Saturday, September 22, 2007

Sup ayam

Ini adalah resepi sup ayam simple...
sedap di makan dengan sambal kicap

Bahan-bahan:

Ayam - 1/2 ekor (potong kecil)
bawang merah- 7 ulas (hiris nipis)
Bawang putih - 5 ulas (hiris nipis)
cili api -6 biji
halia- 2 inci
kulit kayu manis- 1 batang
bunga lawang - 2 butir
buah pelaga - 3 butir
rempah sup adabi (1 pek)
daun sup

Cara-cara:

Tumbuk separuh dr bawang merah dan putih dan cili api.
Tumis bahan tumbuk hinggan naik bau, masukkan ayam.
Gaul rata dan tambah air. Masak hingga ayam tersebut empuk.
Masukkan rempah sup yg dibancuh dgn air, kacau rata.
Goreng bawang meah dan putih yg separuh tadi dan masukkan juga kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga.
Tuangkan bahan yg digoreng kedalam sup.Tambah garam.
Hiris daun sup dan masukan ke dalam sup.
Jika suka, boleh campurkan tauge semasa menghidang.
Sup amat enak disajikan dengan sambal kicap.

No comments: