Pernah tak dengar sayur ranti? Hem..tak taulah org lain sebut mcamana,ada yg sebut daun meranti, tapi sayur ni jenis sayur berdaun. Ada yg berdaun kecil dan ada yang berdaun besar. Ni sayur daun ranti/meranti, amik gambar kat pasar masa nak
beli.Pakcik yg jual tu heran aku duk amik gambor sayur dia..hhehe
Yang berdaun besar akan berbuah dan buahnya bulat kecil-kecil, enak dibuat sambal tumis bersama lada hijau atau cili api.
Tapi ni nak masak daunnya yer...
Bahan-bahan:
Daun ranti/meranti
bawang merah -3 ulas
bawang putih - 2 ulas
ikan bilis -segenggam
santan - 2 mangkuk
garam
Cara-cara:
Siang daun meranti, ambil daun dan batang muda sahaja.
Tumbuk bawang merah, bawang putih, dan ikan bilis.
Masukkan santan dalam periuk dan masukkan bahan tumbuk.
Letak atas api hingga mendidih. Masukan daun ranti, dan masak sebentar.
Tambah garan. Siap!
Daun ni rasanya agak manis, sgt sedap di mkn dengan nasi dan ikan masin. Harus 3 pinggan nasi licin!...
Monday, January 7, 2008
Sayur ranti
Posted by CATZ at 8:43 PM
Labels: Sayur dan salad
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment