Friday, July 18, 2008

Aku yang tertipu...

Hem..dah berapa hari takde masa nak updet blog. Sebenarnya banyak yg catz nak blog kan.tapi masa tak mengizinkan..penat ke sana-sini, ke hospital etc.
So dalam penat ke sana-sini, baru catz perasan, aircond kereta mcm ada problem. Kalau drive dalam satu jam, rasa panas. So i suspect gas dah takde kot (jgn tanya dah berapa lama ku tak servis aircond,..hiks). Kan hari tu catz ke hospital hari-hari, then bwk mak berjalan etc kan...dgn tempuh jam semua, so rasa tak selesa lah. Kalau jalan sekejap dan dekat-dekat ok je pulak aircond ni.

So 2 hari lepas, sebelum ke hospital, catz pegi woksyo yg servis aircond kereta di bdr baru bangi. Masa ni hujan lebat.
Kedai C*na. woksyop besar. Catz tak sempat lah nak full servis coz kejar masa melawat kat hospital. Nak bawa mak ke hospital melawat adik.So plan nak isi gas je. So dia ckp ok..boleh isi je dulu, next time pi servis. Then mekanik tu kata, something wrong with the compressor aircond (haaa???)..ohh...takut aku dgr. Then dia ckp isi minyak utk compressor aircond dan isi gas.
Dia suh catz fully servis the tukar apa yg rosak. Servis je dalam RM3-4 ratus dia ckp..kalau ada ganti komponen etc, tuh kira lain pula. Catz ckp tak sempat coz nak rush ke hospital.

So ok..dia masukkan compressor oil then, dia letak le dkt kereta catz tong gas utk re-fill gas kan.
And catz observed satu persatu apa dia buat. Dia pi check sana sini, buka sana sini.
Then tiba-tiba dia ckp dah siap. Catz kata..eh..u dah masukkan gas ke?. Dia ckp dah. Then catz tanya pula mekanik sorg lagi, pun ckp dah. Tak puas hati catz..tanya sorg lagi.pun derang kaat dah. Dan derang duk ckp cina..mana aku paham kannn. Ehhh???..bila masa??? Yg catz tgk compressor oil je yg dia masukkan. Derang semua ckp dah. Dia cuma letak tong kat tepi je. BIla dia bubuh gas????????

Bengang lah jugak kan.. hello..kalau letak gas, mestilah u osl ada sambungkan nozzle ke..paip ke etc kan ke tong gas tuh..tapi..TIADA!.. walaupun aku agak buta pasal kereta, tapiii..aku ada otak dan ada mata. And catz bukan tak pi sekolah ok. Org tak pi sekolah pun boleh pikir pasal logik oke.

So they asked me RM70.00 . Minyak compressor RM30.00 dan gas RM40.00. Catz terpaksa bayar walau rasa bengang.

TAK PUAS HATI.

Catz call adik ipar.
Catz: Boleh tak kalau pi woksyop just utk check je gas aircond, ada ke takde...check tekanan gas etc?
adik ipar: Boleh.

so Catz pi woksyop lain. Dannnnnnnnnn....memang betul woksyop tadi tak re-fill pon gas tuuuu..aku sgt marahhhh!!!! Tgk kat tekanan gas tuh etc..mmg belum refill.
Then this woksyop ckp, very unlikely lah compressor aircond nak rosak. Kalau rosak tentulah aircond aku takkan akan sejuk langsung. Dan actually takde problem pun , cuma gas takde. Kalau nak rosak pun maybe thermostat. Bukan compressor.
Dan derang ajarlah part2 dlm system aircond, cerita sket2..how it works etc.. komponen, bagi tips macam2..dannnn..derang refill gas dan another RM40.00 duit ku terbanggg. Actually i dont mind to pay if rosak betul..tapi jgn tipu-tipu. Bencinya. Kenapa atas dunia ni ramai sgt penipu. Sebab catz perempuan, so senang-senang je org tipu catz??? Mentang-mentang aku pompuan, so dia assume senang je nak tipu dan mereka mcm dah berpakat. Sedih. Bengang oke.
Catz tanya kalau servis berapa?..dia ckp RM150.00..ehm..bezanya harga dgn woksyop tadi kan. Tapi dia ckp kalau ada ganti komponen etc..kira lain, logiklah kannn??

