Saturday, July 12, 2008

Ikan masak kari

Ni masak bila tah..liupa..adalah 3-4 minggu lepas kots. Saja nak buh dlm blog sebab dah amik gambar (tetiap kali masak amik gambar tapi kdgh malas nak wat entry. Ikan kari catz jarang masak. Saja masak main-main je..hiks.

Bahan-bahan:

2 ekor ikan kembung
satu paket rempah kari ikan (sy guna adabi)
1 inci halia
1 btg serai
2 tangkai daun kari
2 ulas bawang putih
1 labu bawang besar (merah)
1 sudu biji sawi
1 butir bunga lawang
1 btg kulit kayu manis
3 biji buah pelaga
5 btg kacang bendi
1 kotak santan
2 sudu ar asma jawa.

Cara-cara:

Siang ikan, cuci bersih dan toskan.
Tumbuk bawang putih, bwg besar dan halia.
tumis bahan tumbuk, hingga naik bau.
Masukan serbuk kari ikan (bancuh dgn sedikit air).
Masukkan bunga lawang, kayu manis, buah pelaga.
Tumis dgn api kecil hingga agak garing. Masukkan daun kari dan biji sawi.
Masukkan santan (bancuh dgn secawan air).
Masukkan serai dan biar mendidih.Masukan jus asam jawa. Masukan ikan, biar sebentar hingga agak masak.
Masukkan kacang bendi. Biar hingga layu. Masukkkan garam dan air asam jawa sedikit.
Biar mendidih sebentar, angkat dan hidang.

2 comments:

axim said...

nanti nak try buat,tak pernah wat lagi kari ikan,masal lemak cili api pernah buat..hehe

Catz said...

hi axim...
cubalah...tapi saya punya resepi ni simple..ala main masak-masak gitu.saya jarang masak kari-kari ni..so just letak apa yg basic je.