Thursday, July 24, 2008

Labu masak lemak


Ni masak last weekend. Pi supermarket tgk labu teringin pula. Lama dah tak makan ni. Catz suka labu ni dimasak lemak campur kacang panjang sket. Ada ikan masin goreng plus sambal belacan dan ulam..aaa...3 pinggan (pinggan je 3, nasi satu pinggan je..hehhee)

Bahan-bahan:

Labu
bawang merah - 3 ulas
bawang putih-2 ulas
ikan bilis - satu genggam
kacang panjang -2 batang (patah2kan pendek)
santan
garam

Cara-cara:

Kupas kulit labu, potong labu (ikut suka saiz), cuci.
Tumbuk ikan bilis, bawang merah dan bwg putih.
Masukkan separuh santan dlm periuk dan bahan tumbuk.
Masukkan labu, kacau. Biar mendidih dan labu hampir empuk.
Masukkan santan separuh lagi, dan kacang panjang.
Masak hingga labu empuk kacang layu.
Tambahkan garam.
Siappp!

10 comments:

Bangla Tambak Johor said...

nyah...
kalo kacang dia tak "lonyot", and warna still hijauuu segar gituh...lagiii sedap nyah..
amcam yg emak selalu masak dedoluuu

Anonymous said...

Sedapnya..mesti best kalau dapat rasa kan...

@xiM said...

yes la catz...another resepi lagik...i loiikkee!!

Penang - Used Item said...

eh aku ada soalan, cam mana nak bagi macam rasa ada ikan bilis tapi tak letak ikan bilis,..
laki aku tak doyan(terror gak aku cakap jawa)
makan ikan bilis...
biasakan sayur2 masak letak ikan bilis..

Shah said...

Ini hidangan favourite nih... cuma malas nak masak sebab malas nak mengopek kulit labu tu...

CATZ said...

noreh,

tu kacang terjumpa dlm peti sejuk namanya..belen-belen bila tah...hahhaa..jumpa 2 batang yg dah nak k.o. hehhehe...so sebat jelah..patah2kan masuk dlm sayur labu aku...

CATZ said...

hi anonymous...

yer..sedap le kot..lagi sedap kalau masak sendiri..hehhehe

CATZ said...

hi axim,

selamat memasak...

CATZ said...

hi azibam..

ehm..susahnya soklan ko..
cam soklan stpm lah...hehhehe..
ehm..camana ek...
letka pati ikan bilis kot..mcm brand maggi ke apa ek..ada serbuk pati ikan bilis..
ehm..kalau masak style cina, derang takde ikan bilis...biasa guna garlc dgn oyster sos jek gituh..
kalau ko rajin kan bam, masak asing2..hehehhe...2 mangkuk sayur.satu with bilis, and another one without bilis..hehehe.

CATZ said...

hi doc shah,
yer mengopek kulit labu tuh sangat hazabbbb..silap2 bleh cedera tangan.
kulit abu keas dan ena hati2 pegang pisau semasa mengopek nya.karang ilang jari.
tapi cat pernah nampak kat tesco/carefour, labu yg dah siap kupas, siap dgn bawang dan ikan bilis tumbuk sekali dia siap bubuh..
balik tingai plung dlm periuk jek...tambah santan.
p/s: chef u lama dah tak main masak2 yer?