu) utk mengisi kerepek yang dibeli oleh pelanggan. Makcik tu telah meletakkan pelbagai kerepek di hadapanku..di longgok gitu..makcik itu kelihatan sangat letih mukanya. Dengan tangan terketar-ketar, dia mempromote kepada ku.."Nak..beli la..RM10.00 3 peket..boleh campur-campur"... Tuan punya kedai/restoren itu duk merenung kepada ku dr kaunter dan dia seolah2 tidak senang dgn gelagat makcik itu. Dia memandang ku seolah2 hairan dgn aku kerana duk layan makcik itu. Makcik itu duk terbongkok-bongkok di tepi meja sambil mengemas beg plastik besar berisi kerepek itu. sambil itu matanya memandangku..minta belas kasihan..dengan harapan aku membeli. Tuan kedai mcm nak bergerak ke arah mejaku...maybe nak suruh makcik itu beredar,jgn ganggu customer dia nak makan. Dan aku perasan juga org di meja berlainan duk pandang-pandang aku. Before that makcik tupi meja derang and derang tak layan and buat derk and suh makcik itu beredar.
Aku cepat-cepat tanya makcik tu..."makcik ni berapa?"..aku mengunjuk sepeket rempeyek kepadanya.." RM 4 nak..beli 3 peket RM10.00"..aku senyum kepada makcik itu. TOkey kedai tak jadi ke meja ku. Tapi dia memandang tajam kearah aku. Aku berkata " makcik, bagi rempeyek ni 3 yer.." . Makcik itu cepat2 bongkok, keluarkan beg kecik utk isi rempeyek ku.
Aku hulurkan duit. Tangan tuanya yang nampak kering menyambut duitku dengan terketar-ketar. "Terima kasih nak.moga rezeki anak murahh"... Dia mengambil semula segala kerepek yg dilambakkan di depan ku tadi dan terbongkok-bongkok memasukkan semula ke dalam beg plastik besarnya..
Dan tuan kedai teus menghampiri makcik itu menuruhnya beredar" Tak boleh jual sini, ganggu pelanggan saya makan". Makcik itu tersipu-sipu beredar tapi sempat memandang aku.." Nak..terima kasih ye"....
Emak siapakah itu..berniaga malam-malam..masa tu puku 9 lebih. Mengheret beg plastik dgn muka letih. Umurnya dalam 50 gitu kot..Kurus. Hem...aku berasa sungguh kasihan. Sepatutnya di waktu begin, wanita seusianya, mungkin berehat menonton TV, atau makan bersama keluarga, atau beribadat..berehat di rumah. Dan dia meredah kegelapan malam, jalan kaki menuju di mana-mana ramai org..terutamanya kedai makan..mencuba nasib, ana tau kerepeknya terjual yang mungkin untuk rezeki dirinya dan anak-anak mungkin? Dan mungkin itulah rezekinya utk malam itu..utk mengisi perut.
Bila hidangan ku smapai..penuh mejaku..teringat makcik tadi...sudah makan kah dia?...pukul berapa dia sampai rumah agaknya?..
Tiba-tiba teringat emak ku di kampung..apa agaknya mak makan malam ini?..
Melihat rempeyek disudut mejaku...teringat lagi emak ku...rempeyek emak...hem...
Thursday, January 24, 2008
"Terima kasih Nak....moga murah rezeki"
Posted by CATZ at 9:04 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
kesian kan... jinjing beg plastik besar... ke sana ke mari. x sampai hati x beli... alah lg pun, bukan rugi pun... bleh jd snack makan sambil tgk tv. ada tokei kedai yg x kisah... yer lah, makcik tu pun bukan mintak sedekah, dia berniaga... x kacau org pun.
Memang kesian..kalau tak beli memang kejammm! Catz pun pikir gitu..boleh juga makan sambil tgk TV..and yes balik tu terus makan sambil menikmati TV dan teh hijau..
Elok juga kita kongsi rezeki kita dengan orang lain kan..bukan rugi pun..Kalau makcik tu org senang, takkanlah malam2 heret beg plastik menjual kerepek..kesiann.
Post a Comment