Saturday, July 19, 2008

Kerabu ikan bilis

Masa hari kedua mak catz dtg, catz bawa mak mkn malam kat Village View. Salah satu menu yg catz order ialah kerabu ikan bilis. Mak catz sukaaa dgn rasanya..
So sebab mak pun stay umah catz, so catz try le buat kerabu ni utk lunch esoknya.
Ni le hasilnya. Mak kata sedap. Bahan-bahan catz ikut jelah apa yg terdpt dlm kerabu masa mkn kat kedai tuh..ikut lidah catz le merasanya kan..bahan2 tersembunyi/secret resepi ke catz tak tau lah. Tapi rasanya ok dah ..hik.

Bahan-bahan:

Ikan bilis - 2 genggam (catz guna yg dah siap belah)
Bunga kantan - 1/2 (hiris nipis)
serai- 2 batang ( hiris nipis)
kacang panjang- 1 batang (hiris )
tomato - 1/2 biji- buang biji, hiris kecil, dadu.
timun - 1/2 biji (kecil) - belah buang biji dan hiris kecil.
cili api -5 biji (hiris)
bawang besar - 1/2 biji (hiris nipis)
limau kasturi/nipis - 2 biji (ambil jus)
garam
gula

Cara-cara:

Goreng ikan bilis, angkat, ketepikan.
campurkan bunag kantan, serai dan bawang dlm mangkuk.
Masukan jus limau, garam dan gula (agak2 je).
Kacau sebati.
Masukan semua bahan hiris yg lain, gaul sebati, if suka perahkan lagi limau kasturi.
Rasakan apa yg kurang, gula ke..garam ke..ikut suka.
Masukkan ikan bilis goreng tadi. Gaul sebentar dan hidang.
Siap.
Mari makan.




4 comments:

axim said...

nanti nak buat then i publish dalam blog okeh..hehe

adie-ishmael said...

Kerabu ikan bilis!!!!! kegemaran saya nih... Yummy yummy

Catz said...

ha axim... buat le..pastuh publish ek kat blog...fuhh...

Catz said...

hi adie..

org utara memang suka kerabu ni ke?..
saya 1st time makan pun dah suka..
very de sedap..sampai buat sendiri.