Thursday, November 12, 2009

Berpindah ke rumah baru

Kehadapan pembaca Catzscafe (followers, regular readers, silent readers)

Catzscafe telah berpindah ke rumah baru atas sebab-sebab yang tak dapat dielakkan.
Terima kasih atas cadangan dan pandangan tentang masalah exceed limit tu.
now sdg dalam proses merepair itu dan ini, banyak benda catz tak tau.
so amik masa untuk buat rumah baru ni.

boleh layari catzscafe dirumah baru:

http://catzscafe1.blogspot.com/

sekian, terima kasih.

Wednesday, November 11, 2009

ok..tarik napasss...

pufff..pufffff..
pufffff....

bukan cik kiah kepenatan di gym..
tetapi tgh giat bertukang rumah baru..
now tgh duk sibuk carik batu bata...
carik tukang cat..
carik paku..nak paku dinding...
carik kete sorong, nak angkut sebahagian barang-barang ke rumah baru...
puffffffffff.
sempotsss....


nak pikir konsep rumah baru..pun azabs..

sat ek...

Tuesday, November 10, 2009

HELP...camna ek?

tadi,
nak updet blog.
tgh duk upload gambo-gambo
kain sutera lawa-lawa di pasar payang terengganu.
tetiba..
takleh upload.. dikatakan bahwa : aku punyaspace gambar account blogger aku ni dah exceed limit.
dia suruh klik2...if nak tambah saiz kena bayar kat Picasa..
memang selama ni cik kiah upload direct je. takde guna photobucket etc.
errr..
camna ek..?
ada cara lain tak?
aku ada nampak cam import export menu kat setting.utk apa ek?tak paham.
(aku ingat ubi kayu je yang boleh diimport ekspot)

if aku buka blog baru, boleh tak aku import sebahagian dr blog lama aku ke blog baru.
sekian.
cik kiah yang jahil (dan MALAS+
busy).

harap dapat bantu cik kiah.

Monday, November 9, 2009

Terengganu : food (again!) and shopping














http://www.flickr.com/photos/catzscafe/4091745018



Terengganu part 2: Jalan-jalan

Pantai Batu Buruk


Kalau ke Terengganu, catz mmg teringin nak ke Masjid kristal dan Taman tamadun Islam.
benda-benda lain dah tgk sebab sebelum n banyak kali juga ke KT ni..samada kerja, jalan-jalan.
Oh...kalau dulu saya teringin ke Masjid terapung di Kuala Ibai..dan dah berkesempatan 2 kali pergi dan solat kat situ..
kali ini nak ke tarikan baru bdr KT pula yang terletak di Pulau Wan Man.
aku heran gak..kata pulau..mcm jauh je..
rupanya tak jauh dri town, cuma public transport susah le kan.. so aku hire je teksi ni utk ke sini. So teksi ni kena bawak ronda-ronda.
derebar teksi kata, mmg lah pulau, tapi dah ditambak..so dah tak berapa nampak cam pulau.
Dia kata kalau dtg malam lagiii cantik masjis kristal tu..and dia suggest utk guna khidmat dia..
aku memalam malas le nak berjalan..jarang lah aku kalau travel ke mana-mana nak kuar malam..kuar dekat2 pi makan ke boleh la...
ok....

teksi/kereta sewa di Kuala Terengganu

Pintu masuk ke Taman Monumen

Masa beli tiket masuk, tunjuk IC..tiket utk local tourist adalah RM10.00. Nanti kita akan dpt satu buku kecil mcm passport. cop dan simpan utk next visit percuma tak silap aku..


nak jalan-jalan dlm ni....boleh sewa basikal, naik tram or buggy..tak ingat berapa harganya..
aku pilih utk jalan kaki je..
ahhhhaa..cuaca panas..sakan aku basah mandi peluh (tapi tak turun 2 kilo punggg).
ops..maybe adalah reduce 200 gram kat kaki...hiks.Ada mcm2 dlm ni..monumen2 masjid yang famous, makam, tasik etc..

kawasan yg agak besar..cantik

sambil jalan, aku amik photo. aku letak sket2 je lah ek..ni tahun melawat terengganu kan this year?? ha..pi terengganu sana...mcm2 ada.
:)


masjid di Brunei



nanti aku edit buh caption..ngantuk le.

ha...ni yg paling aku nak pi..masjid krisal..solat zohor di sini..orang sgt ramai masa ni...aku sampai waktu zohor baru je masuk. Rombongan budak sekolah pun ramai..

cantik..

kubah

sampai gak aku kemari..


next..
err..yg ni bukan monumen..
tapi stadium yg runtuh tu..
masih lagi mcm ni..
saja nak tgk dan amik gambar..


to be continued..

Sunday, November 8, 2009

Terengganu : part 1 (nice stay, nice food)

Trip ke Kuala Terengganu 2 minggu lepas..
dah lama aku tak ke KUala Terengganu..
so..lepas adegan guling-guling, lari celah pokok airport (karang2 le aku citer),
sampai le di KT.
45 minit dr KLIA, terminal LCC ke KT,
yeah..terengganu..here i come....

Kuala Terengganu dari udara

sampai KT airpot (oh..cantik airportnya), konon nak sewa kereta. Tapi takde yg availabe..kaunter banyak, tapi org takde dan yg available cuma sato company je..tapi yang ada cuma Perdana auto dan kete Hyundai apa tah.manual pulak...oh tak de small car. Mahal gak chargenya..so amik cab je ke hotel. Pada masa tu airport sgt meriah dan sesak. Sebab ada satu penerbangan jemaah haji..so ramai le org kat sini..

Tapi akhirnya, aku pikir bagus gak tak sewa kete. Terengganu tak macam dulu. Now dah sesak gak lah..and jln mcm dah berubah. Kalau drive sure berejam lah aku sesat bagai...kompem lah kelam kabut bagai..

sampai i Primula Beach Resort..ehmm..nice hotel..kalau ke KT ni, catz perasan banyak gak pilihan hotel kat town centre..so nak ke pasar payang dekat. Tapi primula ni jauh sket dr payang, takdelah jauh mana sgt la..naik cab around 4-5 minit dah sampai lah..

lobi hotel yang cantik

stay di suite apa tah..lupa...nice room.

view dr balkoni

hall


zzzzzzz..

complimentary fruits and keropok

garden...

view dr tingkat 11...pantai memutih..cantik

same spot..sunset..

oh..aku lepak kat lobi, dan pemain piano main lagu yg aku sukerrrrrrr..
mcm nak suruh dia ulang2 main lagu tu....

restoran


Bagi catz, terengganu ni best sebab aa food yg unik..i mean, mknn orang pantai timur. memanglah dekat dgn rumah cik kiah ada org jual nasi dagang, tapi..tak sama ok..this one original ganu mariiii!!! cik kiah suka....
nasi dagang, kopok...arghh..food heaven..

nasi dagang yg sgt setapppp!! bungkus dgn daun pisang bentuk kon.
Teringat kunjungan ke rumah kawan 9 tahun yg lalu di KT. hampir 2 minggu kat rumah dia.
Hari2 dia belikan aku nasi dagang bungkus daun pisang tu..
now dia mengajar kat terengganu gak dgrnya...emak dia dulu keje kat hospital KT gak..
now dah lost contact...


sila terliur...nasi dagang pojaan hati..

nasi kuning

mee kari

and keropok...aku suka sos cicah ni...sedappp!!

cik kiah bizi mkn keropok

hotel building..pokok-pokok menghijau

bunga-bungaan yg cantik dan segar


bersambung part 2 ..jalan-jalan..