Sardin?..hem..lama dah aku tak berapa suka sardin, sesekali makan oklah..ni pun rasanya dah lebih dari 3 bulan kot tak makan sardin. Untuk dinner malam tadi, masak sardin..nak buat sambal or tumis je dah biasa sgt.so aku masak kari..
Bahan-bahan:
Sardin - 1 tin
serbuk rempah kari
bawang merah - 3 ulas
bawang putih 3 ulas
halia- 1 inci
air asam jawa - 2 sudu kecil
kayu manis
bunga lawang
bendi
minyak
Cara-cara:
Tumbuk bawang merah, bawang putih dan halia
Tumis bahan tumbuk hingga naik bau dan masukkan rempah kari yg dibancuh dengan sedikit air. Tumis sebentar dan masukan bunga lawang dan kayu manis, kacau sebentar.
Masukkan sardin dan kuahnya sekali.
Kacau sebentar, tambah sedikit air sekiranya kuah terlalu pekat. Masukkan air asam jawa, garam dan sayur bendi. Kacau sebentar.Siap untuk dihidang.
Selain sardin, aku goreng tempe, goreng ikan talapia (goreng berempah), goreng kobis, celur bendi dan buat sambal belacan lada hijau, erk..i makan dua pinggan..
Bendi celur dengan sambal belacan lada hijau
Tempe goreng
Ikan talapia goreng berempah
Kobis goreng
No comments:
Post a Comment