Haa..bengang. So malas nak patah balik ke woksyop penipu tadi. Kalau ikut hati aku nak pi sana balik, minta balik duit and buat kecoh. Tapi mana sempat, lagipun malas. Penat sgt beberpaa hari ni. Catz balik ke apartment, siap-siapkan makanan dan amik mak ke hospital. Tapi tak cerita pun kat mak. Catz diam jek. Tapi hati nih..terbakarrr....

13 comments:

iNGENiOUS AYU said...

kalau dah name pon masuk bengkel, memang kene berhati2. patutnyer catz check dekat diaorg tu jgk. test tgk dah masukkan gas ke belum. ish.. penipu betul! *tetibe emo same*

diaorg mmg camtu, asal tgk perempuan je rs nak pedajal nak mmenipu. sedih btl! T_T

iNGENiOUS AYU said...

kalau dah name pon masuk bengkel, memang kene berhati2. patutnyer catz check dekat diaorg tu jgk. test tgk dah masukkan gas ke belum. ish.. penipu betul! *tetibe emo same*

diaorg mmg camtu, asal tgk perempuan je rs nak pedajal nak mmenipu. sedih btl! T_T

Catz said...

hi ayu.

kena pi dengan lelaki yg tau pasal kereta kot kalau pi bengkel kereta.catz geram gila lah..iskk..isk.memang kena hati-hati next time.

AziBam said...

catz,,, ni macam case rumah kita org kena tipu aircond service... bencik lah suka tipu tipu ni....

Catz said...

yer..saya ada baca kat blog u pasal servis aircond rumah you..
bengang kan...sebab aku pompuan ..pi sorg2..so x beranilah nak ckp lebih2..tapi gerammm..

Faris said...

Nur,

My usual advice to my female friends: jangan pi servis kereta (servis kreta, air-con, tayar, etc) by yourself. Dia org akan pekena betul2.
Get a close and trustworthy male friend to send your car for servicing. Blanja dia makan ke (or in your case, masak dia makan :-)
It will be less expensive than taking the car there yourself and paying the exhorbitant charges.

Also remember, never leave your car keys and your car at a car wash. The insurance does not cover the 'theft' of your car if you give your car keys to the thief :-)

- AF -

Catz said...

hi AF,

thanks for the advice, noted.
hem...derang ni kan..different woksyop different story. That was wut the uncle woksyop said. kenapa lah ek tak mo jujur. Saja nak pekena itu ini. bengang sgt lah.

thanks again..next time i would not go alone to woksyop.

syukur said...

patut nye catz pergi balik kedai yang first buat havoc..terus jumpa dia punya tauke....tunjuk resit dan minta ganti rugi..memang banyak worksyop yang macam tu.. menipu hidup hidup.....

AAX said...

ksiannyer dgr kes catz nih..hmnn worksyop mmg camtuh slalu downgrade pmpuan.nway tryla blaja sket2 psal kete.at least kalo dia klentong kiter leh entam balik cz ada knowledge

Saira said...

catz.. bagitau la nama workshop tu.. biar semua org tau (at least yg baca blog ni tau).. kasi address sekali ok.. baru la kita semua boleh avoid g kedai dia and spread the words.. biar dia bankrup.. what they do is wrong kan.. why u nak cover2 lak..

Catz said...

hi doc syuk,

hem...kalau ikut hati nak wat havoc..tapi sebab sorang rasa takut, pls masa tak mengizinkan.Memang ramai org mcm tu atas dunia ni..penipu.

Catz said...

hi aax,

tulah.rasanya kena belajar sikit2 pasal kereta ni..yg catz tau drive jek..bhgn2 kereta mmg fail..but this lesson for me.jgn ambil mudah especially benda yg penting dlm hidup kita.

Catz said...

hi saira.

kedai tuh dekat je dgn rumah lama u..dekat fasa 4 tambahan. Dari traffic light tuh..masuk kanan kan.menghala ke rumah lama ko..then ke kanan lagi...kan ada kedai kek..kedai tayar yg kat simpang tuh..jln terus..kedai tuh betul2 kat simpang...kiranya kalau ko menghadap kedai tuh (menghala ke rumah ko)..kalau toleh kanan kan...akan nampak restoran Yus. Got it??