Thursday, September 27, 2007

Nasi ayam


Catz tau ramai yang suka nasi ayam kan...kalau tidak takkan le
wujud 'The chicken rice shop'..'My mom Chicken Rice'..
"Kedai Nasi ayam kak Bedah"...etc...di area catz pun banyak Nasi ayam yg glemer..mcm di Semenyih...sangup aku drive jauh2 coz nak mkn nasi ayam dia,..and ada satu kedai kat Kg pandan Kl, aku suka sgt nasi ayam Hainan dia..sodap..
Menu nasi ayam ni mudah, simple and yet sangat mengenyangkan serta berkhasiat..Nasi, ayam, sup, sambal,kicap dan ada juga yg tambah dgn sayur....pelbagai...complete meal kan...


Bahan-bahan:
Ayam 3/4 ekor - rebus dgn air yg banyak
beras basmathi - 2 tin
kulit kayu manis- 2 btg
bunga lawang - 2 butir
buah pelaga - 3 butir
halia- 2 inci
Cili merah - 6 batang
bawang merah -10 ulas
bawang putih - 7 ulas
daun sup
limau kasturi - 3 biji
minyak
garam
kicap
marjerin
Cara-cara:
Nasi ayam
Sukat beras 2 tin (basuh dan toskan)
Panaskan 3 sudu margerin dlm periuk.
Tumis 2 ulas bawang merah, 2ulas bawang putih dan satu inci halia (semua dihiris) hingga naik bau.
Masukkan satu btg kayu manis, sebutir bunga lawang dan 2 biji buah pelaga.Kacau sebentar.Masukkan beras, goreng sebentar,kacau rata.Masukkan 3 tin air rebusan ayam diatas(ukuran air beras basmathi ,1 tin beras= 1 1/2 tin air).
Masukkan garam.
Tutup dan biar mendidih dan masak.
Sup Nasi ayam
Ambil air rebusan ayam, bubuh tulang ayam dan karot jika suka.
Tumis bawang merah, bwg putih, halia, kayu manis, bunga lawang, buah pelaga.
Masukkan bahan tumis ke dlm sup, didihkan sup dan bubuh garam dan daun sup.
Ayam goreng berkicap
Ayam rebus tadi toskan.
Tumbuk 4 ulas bawang merah, bawang putih dan sedikit halia.
Gaul bahan tumbuk tersebut dgn kicap manis.
Gaulkan ayam yg ditoskan tadi dgn bahan tersebut dan perap selama 20 minit.
Goreng ayam dgn minyak yg banyak, toskan.
Sambal nasi ayam
Kisar cili merah dan 2 ulas bawang putih dgn air masak.Kisar halus.
Tuang dlm mangkuk, bubuh garam,gula, air asam jawa/ jus limau kasturi.
Seimbangkan rasa.



No comments: