Monday, October 27, 2008

The famous mee bandung Muar .. (original!)

Akhirnya..
dapat jugak catz makan mee bandung kat kedai ni..
misi 2 kunjungan sebelum ini gagal sebab, bila catz dtg tutup...iskk..
akhirnya..misi ni berjaya..
actually..mee bandung yg original memang dr Muar..ye..MEE BANDUNG MUAR..
so kalau berkunjung ke Muar, Johor, anda akan dapati banyak kedai-kedai makan akan menjual juadah ini..samada di bandar, tepi sungai Muar, pinggir bandar hinggalah ke Batu Pahat.
Sebut je mee bandung Muar, hampir semua kedai makan menghidangkannya..
bahan utama mee bandung ialah udang kering dan kacang tanah..
pernah makan mee bandung di JB, di Kl, di Penang..oh tidak sama ye..sebab mereka tak guna kacang tanah sebagai bahan kuah..cuma now nih dah byk restoran menghidangkan hidangan asli Johor so bolehlah dp mee bandung Muar asli..di mana-mana..

Kalau di Muar, banyak juga tempat yg menghidangkan mee bandung yang sedap..yg pastinya mee banudng Muar asli lah.cuma ada kedai yg buat sedap/tak sedap/kuah pekat/cair etc....
Yang cat pernah makan,yg sedap ialah di deretan kedai murtabak singapura kat area tanjung Agas, nama kedai tu MEE BANDUNG (sederet dgn 7-eleven)...kalau on the way e Batu Pahat...yg sedap ada satu gerai makan di Sarang Buaya..

Tapi..yg saya nak blog about ni terletak di tengah-tengah Bandar Muar yag sibuk..iaitu di Jalan Abdullah..ada org mencadangkan saya makan di situ...kerana selain makan,anda juga boleh beli perencah mee bandung asli di kedai tersebut tersebut..

69A , Jalan Abdullah..kedai tersebut terletak di deretan kedai ini (lupa nak amik gambar depan kedai)
kedai ni susah jugak aku nak cari, coz terletak di deretan rumah kedai di kawasan yg agak sibuk.kedainya dr depan macam kedai makan cina..


keratan akhbar..

kedai ini sgt terkenal di Muar..MB Johor pun pernah makan di sini..ramai juga pemimpin besar negeri yg lain pernah makan di sini..pemilik restoran ialah Encik Abu Bakar Hanipah..turun temurun dr datuknya kemudian kepada ayahnya dan kini dia menguruskan restoran tersebut merangkap tukang masak..
menurutnya, keistimewaan mee bandung terletak pada kuahnya, iaitu gabungan cili keirng, udang kering, bawnag utih, kacang tanah, garam, gula. Ia lebih sedap bila di latak udang, sotong dan daging..hem..menyelerakan kan??

Mee bandung Muar..ORIGINAL dan SEDAP

nyamm..nyammm...

sirap..

soto..
selain mee bandung, catz try juga soto di kedai ini..sedaplah juga..tapi best lagi mee bandung itu..

dan makan juga sate.kat sini,pagi-pagi dah ada sate...sedap juga.secucuk 0.40 sen..

sate dan kuahnya..sedap!

ramai juga org kenamaan yg pernah singgah makan di restorannya..

Perencah mee bandung yg dijual di kedai tersebut, 500gm = RM10.00 (owner kedai kata boleh tahan hingga 6 bulan)

Selain makan mee bandung tersebut, kita boleh juga beli perencah mee bandung asli ini yg kini sudah pun mula dikomersialkan..dlm hal ini, FAMA membantu utk memasarkanya..
catz pun belilah..saja nak cuba..so..kalau tak puas makan, boleh try masak di rumah ye..dgn perencah ini, dah tentu mudahlah kan...
so kalau ke Johor, jgn lupa singgah ke Muar..cuba keenakan mee bandung asli!

11 comments:

CAHAYA said...

Sedapnya mee bandung. Perencah dia senang tak nak masak?

p/s: Muar kalau ikut highway exit mane eh?

Anonymous said...

fuhhhh mmg best ah mee bandung muar neh. hehe :)

CATZ said...

hi cahaya..
kalau nak Muar, u boleh exit samada
Tangkak, atau Pagoh, atau Air Keroh Melaka pun boleh..
but the easiest way is Tangkak.
err...welcome to muar..hiks.

CATZ said...

hi knizam,

mee bandung Muar memang bestt! the best eva!!

CATZ said...

hi cahaya.
senang je..if tak nak guna perencah ready made tuh..buat sendiri punnnn senang..i ada entry pasal mee bandung..u boleh tgk kat label 'Aneka Mee"

Wahidah said...

mee bandung ni looks yummy la..jelesnyaaaaa

Najib Ariyan Ali Basha said...

Yesss... inilah dia mee bandung Muo yg sejati... harumnya sampai ker Tasik Permaisuri nih...!!!

Michhi... said...

Hah, akhirnya dapat gak catz makan kat kedai tu yek, sedap kan!!!... Michhi selalu kalau turun Muar makan mee bandung kat situlah, kat tempat lain lum pernah cuba lagi... Soto dia pun sedap, lembut jer nasinya.

Satu misi dah berjaya, misi nak beli perencah soto bandar Muar dah berjaya ke belum?

Anonymous said...

SALAM...KAT KEDAI YG CATZ GI TU DULU MEMANG SEDAP BUT NOW KURENG...SIKIT.BG YG LOM PENAH RASA MAYBE SODAP BUT ME YG DOK KAT MUO NI ADA LG KEDAI YG LEBIH SEDAP..CONTOHNYE KAT BUSTAND MUO TU KEDAI ABG SAYANG..TRY..LER.

en_me said...

sodapnyerr..

meesiput said...

yes kat abg sayang tu pun sedap...
kat simpang traffic light pesta (2) pun sedap...sebelah malam aje bukak...