Friday, October 24, 2008

Taman Seribu Bunga (Melaka trip part 2)

Taman Seribu Bunga terletak bersebelahan dgn bangunan Seri Negeri, Komplek kerajaan negeri, Ayer Keroh. Seluas lebih kurang 5.3 hectar. Saya sering kali lalu kalau nak balik ke Johor, tapi belum pernah singgah. Kali ni sjaa singgah, actually curious jugak..dah buka ke belum tempat ni sebab setiap kali lalu nampak sunyi takde org, car park pun kosong je...so hari tuh saja pegi...nak jugak tgk bunga-bungaan di sini.
Masuk je kawasan ni, ada pondok guard... tanya.."pakcik..bukak tak taman ni?"
dia ckp " buka..masuklah..free"..
oh ok..apalagi..amik kamera dlm kereta dan masuk ke dalam..
luas juga kawasanya...menghijau...terdapat juga landscape menarik.

Tapi entah ye..kenapa tak ada org mengunjungi tempat ni? yang ada cuma tukang kebun ataupun mungkin staf Majlis Bandaraya yg sibuk kelihatannya menyapu daun-daun, menyelenggara pokok-pokok. Hem...pengunjung tak ada..di bandar Melaka kelihatan ramai pelancong...apa kata promosi lebih sikit supaya ramai yg mengunjungi taman ini..
dan saya rasa taman ini perlu lebih menarik lagi kalau nak tarik pengunjung..pelbagaikan lagi pokok bunga...sesuai dgn namanya...kan..dan kemudahan mcm kafe tuh haruslah beroperasi..sebab nampak ada cafe tapi tutup saja..


Bagi saya tempat ni menarik..bagi yg suka kehijauan, cuma mungkin ada prkara yg perlu diperbaiki seperti kemudahan kepada pengunjung..dan pelbagaikanlah lagi jenis bunga-bungaan

kanak-kanak ribena....

oleh kerana saya sgt suka mengambil gambar bunga...saya pun klik sana sini....enjoyy!





so..kalau ke Melaka..jg lupa singgah ke mari..Taman Seribu Bunga... (ewahhh..promote...)

p/s: agaknya kalau org kerajaan negeri baca, dia nak bagi aku anugerah datuk tak?..aku tolong promote Melaka ni..hiks...

1 comment:

Anonymous said...

ada....kerajaan negeri bagi datok yang ada cucu...ek?