Saturday, October 25, 2008

new recipe..jom..

tgk TV1 tadik...Selamat Pagi Malaysia .
dijemput seorg tamu utk buat demo tanam pokok dan buat baja organik..

resepi buat baja organik..

baja organik..guna timun..campur dgn gula merah
sekilo timun+sekilo gula merah...biar seminggu dlm bekas bertutup sebelum diguna.
ia akan jadi cecair kot..
selain tuh guna ikan..
utk halau serangga guna bwg putih dan halia..

cara menanam pokok sayur dlm pasu..(if takde pasu..nak jimat boleh guna beg plastik beras)

nisbah 3:2:1
tanah: baja kompos: pasir


bubuh batu dalam pasu (utk pengudaraan)
gaul tanah dengan baju kompos dan pasir..gaul..gaul (tak kisah pasir apa)
tanah tuh guna topsoil (tanah atas)
masukkan dalam pasu
masukan anak pokok bendi (dia buat cth bendi)
masukkan baki tanah campuran tadi..
siram..
seminggu pastuh bubuh baja organik..
boleh guna baja timun dan baja ikan...
hemmm???????????

*ditunjukkan pokok cili dia yg gemuk merah-merah yg ditanam dgn kaedah itu..
hemmmmmm.....

Friday, October 24, 2008

pantai..

Pantai di belakang resort

Pantai Puteri

pantai..ombak...


hihhihihi...

senja....


otak-otak di Klebang..


Pantai.....

nice stay...nice food..(Melaka trip part 3)


Terdapat banyak pilihan hotel dan resort di Melaka (ewahh...promote lagii..makin cerahhh harapan..hiks)..
di bandar, tepi laut, pinggir bandar..pilih je..
Utk trip ni..stay at Everly Resort, Jln Tg kling...
actually aku pening gak..camana nak ke sini..sebab dr town takde pun signbod ke Tg Kling.. nasiub lah juga dlm kereta ada buku peta..
so kusekodeng-sekodeng hala ke mana..oh rupanya menghala ke Tengkera dan Masjid Tanah.
so dr town drive je ke arah Tengkera..

sekitar Tengkera..

Sambil duk pikir...betul ke jalan ni?? belasah je lah..paling2 pun sesat dlm melaka ni..takdelah tetiba dah kat sempadan siam pulak ye tak..ada yg ckp Melaka ni kecik je cam telur dadar (ada ke patut...disamakan dgn omelette???)..tapi omelette sedap..aku suka omelette..tak kisahlah...
akhirnya...sampai ..bersebelahan dgn Shah's Beach Resort.

my room...facing to swimming pool and beach...nice view ya..


view from the balcony...

I like this place....the ambiance...

mandi manda...anak siapa?...tataww..

nice stay..nice food




Marilah melancong ke Melaka...hiks.

Taman Seribu Bunga (Melaka trip part 2)

Taman Seribu Bunga terletak bersebelahan dgn bangunan Seri Negeri, Komplek kerajaan negeri, Ayer Keroh. Seluas lebih kurang 5.3 hectar. Saya sering kali lalu kalau nak balik ke Johor, tapi belum pernah singgah. Kali ni sjaa singgah, actually curious jugak..dah buka ke belum tempat ni sebab setiap kali lalu nampak sunyi takde org, car park pun kosong je...so hari tuh saja pegi...nak jugak tgk bunga-bungaan di sini.
Masuk je kawasan ni, ada pondok guard... tanya.."pakcik..bukak tak taman ni?"
dia ckp " buka..masuklah..free"..
oh ok..apalagi..amik kamera dlm kereta dan masuk ke dalam..
luas juga kawasanya...menghijau...terdapat juga landscape menarik.

Tapi entah ye..kenapa tak ada org mengunjungi tempat ni? yang ada cuma tukang kebun ataupun mungkin staf Majlis Bandaraya yg sibuk kelihatannya menyapu daun-daun, menyelenggara pokok-pokok. Hem...pengunjung tak ada..di bandar Melaka kelihatan ramai pelancong...apa kata promosi lebih sikit supaya ramai yg mengunjungi taman ini..
dan saya rasa taman ini perlu lebih menarik lagi kalau nak tarik pengunjung..pelbagaikan lagi pokok bunga...sesuai dgn namanya...kan..dan kemudahan mcm kafe tuh haruslah beroperasi..sebab nampak ada cafe tapi tutup saja..


