Ni resepi malam tadi..saja nak bagi clear peti ais ku itu..weekend ni nak balik kg..nak habiskan stok.
Tapi lepas masak..peti ais catz tetappp nampak sendat ibarat peti ais org ada anak 7 orang gitu..
huhuhu...
Kerabu kacang botol dan udang
Bahan-bahannya ringkas sahaja. Sila lihat photo di bawah.
1.Sambal belacan (cili merah+belacan+bawang putih+bawang merah+garam+gula+perahan limau).
2.kacang botol (6 batang)
3.bawang besar (1 labu) - hiris nipis
4.bunga kantan (1/2 kuntum) - hiris nipis
5.serai -( 1 batang) - hiris nipis
6. 2 biji limau nipis (ambil jus)
7.udang sederhana - 15 ekor (buang kulit, cuci dan celur sebentar sahaja).
1.Sambal belacan (cili merah+belacan+bawang putih+bawang merah+garam+gula+perahan limau).
2.kacang botol (6 batang)
3.bawang besar (1 labu) - hiris nipis
4.bunga kantan (1/2 kuntum) - hiris nipis
5.serai -( 1 batang) - hiris nipis
6. 2 biji limau nipis (ambil jus)
7.udang sederhana - 15 ekor (buang kulit, cuci dan celur sebentar sahaja).
Mari makan semua...sila...sila!
6 comments:
Dengan sambal sambal belacan bagai ni kira kerabu jugak ke Catz?? macam nampak sambal jugak bagi aku tapi kan sambal segala sambal tetap kegemaran aku ... nilah hantu durian ni lah hantu sambal... ulcer aritu jer yg aku takleh telan sambal walau hati menggeletik yg amat tengok sambal nih
kacang botol ke kacang botor? kat kedah ni ada yang panggil kacang kelisa dan ada pula yang panggil kacang sirih(kg ayah saya)tp ianya memang kesukaan saya terutama yang mentah dicicah ngan sambal belacan!
catz memang suka makan kerabu kan...sama la axim pun suka makan kerabu kerabu nih...sodapp!!!
hi bear..
tu memang kerabu..style nyonya kot.
aku tgk kat TV, chef wan masak kot..patutnya ada kepala parut kan..cam urap..tapi utk kesihatan, aku tak bubuh kelapa parut tuh...hehehhe..
hooo ko nih segala hantu lah ye..
hehhe
hi ismadi,
tah.aku pon pompius..botor ke botol..tah ek..nnati aku cek..
ehm..lain negeri lain namanya ye..
hi axim..
ko buat lah kerabu pantai timur style..yg asal dari ganu kelantan..ko masak dan share resepi kat blog ek..
Post a Comment