Monday, January 28, 2008

Mihun goreng

Semalam pagi masak mihun goreng untuk sarapan..jom makan..
p/s: mihun ni pun khas untuk Saira..ni resepi khas utk mu Saira.



Bahan-bahan:



Cara-cara:

1. Kisar bawang, cili kering dan udang kering.
2.Rendam bihun dgn air panas ..sekejap je (kurang dr 2 minit). Cepat-cepat toskan.
Kalau guna air biasa lama le rendam mihun ni...

3. Tumis bahan kisar hingga garing, dengan api perlahan.
4.Masukkan kicap manis, kacau rata.



5. Masukkan kerang, kacau lebih kurang 2 minit.
6.Masukkan fish cake, tahun dan daun kucai yg telah dihiris kasar. Kacau rata.
7.Tambah sedikit air jika sos terlalu pekat. Tambah sedikit garam (agak-agak le).


8. Masukan mihun dan gaul rata, hingga sebati. Kacau hingga agak-agak bihun dan sos sebati.
9. Masukkan tauge dan gaul sehingga tauge agak layu.
10.Taburkan daun sup yg dihiris kasar.


Siappp!

p/s: bahan-bahan tu agak-agak le..tidak le rigid jumlahnya..

4 comments:

Beruang Madu said...

sedap sedap.. besok aku nak masak mihun gaklah... sedia ko Shah.. mesti banyak gedabak punya

Catz said...

masak jgn tak masak beruang oi....untungnya si shah ni..

Beruang Madu said...

halamak... ni barulah blog chef... siap gambar lagik.. jadi kalau org tak kenal amende nya fish cake tu tahu lah diaorang ropanya macam mana yerkan??

Catz said...

hehhe..aku chef di dapurku saja.. hehhehe..yer..lain kali kalau rajin aku buh gambor bahan sekali..cam entry nih..Ku saja nak suh Saira itu belajar masak..ko dah pandai sgt dah masak...