Bagi saya tempat ni menarik..bagi yg suka kehijauan, cuma mungkin ada prkara yg perlu diperbaiki seperti kemudahan kepada pengunjung..dan pelbagaikanlah lagi jenis bunga-bungaan

kanak-kanak ribena....

oleh kerana saya sgt suka mengambil gambar bunga...saya pun klik sana sini....enjoyy!





so..kalau ke Melaka..jg lupa singgah ke mari..Taman Seribu Bunga... (ewahhh..promote...)

p/s: agaknya kalau org kerajaan negeri baca, dia nak bagi aku anugerah datuk tak?..aku tolong promote Melaka ni..hiks...

A short trip to Melaka..bandaraya bersejarah Part 1

Hujung minggu yg lalu...ke Melaka... short trip..
hem..why melaka?..kawan aku ketawa cam histeria bila catz ckp nak pi Melaka..
dia ckp.."ko kenapa..umah ko sebelah je dgn Melaka..hiks...apa yg ada pun kat Melaka??"
wah..sungguh tak de insurans mulutmu itu..
kalau melaka tak ada apa-apa..kenapa Shah Rukh Khan shooting filem or to be exact video klip dia kat sini kan??
oh..bukannya aku tak pernah pi Melaka...pernah..dan banyak kali..malah setiap kali balik Johor, aku seringkali singgah...dan pernah jugak ke sini atas urusan kerja...meetings, conference etc...
And..makan ikan bakar pun byk kali juga..umbai...muara sg Duyung....

Tapi biasanya takdelah pergi sebab nak bercuti...but this time..just need a short break...so..here we go..to Melaka.oh???or i have specific reason?.. i'll keep it to myself..

sampai air keroh hujan lebat. mula-mula akunak pegi taman mini malaysia/asean/zoo ke..tapi hujan..oh ada org gelak aku nak pegi zoo oke..eh..why not lah?? pegi jumpa binatang-binatang kan..ambil gambar mereka..tak payah susah2 nak masuk hutan nak tgk harimau... or some said.." macam budak-budak nak pegi zoo.." ala..aku mmg budak pun..(perasannn)...
so proceed to Melaka.town..eh..tetiba sampai kat taman seribu bunga hujan berhenti..so singgah about an hour..ambil gambar bunga...i'll blog about it later ya..


Parked the car somewhere near to the red building... yey! Nak naik beca... kehkehkeh.. lama dah tak naik beca..abg beca kata 30 minit = rm20.00, satu jam rm40.00..
aku malaslah nak jalan-jalan naik kereta sekitar tourist attraction kat melaka ni sebab nak park pun azab..so baik naik beca..nice experience la..cuma aku kesian abg beca tuh....larat ke tak nak kayuh dgn muatan aku ni....
so...ronda melaka town, kat area dataran pahlawan...Menara Taming Sari. Abg beca suggest suruh naik menara. tapi entahlah...aku malas pulak..bayarannya RM10.00 seorang dia kata..
boleh nampak view seluruh Melaka katanya..hem..next time maybe...(sebenarnya panas gila masa tuh cuaca..aku malas nak turun dr beca tuu)...hiks..masa ni cuaca panas gila lah..bila abg beca kata nak bawka pi Makam Hang Jebat ke...aku ckp malaslah..ronda sekitar sini pun aku rasa dah ok...

jalan-jalan naik beca..

Menara Taming Sari

Istana kesultanan Melaka.. bayaran masuk Rm2.00..byk juga aku amik gambar dlm ni..

beca yang menjadi salah satu tarikan pelancong di bandar Melaka




meriah....

semput aku naik atas nih...huhuhuhu

pandangan dari atas..

banyak rombongan budak sekolah di sini..teringat pulak masa aku comel kecik-kecik dulu..cikgu kalau nak buat lawatan mesti pegi Melaka kan..

meneruskan perjalanan ke hotel penginapan..