Wednesday, January 23, 2008

Cekodok bawang

Pagi ni sarapan pagi tak tau nak masak apa..tengok dalam bekas ada tepung lagi. Buat le cekodok ikan bilis campur dengan bawang. hasilnya rangup dan gebus..Senang je buatnya...

Bahan-bahan:

tepung gandum
ikan bilis
bawang merah/bawang besar
cili hijau
telur
garam
air

Cara-cara:
Hiris lada dan bawang.
Campur semua bahan iaitu tepung, ikan bilis bawang dan cili. Pecahkan telur kedalam adunan dan gaul rata. Bubuh air, kepekatan agak-agak le, jgn cair sgt. Tambahkan garam, kacau sebati.
Gorengg...chessssss...kreng krong..kreng krong...siap..
Makan dengan sos cili je..
Minuman pula teh hijau kurang manis...uhh..nyaman..

No comments: