Malam tadi masak sayur ni, sayur campur. Sedap dan sihat....
Bahan-bahan:
Cendawan butang (dlm tin) - 5-7 biji
lobak merah (hiris dan rebus sebentar) - 1 batang
capsicum hijau- 1 biji
jagung muda - 2 biji
fishball - 8 biji
tomato
bawang putih - 4 ulas
bawang besar kuning - 1/2 labu
sos tiram - 2 sudu besar
minyak utk menumis
tepung jagung - 2 sudu
Cara-cara:
Bawang putih ditumbuk kasar. Bawang besar dimayang halus.
Hiris capsicum,jagung, cendawan, tomato dan fishball.
Tumis bawang putih dan bawang besar hingga naik bau. Masukkan sos tiram dan sedikit air.
Masukkan sayur-sayuran hiris tadi dan juga lobak serta fishball. Tambah secawan air dan biar sayur masak.
Bancuh sedikit tepung jagung dgn air. Masukkan dlm sayur tersebut utk pekatkan kuah. Jika suka lebih masin masukkan sedikit garam. Bila kuah agak pekat, matikan api.
Siap untuk dihidang. Sedap dimakan begitu sahaja.
No comments:
Post a Comment