Tuesday, September 4, 2007

Udang masak halia


Bahan-bahan:
Udang saiz sederhana
bawang putih - 4 ulas
halia -2 inci
sos tiram - 4 sudu
cili kering - 1 sudu
sos cili - 1 sudu
petai -segenggam (jika suka)
minyak utk menumis
garam
gula
Cara-cara:
Bershkan udang dan buang kulit
tumbuk bawang putih dan satu inci halia
hiris halus halia yg baki satu inci tadi
Tumis bahan yg ditumbuk hingga naik bau
masukkan cili kering tumis hingga garing
masukkan sos tiram dan sos cili, kacau.
Masukkan udang dan biar seketika hingga masak.
Masukkan petai (jika suka)
Tambahkan garam dan gula secukup rasa.
Tunggu kuah pekat dan hidang.

No comments: